Wednesday, November 25, 2015

Review Laneige Two Tone Lip Bar : No.1 Magenta Muse

Assalamualaikum semua

Nanie penggemar lipstick. Pernah beberapa bulan lepas, Nanie let go hampir separuh daripada kolesi lipstick Nanie. Tapi kalau dah minat, pergi mana-mana mesti lipstick dulu yang memukau mata. Dalam handbag Nanie je ada 5-6 jenis lipstick. Hahahah. Ikut mood nak pakai yang mana.

Dalam banyak-banyak lipstik, antara yang menarik perhatian Nanie adalah Laneige Two-Tone Lip Bar. Of courselah kalau dah brand Laneige memang antara kegemaran Nanie. Dan kat mana lagi Nanie beli kalau bukan di Althea Korea, shopping website barangan Korea yang paling popular sekali di Malaysia. Harga yang ditawarkan dahlah lagi murah dari harga pasaran. Memang patutlah Althea Korea ni famous habis! Baca Entry : Klik Sini



Di Korea ada trend untuk dapatkan bibir dua tone. Jadi, Laneige telah menggabungkan dua warna yang berpadanan dengan tona kulit wanita Asia untuk mendapatkan bibir yang cantik dan nampak fresh. Mula-mula pun Nanie macam tak sure jugak, cantik ke tidak, sesuai ke tak dengan tona kulit Nanie. Ye lah, tona kulit Nanie macam langit dengan bumi kot kalau compare dengan orang Korea.

Nanie paling suka idea gabungan warna dan uniknya, potongannya yang serong membuatkan Nanie nak tahu sangat hasilnya pada bibir Nanie. Takut gak bila potongan serong ni sebabkan pemakaian lipstick jadi sememeh dan comot...


Bagi pembelian pertama kali ni, Nanie beli warna No.1 : Magenta Muse. Ia adalah gabungan warna ala-ala orange dan merah yang pekat. Nampak gabungannya cantik. Bukan tu je, selain dari Magenta Muse, ada 9 lagi pilihan gabungan warna yang semua cantik-cantik.



Walaupun nampak macam semua warna menggoda, tapi Nanie yakin Magenta Muse paling sesuai dengan tona kulit Nanie. Laneige Two Tone Lip Bar ni boleh digunakan secara bertukar-tukar. Kalau korang nak yang fresh, di bahagian luar letak orange. Nak garang sikit letak warna merah tu.



Warnanya yang fresh dan lembut memang menyerlah dan cantik. Tidak mempunyai sebarang bau seperti cream atau sebagainya, Laneige Two Tone Lip Bar memberikan sapuan maksimum yang cantik dan menyeluruh. Mudah digunakan walaupun bentuknya bersegi dan tahan lama juga. Tak mudah luntur. Kalau korang makeup ala-ala natural, boleh gunakan warna orange tu yang lebih.




Warna yang diberikan memang cun! Bahagian atas merah, bawah oren.
Bila Nanie cuba kenakan pada bibir memang sangat cantik warnanya. Tapi disebabkan Nanie ketap bibir, so warna oren tu blend dengan merah. Tak nampak dah dia ada dua tone. 


Walau apapun, Nanie tetap suka tekstur yang diberikan. Non-matte, tapi bukan glossy. Yang paling best, dia bagi fully effect. So kalau bibir nipis nampak lebih tebal sedikit. Sangat cantik dan bright. Tak sememeh pun Nanie pakai walaupun bentuknya serong kan. Kena pandai lenggokan tangan ye! 

Nanie masih kategorikan Laneige Two Tone Lip Bar sebagai antara favourite product Nanie. Dengan harga yang berpatutan RM 68 (Harga di Althea), Nanie rasa ia adalah satu inovasi yang bagus dalam dunia kosmetik. 

Kalau ada yang berkenan dan nak beli, boleh beli dengan Althea Korea di link-link berikut : 

Facebook : 

Website : 

Instagram : 


Thursday, November 19, 2015

Tiba-Tiba Twitter @fateeninnanie Jadi Viral...

Assalamualaikum semua

The power of media social! Itu yang Nanie boleh katakan. Hahahah. Tak sangka pulak Nanie, satu tweet Nanie pada 3 hari lepas jadi viral. Asalnya salah sorang kawan di Twt Makeup tanya mengenai expired date produk makeup. Jadi, Nanie yang tahu sedikit tips mudah mengenai perkara ni terus ambil gambar, edit bubuh text dan share di twitter.

Twitter asal.

Masa di twitter Twt Makeup tu memang ramai yang dah RT. Dan tak sangka ia berlanjutan sampai ke banyak Twitter lain termasuk page-page kegemaran ramai seperti Oh! Media, Beautifulnara & Himpunan Cerita Lawak. Nasib baik belum masuk Amran Fans. Hahahahah. 










