Thursday, October 29, 2015

Review & Pengalaman Minum Inteemor by Ephyra

Assalamualaikum semua

Ingat lagi tak entry pengenalan Nanie pada produk terbaru dari Ephyra iaitu Inteemor? Kalau masih ada yang belum baca, boleh klik sini untuk pembacaan lanjut: Inteemor Jaga Alat Sulit & Peranakan Wanita.


Alhamdulillah hari ni hampir dua bulan Nanie dah gunakan Inteemor. Biasanya Nanie akan ambil sebelah pagi, lebih kurang satu atau dua jam selepas Nanie ambil minuman Ephyra. Complete set untuk seorang perempuan lah kan. Ephyra minuman untuk supplement kecantikan dalaman dan luaran manakala Inteemor lebih khusus bagi penjagaan keintiman. 


Mesti nak tahu kan apa khasiat Inteemor ni sampai kan trending di Instagram semua pasal Inteemor. Meh Nanie ceritakan serba sedikit mengenai Inteemor ni. 


Inteemor merupakan minuman botani yang dirumuskan dengan 16 bahan semulajadi terpilih dan makanan Sunnah. Memfokuskan kepada kesihatan bahagian intimasi dan peranakan wanita, Inteemor telah terbukti banyak manfaatnya kepada wanita tidak kira sama ada masih bujang ataupun sudah berkahwin. Malahan, seawal usia 18 tahun juga dah boleh ambil Inteemor. 


Antara faktor yang menarik minat Nanie untuk cuba Inteemor adalah bahan yang terkandung dalam Inteemor. Contohnya Dong Qui, Kacip Fatimah, Sireh, Aprikot Seed dan Akar Serapat yang memang sangat sinonim untuk kebaikan kesihatan dalaman wanita. Bahan- bahan ini bukan sekadar menjaga kewanitaan, malahan ia juga bersifat anti-kanser, anti-bakteria dan boleh menstabilkan hormon kita. 



Rasa Inteemor macam jus kurma! Sedap. Tak manis dan tak pahit pun. 

PENGALAMAN NANIE GUNAKAN INTEEMOR 

1. PERIOD LUAR BIASA BERHENTI 

Baiklah sepanjang Nanie gunakan Inteemor selama sebulan, ada beberapa perkara yang Nanie nak highlightkan.Nanie minum Inteemor secara tak sengaja. Masa tu Nanie uzur. Tapi keuzuran Nanie masa tu memang sangat-sangat berbeza. Tempohnya terlalu lama dan dalam kuantiti yang terlalu banyak. Bayangkanlah, dalam masa dua jam Nanie kena tukar 2-3 kali pad. Jenis uzur yang bila bangun je dari duduk terus laju semacam je keluar.  Aduhai, masa tu memang tak selesa semua benda. Pernah sekali tu, Nanie keluar dengan Arif sampai tembus tau. Malunyaaaaaa!!!


Sepanjang hidup Nanie tak pernah kena uzur sampai macam ni. Nanie dah mula risau. Mak dan kakak Nanie cadangkan untuk Nanie jumpa doktor sebab khuatir mana tahu ada pendarahan dalaman ke apa. Sebab memang lain macam betul uzur waktu tu. Nanie tolak. Bukan takut ke apa, tapi faham-fahamlah doktor ni... makin macam-macam pulak nanti diperiksanya. 

Time tu tak tefikir pun nak cuba Inteemor. Sebab takut kalau ia menjadikan lebih teruk ke apa. Sampailah satu malam tu masa Nanie kat Johor nampak mak Nanie minum Inteemor. Nanie pun saja-saja lah cuba. Tawakal je lah. Sebab Inteemor sebenarnya tak boleh diminum ketika haid. Tapi kata orang kita mana tahu kan. Nanie minum satu sudu sebelum tidur.
Pagi esoknya dah perasan sesuatu. Uzur Nanie berkurang sedikit. Tetap ada tapi tak banyak macam yang luar biasa tu. Bangun pagi tak payah terus berlari ke toilet. Nanie teruskan minum Inteemor pada malam kedua. Alhamdulillah, masuk hari ketiga minum Inteemor, uzur Nanie berhenti secara elok dan takde lagi kesan sikit-sikit. Memang totally berhenti!!! Allah, time tu memang bersyukur sangat. Bayangkan Nanie uzur sehingga hampir 21 hari! Syukur sangat Nanie minum Inteemor! Terus je kesannya dapat Nanie rasa seawal 3 hari minum Inteemor. Power betul! 