Ada yang tanya, alaa ruginya tak letak watermark, tak letak nama blog, nama sendiri semua. Kehkehkeh. Takpe beb, benda ilmu macam ni Nanie anggap je ia sebagai amal jariah. Untuk hari mendatang kan... 

Untuk kes makeup ni, macam Nanie bagitau... Nanie pun tak tahu yang ramai orang tak tahu mengenai perkara ini. Nanie dapat maklumat ni sebab Nanie pernah terbaca dalam buku Paula's Choice yang memang banyak gila ilmu dan maklumat mengenai makeup. Ye lah, expiry date bagi kosmetik sangat penting. Kalau dah expired jangan gatal nak pakai tenyeh kat muka. Lagi pulak dapat jenis sensitive skin... tak ke susah kalau apa-apa terjadi pada kulit muka. Itulah untungnya suka membaca... macam-macam pengetahuan kita peroleh! 

Dari satu aspek, Nanie gembira dan bersyukur sebab makin ramai yang dapat manfaat dan tahu mengenai perkara ini. Ingat tak Nabi pernah pesan... "Sebarkanlah ilmu walau sepotong ayat!" Dan... ini adalah amal jariah buat Nanie. Makin ramai yang share, makin ramai yang tahu, makin ramai yang boleh diselamatkan daripada sebarang gejala buruk yang tak diingini. 

Itulah hebatnya media sosial. Mudah sangat untuk sesuatu perkara tersebar. Cuma sebelum disebarkan, make sure ia tepat. Bukan fitnah atau bukan gossip! :) 

So, inilah pengalaman Viral buat Nanie. Nak follow Nanie di twitter : @fateeninnanie 

Thalia Extra White : 92% Wanita Malaysia Alami Masalah Kulit Muka?

Assalamualaikum semua

Kalau muka ada masalah, memang Nanie sangat-sangat risau. Bukan risau apa. Risau sebab kurang keyakinan diri untuk bergaul dengan orang lain. Yelah, orang lain kulit semua licin je Nanie tengok. Kadang tu geram jugak, rasa nak cubit-cubit aje! 


Menurut kajian, hampir 92% wanita di Malaysia mengalami sekurang-kurangnya dua hingga tiga masalah pada kulit wajah mereka. Yang paling popular adalah :

1. Kulit kusam dan tidak bermaya
2. Warna kulit gelap dan tak sekata
3. Jerawat dan parut jerawat
4. Kulit berminyak
5. Liang pori besar

Jadi, sebagai wanita yang mementingkan kecantikan luaran dan dalaman... tak kan kita nak berdiam diri sahaja. Kenalah cari solusinya! Dan ni Nanie nak perkenalkan Thalia Extra White dengan 10x Stemcell! Haaaaa banyak tu 10x Stemcell tu.



THALIA EXTRA WHITE
Formulasi Pemutihan Unggul!
Dengan 10X Stem cell
THALIA EXTRA WHITE juga kaya dengan enzim dihidtolize yang berfungsi sebagai penghalang melanin yang menggelapkan kulit dan menghentikan reaksi kimia yang dirangsang oleh sinaran matahari yang menyebabkan kulit berwarna gelap. Ia juga diperkaya dengan antioksidan yang tinggi yang membantu melambatkan proses penuaan kulit, menyerlahkan kecantikan kulit,mengurangkan radang serta serta memulihkan tisu kulit mati. 100% semulajadi dan selamat , tiada tambahan gula,tiada bahan pengawet, atau perisa tiruan. Kulit anjal,cerah,gebu dan licin seawal penggunaan.

BAHAN AKTIF THALIA EXTRA WHITE :
  • Strawberi,
  • acai berri,
  • buah tin,
  • beetroot,
  • soya,
  • colagen dan zafaran 
  • gluthathione
  • serbuk mutiara
  • ekstrak sakura
  • sarang burung 

KELEBIHAN THALIA EXTRA WHITE :
  • Menghaluskan & menggebukan kulit seawal 3 hari
  • Merawat masalah kulit berjeragat, berjerawat & kusam
  • Mengurangi kedutan & garis halus
  • Menjadikan kulit anjal, elastik & lembab
  • Mengecilkan pori terbuka
  • Merawat tumit kaki merekah & kesan regangan kulit
  • Menguatkan kuku & akar rambut
  • Meningkatkan tenaga & imunisasi badan
  • Mengandungi prebiotik & 10× stemcell


KEHEBATAN THALIA EXTRA WHITE MEMANG TERBUKTI!!!

Thalia Expert White ni dah ramai yang guna rupanya. Di kalangan selebriti pun ramai. Salah seorang Izreen Azminda dan Eira Syazira. Uiii patutlah cantik dan putih melepak kulit dorang sekarang. Tak ragu-ragulah makin glowing kan? Dorang amalkan Thalia Extra White ni. 







Kalau Nanie memilih produk supplement, Nanie suka kalau mudah dan senang diminum atau dibancuh gunakan air sejuk. Takde lah susah nak larut. Thalia Extra White memang mudah nak diminum. Hanya 1-2-3 dan siap sepenuhnya. Boleh minum terus. Selain beri kecantikan, Thalia Extra White juga mengekalkan kesihatan kita! 





NAK BELI THALIA EXTRA WHITE???

Kalau korang nak beli dan atasi masalah kulit muka dengan Thalia Extra White, korang boleh dapatkan di mana-mana kedai jamu yang berdekatan dengan korang atau secara online. Korang juga boleh terus ke HQ Megah Perawan di Bukit Rahman Putra dan boleh hubungi / whatsapp talian Hotline :  016-3333347 . Ni no pengasas sendiri tau.... segala pertanyaan akan di jawab secepat mungkin. Sekarang ni pulak ada promosi hebat!!! Jangan terlambat... rugi besar kalau tak beli. Memang berbaloi....

Kalau beli sekarang, ada banyak sangat free gifts tau. Dengan harga RM 119(SM) dan Rm123(SS), korang boleh dapat : 



  • Free shaker
  • Free trail losyen mulus gebu 
  • Free Bangkit seri BB cream 
  • Free Postage!!!

Sekiranya korang sedang mencari supplement yang bagus untuk merawat sebarang masalah pada kulit muka, boleh gunakan Thalia Extra White yang memang terbukti berkesan. Cuba ok... mana tahu rezeki dan jodoh korang sesuai dengn supplement ni. Mesti meletopsss terus korang cantik!



Untuk maklumat lanjut, boleh klik link-link di bawah : 

WEBSITE 

FB : 

Instagram:
@megahperawan 

Alamat & No. Telefon: 

Megah Perawan Sdn Bhd
No.34 Jalan BRP 1/2
Bukit Rahman Putra 
47000 Sg.Buloh,Selangor 

Hotline : 016-3333347




Monday, November 16, 2015

Shopping Sephora Holiday Collection 2015

Assalamualaikum semua

Bila dah hujung-hujung tahun ni, paling seronok sebab banyak sale! Lagi-lagi nak Xmas kan. Fuhh bukan main semua shopping complex dah mula naik banner YES lah, Mega Sale lah... rambang je mata tengok ni. Kena bajet-bajet sikit. Kata nak kahwin tahun depan? Eh... hahahaha. 


Kahwin tak kahwin, masuk Sephora paling seronok! Holiday Collection is out girls!!! Masa first day Holiday Collection release, Nanie ke Sephora Mid Valley. Dah macam mabuk sekejap Nanie tengok gegirls yang ada kat situ. Hahaha. Termasuk Nanie lah. Ke depan sekejap, ke belakang sekejap. Tak tentu hala. Geram je rasa tengok collection Sephora. 

Antara yang menjadi kegemaran Nanie untuk Holiday Collection 2015 ni adalah barangan dari Tarte. Semua produk mereka didatangkan dalam packaging yang sangat cantik. Warna gold,peach, black and silver. Siap cover case fully sequin yang mengelippppp!!!



Boleh tak bayangkan betapa murahnya bila one set blusher, mascara, bronzer, eyeshadow sampai 24 shades, highlighter semua hanya RM 199. Tak ke berbaloi? Kalau nak beli asing-asing mahu sampai pat lima ratus! Wuiii memang rugi kalau tak beli ni.


Tak cukup dengan tu, brushes set dia pun mengancam habis! RM 174 and boleh dapat 5 Premium Size untuk stroke brush Tarte ni. Dah lah dengan gold finishing holder. Menariknya lahai. Kalau korang nak tengok review boleh tengok vlog Izzati XOXO ni : https://www.youtube.com/watch?v=TxBmldaISpw.

Lagi gembira bila Nanie nampak set Tarte Lips di bawah ni. Ya Allah untuk 5 batang lips srugence ni yang mana 3 darinya adalah matte dan 2 adalah lip tint hanya RM 124. Tak ke murah tu woi??? Kalau harga sebatang RM 94 tau tak. Dan semua warna dia sangatlah cantik dipandang dan dipakai. Apa lagi, memang Nanie tak lepaskan lah. Kena sambar beb! Kena!!!