2. SIMPTOM PMS & SENGGUGUT DAPAT DIKAWAL 

Haaa ini masalah biasa yang Nanie alami setiap bulan. Time nak uzur tu, aduhai bukan main sakit pinggang, sakit badan semua. Emosi? Jangan cakaplah. Mula lah fikir bukan-bukanlah, macam nak nangis ada. Cepat marah ada. Lepas minum Inteemor Nanie rasa ada perubahan bab sakit-sakit pinggang dan pms sebelum uzur tu. Macam kurang sikit. Tapi tetap kena kekalkan posisi badan, posisi duduk yang selesa. Bahagian perut pun dan bahagian belakang tak berapa tegang ketika uzur. Lagi satu tang senggugut ketika uzur. Inteemor membantu Nanie untuk redakan senggugut ketika uzur.  Malahan lancar je perjalanan darah ketika tu.


3. TURUN BERAT BADAN 

Yang ini pengalaman kawan Nanie. Pergh, Nanie dengar pun Nanie jeles. Dia minum Inteemor lebih kurang dua botol, berat badan dia turun 7 kg. Bukan main happy lagi dia bila dapat turunkan berat sebanyak tu. Ye lah kan, Inteemor kan membantu dari segi pelawasan, penghadaman dan detoks. Sebab tu tak mustahil untuk dia boleh turunkan berat badan. Kalau Nanie pulak, Nanie perasan bila minum Inteemor dan ditambah minum Ephyra, semuanya lancar. Hahahah. Pagi-pagi laju je ke tandas. Proses detoks berjalan dengan jayanya! 



Nanie memang sarankan sangat pada semua pembaca Blog Coklateyes tak kiralah dah kahwin ke belum untuk ambil Inteemor dari Ephyra ni. Keberkesanannya sangat-sangat menakjubkan. Menjaga kewanitaan dan alat sulit wanita. Bukan Nanie sorang je yang rasa khasiatnya, ramai dan beribu-ribu testimoni berjaya ada di Instagram @ephyra2u. Macam-macam ada. Dari masalah keputihan, hubungan suami isteri semuanya ada lah! Pergi korang baca sendiri. 

Kalau korang nak beli Inteemor, boleh klik link-link dibawah untuk maklumat lanjut : 

Harga :
RM 49 (SM)
RM 53 (S&S)
(Tidak termasuk postage)

Website : 

Facebook : 

Instagram :

Hotline Ephyra : 
019.3999.238 / 03.4141.7889

* Pre-Caution : Ibu Mengandung DILARANG mengambil Inteemor
** Wanita bersalin selepas 5-7 hari BOLEH mengambil Inteemor




Wednesday, October 21, 2015

Althea Beauty Ambassador : I am THE TOP 5 Finalist!!!

Assalamualaikum semua

Ingat tak Nanie pernah join Althea Blogging Challenge : I am Your Beauty Ambassador. Baru-baru ni, Nanie dapat tahu yang Nanie tersenarai sebagai TOP 5 Finalist! Fuh jatuh jugak sekejap jantung Nanie bila diumumkan sebagai antara TOP 5 untuk contest ni. Bukan senang tau nak berdepan dengan semua calon-calon ni! 


Secara personal, memang Nanie mempunyai harapan yang sangat besar untuk menang contest ni. Persaingan memang sengit. Namun dengan hadiah RM 1000 Althea Shopping Credit... macam-macam Nanie boleh buat. dah terfikir dah kalau berjaya, memang nak allocate sebahagian untuk pembaca & pengundi Nanie bagi contest ni.

Althea sememangnya unik di mata Nanie. Nanie memang jatuh cinta sejak pertama kali Nanie nampak ramai Butterfly Project Members yang shopping di situ. Dari mula-mula beli sekotak dengan hanya 3 barang, sekarang ni diam tak diam dah masuk tiga kotak dah Nanie shopping di Althea. 


Setiap kali sampai je kotak pink, setiap kali tu lah happy. Mula lah post di IG, FB dan twitter. Dan memang ramai yang bertanya pada Nanie macam mana nak beli, suggest best product dan banyak lagi. Sungguh lah Althea ni menggoda kemain. Ramai jugak kawan-kawan Nanie yang start beli di Althea juga lepas tengok Nanie beli. Kihkihkih. 