Masa jadi emcee wedding Sabtu lepas, Nanie gunakan Tarte Lip Surgance Emblaze (yang tengah tu)
Cantik gila colour dia. Dan matte!
Dan semalam, Nani ke Sephora The Gardens Mall. Jumpa something yang sangatlah menggiurkan. Ada ke patut, 3 NYX Soft Matte Lip Cream yang sangat-sangat digilai ramai itu dijual hanya RM 55? Kalau beli sebatang, RM 30. Tak ke berbaloi tak hengat itu? Nanie post kat Twitter pasal ni... aduhai berduyun duyun berhuhu dengan Nanie. 


Nanie tak sure semua Sephora ada tak? Sebab ada rakan twitter Nanie bagitau Sephora Kuching takde. Ini pun kebetulan je Nanie jumpa. Masa Nanie beli, set ni tinggal 2 atau 3 lagi. Shades yang dalam set ni adalah Antwerp, San Paulo (my favourite) dan Amsterdam. Geram Nanie. Wajib sambar! 


Memang betul lah, kalau tak kuat...bila masuk Sephora ni boleh pokai woh. Memang holiday collection antara yang Nanie tunggu-tunggu. Untuk 2015 ni, agak bagus jugak collection mereka. Contohnya macam Soap & Glory set pun berbaloi jugak. Ni Nanie tengah booked untuk Too Faced Melted Lip Set Colletion.

Too Faced Christmas in Paris Holiday 2015 - http://belleblushh.com

Oh ye, kalau korang nak tahu.. actually korang boleh booked pada Sephora sekiranya barang yang korang nak tu habis stock atau belum release. Korang boleh pergi ke kaunter dan mereka akan minta details korang serta produk yang korang nak. Sekiranya produk dah sampai, mereka akan contact. Mudah kan? Tak payah lah 2-3 kali pergi Sephora selalu. Makin selalu pergi, makin kering poket ni! Hahahaha. 

Tak salah nak berbelanja ataupun nak self-reward pada diri sendiri. Asalkan bijak dan jangan membebankan diri di kemudian hari sudahlah. Nanie pun beli mana yang Nanie selalu guna. Nanie bukan makeup artist yang nak kena ada semua benda kan? Hehehe. Ehhh tapi kadang meroyan jugak kat Sephora tu. Kena banyak kawal nafsu! Hahaha. 



Wednesday, November 11, 2015

Mudah, Selamat & Jimat Shopping Online di The Body Shop!

Assalamualaikum semua

Jenama The Body Shop bukanlah satu jenama asing di Malaysia. Malahan boleh Nanie katakan, hampir 80-90% shopping mall di Malaysia ada outlet The Body Shop. Nanie pun memang dari dulu lagi suka dengan The Body Shop ni. Mereka kan terkenal dengan penggunaan bahan alam semulajadi. Tu yang best tu! 

Selain daripada jualan secara offline, Mereka juga ada menyediakan khidmat jualan di atas talian atau ONLINE SHOPPING! Haiiih, kalau dah ada online shopping, lagilah mudah nak membeli kan? Biasalah kalau dah nama Online Shopping ni, sudah semestinya berfungsi untuk memudahkan pelangggan. Lagi pulak sekarang ni, masa cepat betul berlalu. Dengan ada mekanisme Online Shopping, pelanggan dapat jimat masa, jimat tenaga, jimat minyak dan macam-macam jimat lah! Semua dihujung jari kan. 

Ada beberapa perkara yang menyebabkan Nanie suka online shopping The Body Shop ni. Antaranya adalah : 

1. Produk Terbaik & Best Seller : Melalui website, semua NEW PRODUCT & PROMOTION kita boleh tahu dulu! Kadang tu, belum ada di pasaran lagi kita dah boleh beli di website mereka. Bukan tu je, kita juga boleh tahu produk mana satu yang TOP RATED dan disukai ramai. Kalau orang ramai suka, mesti produk tu terbaik dan best kan? 




2. Harga Promosi & Update Stock : Melalui pembelian online, pelanggan boleh menikmati pelbagai diskaun dan harga promosi yang sangat berbaloi! Boleh buat penjimatan kan? Selain tu, sekiranya produk yang kita nak tu takde dalam stok, mereka juga menyediakan servis untuk update kita selepas stok sampai melalui email. Jadi takdelah, kita terlepas pandang atau mungkin kena check setiap hari stok produk tu dah ada belum kan? 




3. Maklumat Lengkap & Membantu Pelanggan : Nanie sebagai pelanggan amat mementingkan info dan maklumat yang diberikan. Bagi Nanie pemberian maklumat yang tepat amat berguna dalam membantu pelanggan menentukan kesesuaian produk pada diri mereka. Di The Body Shop, bukan sekadar maklumat produk dipamerkan secara jelas dan dalam