Walau apa pun, Nanie tetap tawakal dan moga-moga ada rezeki Nanie untuk contest Althea Blogging Challenge : I am Your Beauty Ambassador. Nanie juga mohon doa dari kawan-kawan semua untuk kemenangan Nanie ni. Akhir kata, sebelum habis baca entry ni... Nanie mintak korang VOTE Nanie boleh? Sebagai tanda sokongan korang pada Nanie dan Blog Coklateyes. 

Caranya mudah.

Korang klik LIKE di LINK INI 
***Pengumuman pemenang pada 31 November 2015 ni tau.***


Terima kasih daun keladi, doakan Nanie menang boleh ke Korea FREE!!! :) 




Friday, October 16, 2015

DIY : Deco BB Cushion Case X Althea Korea

Assalamualaikum semua

Trend BB Cushion sedang menjadi-jadi kat Malaysia ni. Nanie tengok semua brand dari Korea hasilkan BB Cushion mereka. Memang best bila kita ada banyak pilihan kan. Tapi, bukan tu je trend yang melanda. Ada satu lagi trend yang best... dan comel! Trend deco BB Cushion casing. Haaa? Korang tahu tak? Masa first tengok pun Nanie geram je. Ye lah, merangsang daya kreativiti kan.


Nanie pun cepat-cepat join BB Cushion Collection Activity ni. Setiap pembelian BB Cushion dari Althea Korea, korang akan dapat Mini Deco Set yang memang comel rasa nak gigit-gigit! Kreatif betul lah orang Korea ni. Ada je idea dorang nak pikat orang. Heheheh




Nanie pilih IOPE Air Cushion XP. Banyak betul review kata IOPE Air Cushion ni bagus. Nanie belum cuba lagi. Nanie excited sebab nak deko dulu. Althea siap bagi glue dengan piping lagi untuk lekatkan deko item tu.


Mula-mula kena cuba susun atur dulu. Muat tak nak letak satu BB Casing tu. Paling mencabar sebab dia licin kan. So, kena pastikan deco kits letak dalam keadaan selamat.




Lepas dah puas hati dengan susunan, boleh letakkan gam di permukaan BB Cushion case tu. Tak silap Nanie kat Daiso ada jual gam ni. Hari tu macam ternampak. Dah letakkan gam tadi di sekeliling BB case, yang ala-ala cream cake tu kan... terus letakkan deco kit atas gam. Lekat kan mengikut susun atur yang korang dah plan tadi.







Don't worry kalau ada comot-comot ke serebeh-serebeh ke. Kata orang, yang comot tu yang ada nilai artistik kan? Suka hati korang lah nak deko macam mana. Nanie disebabkan first time agak comot lah jugak dekorasinya! Hahahaha. 


Gam ni cepat kering. Biarkan dalam 30 minit macam tu dah kering sepenuhnya! Bila tengok semula kan, rasa comel sangat idea orang Korea ni. Tak terfikir pun kita boleh decorate atas tu kan. Lepas dah ada deco macam tu, terus fefeling cantik bila guna IOPE Air Cushion XP ni. Comel kan??? 


Oh ye kalau korang nak beli produk-produk kecantikan dan makeup dari Korea, korang kena beli dekat Althea Korea tau! Banyak sangat pilihan dan paling penting, murah-murah semuanya. Lebih murah dari harga yang dijual di kedai. Nanie dah tiga kali beli kat Althea Korea. Memang puas hati sungguh lah! 


Kalau korang nak baca pengalaman Nanie membeli belah di Althea Korea boleh klik link berikut : I AM ALTHEA BEAUTY AMBASSADOR!. Kat situ korang bacalah dari A-Z pengalaman Nanie dengan Althea. Memang recommended sangat-sangat. 

Atau boleh terus klik link-link di bawah : 

Facebook : 

Website : 

Instagram : 




Monday, October 12, 2015

CLINIQUE New Beyond Perfecting Foundation + Concealer Makeover & Photoshoot Session

Assalamualaikum semua

Bertempat di Metal Bees Production House, Nanie dijemput oleh CLINIQUE Malaysia melalui Buterfly Project bagi satu sesi makeover. Sesi makeover ini adalah bagi pelancaran produk terbaru dari CLINIQUE iaitu CLINIQUE New Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF 19/PA++.


Sebelum makeover.
Bersama Mdm Yen, Senior Communication Manager CLINIQUE
& Mieza yang bare face! :) 
I love this shot. Kalau kenal Nanie, I am a happy go lucky person.
Pose tangan tu, macam nak bagi pidato kan!


Kalau perasan, dua tiga minggu ni banyak nampak advertisement mengenai CLINIQUE New Beyond Perfecting Foundation + Concealer ni. Personally, Nanie sangat teruja bila diberikan peluang sebegini. Ye lah, CLINIQUE adalah satu jenama kecantikan dan makeup terkenal yang memang diyakini serata dunia. Bila dapat bekerjasama, Nanie rasa sangat gembira untuk mencuba sendiri kehebatan CLINIQUE New Beyond Perfecting Foundation + Concealer ini.

Our beautiful makeup table

The hero : CLINIQUE New Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF 19/PA++

Nanie semasa sesi makeover. 

Clinique New Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF 19/PA++
Bercakap mengenai foundation & concealer, bagi penggemar  makeup sememangnya ia merupakan satu perkara penting dan menjadi asas solekan. Kalau salah foundation, tak match dengan kulit kita... nescaya cakey dan tak cantiklah makeup kita. Seperkara lagi, bagi Nanie untuk foundation ia mestilah berjaya menutupi segala cela pada wajah dan menjadikan keserian wajah lebih menyerlah. Sama juga dengan concealer. Berfungsi sebagai menutupi cela, tona tak sekata mahupun sebarang kelemahan pada kulit wajah kita. Bezanya concealer lebih fokus pada satu-satu tempat. 



Jika sebelum ini, foundation & concealer adalah dua produk berbeza namun dengan teknologi yang dibawakan oleh CLINIQUE, mereka menggabungkan keduanya. Untuk apa? Semestinya bagi memudahkan dan menjimatkan masa. Selain daripada formula penjagaan kulit, CLINIQUE New Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF 19/PA++  ini amat sesuai bagi mereka yang mahu tampil cantik, glowing dan penuh keyakinan! 


WEIGTLESS MEETS FLAWLESS
Seperkara lagi yang menyebabkan Nanie jatuh cinta dengan CLINIQUE NEW Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF 19/PA++ adalah kerana teksturnya yang ringan dan menjadikan kulit wajah sangat licin, lembut dan flawless. Dengan konsep "Weightless Meets Flawless", ia memberikan satu litupan semualajadi pada kulit wajah dan melindungi kulit dari sebarang cela. CLINIQUE NEW Beyond Perfecting Foundation + Concealer ni didatangkan dengan 6 shades yang sangat sesuai dengan tona warna kulit orang Asia. Malahan ia juga adalah 100% Fragrance-free dan Allergy Tested. 


CAMERA...1,2... POSE!
Berbalik mengenai sesi makeover. Seramai 10 orang Butterfly telah terpilih untuk sesi ini. Masing-masing Nanie tahu excited bukan main kan? Bukan apa, kami semua mana ada basic modelling melainkan sorang dua yang dah biasa muncul di media. Tapi kami tak lepaskan peluang keemasan ni. Semua cuba berikan yang terbaik. Walaupun hakikatnya bukan mudah.

Nanie sendiri, aduhai bukan main kaku lagi depan camera. Tu lah, bila tengok ANTM selalu rasa pose depan kamera macam senang kan? Sekali bila disuruh pose yang betul-betul... hahahaha payah kemain! Kesin team photographer kena layan Nanie yang kaku ni. Konon-konon malam sebelum tu adalah tengok-tengok tips dari pinterest dan tutorial pose di You Tube. Sekali depan kamera, hamek... pose kemana, tips kemana. Kaku kau.... hahahah





Tidur dululah! Ke amik mood tu? Hahahaha.

Kau tengok aku pose apa? Hahahaha! Suka hati pose macam tu...
Pada Nanie, inilah yang ingin ditonjolkan melalui kempen Clinique ni. Tanpa mengira siapa dan bagaimana paras rupa anda, kita perlu yakin dalam menghadapi apa sahaja. CLINIQUE New Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF 19/PA++ membuatkan Nanie yakin di hadapan kamera. Tak perlu risau mengenai flaws, mengenai cela pada wajah, kulit berminyak, mahupun tona kulit tidak sekata. Sepanjang photoshoot berlangsung, Nanie tak rasa langsung seperti pakai make up yang tebal. Rasa ringan dan tak merimaskan. Malahan, kulit muka Nanie tak berminyak langsung walaupun berpeluh. Serius best! 

Tak perlukan sebarang foundation yang tebal. Cukup satu layer dan tiada lagi cela pada wajah! 

Seteleh mencuba untuk pose yang terbaik di hadapan lensa kamera, akhirnya... dapatlah satu pose yang menarik dan sesuai untuk tontonan umum. Hahahah! Yang lain semua, kalau korang tengok boleh tak tidur malam agaknya. Suka hati je Nanie pose macam-macam. 

Cuba perhatikan pada pipi pau Nanie tu. Takde langsung sebarang cela.
Malahan pada T-zone juga takde kesan minyak.
No editing filter ye.
Memang superb lah CLINIQUE New Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF 19/PA++

EXPLORE YOURSELF!
Lepas upload di Facebook dan Instagram, ada yang kata ni pose CEO, ahli korporat, ahli politik dan macam-macam lagi. Hahahah. Takpelah, tak kisah. Asalkan semua yang elok-elok ok lah. Bagi Nanie, Nanie dah lakukan satu cabaran besar dalam diri Nanie. Mencuba satu perkara baru adalah sesuatu yang membantu kita untuk tampil yakin dan keluar dari zon selesa. 


Terima kasih banyak CLINIQUE kerana memilih Nanie dan Blog Coklateyes bagi campaign ini. Terima kasih kerana yakin bahawa saiz bukan penghalang untuk tampil cantik dan menyenangkan. Terima kasih juga pada Butterfly Project Malaysia kerana sentiasa menyokong blogger plussize seperti Nanie dan yakinlah bahawa kecantikan itu dilihat pada penghormatan kita terhadap diri kita sendiri. 

A group photo is a-must!

Thanks CLINIQUE's TEAM! 


Untuk maklumat lanjut, boleh klik link-link di bawah : 

Produk 
CLINIQUE New Beyond Perfecting Foundation + Concealer SPF 19/PA++

Harga
RM 132 for 30ml

Website

Facebook


*Sehingga 18 Oktober ni, ada game yang boleh buatkan anda menang barangan CLINIQUE!
6 Pemenang dicari & bawa pulang barangan CLINIQUE berjumlah RM 600.00
Klik sini - http://bit.ly/1L8xDYS




Friday, October 2, 2015

Review E.L.F Contouring Blush & Bronzing Powder

Assalamualaikum semua

Sepanjang Nanie gunakan makeup, Nanie belum pernah try buat shading mahupun contouring. Tak berapa reti sebenarnya. Takut tak jadi.... bahaya! So, sebelum Nanie gunakan produk contouring yang jenis cream, its better Nanie try yang jenis powder. Dan Nanie pun cuba e.l.f Contouring Blush & Bronzing Powder dengan code 83601 (st.lucia).



Dah agak lama juga brand e.l.f ni berada di pasaran Malaysia. Cuma kalau nak beli, hanya ada di online. Offline so far tak ada lagi. Brand yang berasal dari USA ni sangat terkenal di kalangan penggemar makeup sebab harga yang diberikan sangat berpatutan dan kualitinya pun bagus. Nanie sendiri beli e.l.f Contouring & Bronzing Powder ni melalui Carousell. Nanie jumpa ada orang jual kat situ. 



Didatangkan dengan dua warna yang sesuai dengan tona kulit Nanie, warna pink sebagai blusher adalah tidak keterlaluan. Sama jugak dengan bahagian bronzer yang mana ianya bewarna mocha chocolate, untuk tona Nanie ia tak nampak terlalu gelap. Masa nak apply, Nanie akan gunakan bronzer dulu di tulang pipi dan kemudian barulah gunakan blusher. Effect keduanya akan berikan muka kita sedikit runcing dan lebih berstruktur. 



E.l.f Countouring & Bronzing Powder ni mudah di blend dan sangat cantik bila ada lighting yang sesuai. Sedikit shimmering diletakkan supaya memberikan hasil glamour! Wah... review Nanie macam nak masuk rancangan Nona pulak! kehkehkeh. So far sepanjang Nanie gunakan, ianya sangat sesuai untuk daily usage. Hari pertama Nanie apply e.l.f Contouring & Bronzing ni, tiba-tiba bos puji kata makeup cantik! Hahahaah. Boss, ni lah rahsianya.... :)



So last but not least, if korang nak try belajar buat contouring dan bronzing, cuba mulakan dengan yang jenis powder. Try gunakan berus yang sesuai dan belajar je teknik makeup dari You Tube. Nanie pun tak pandai, just cuba-cuba je. Cubajaya gitu! hehehehe. 


INFO PRODUK 

E.L.F Contouring Blush & Bronzing Powder
Code : 83601 (St Lucia) 
8.4g

Harga : RM 25
*berbeza mengikut penjual*





 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork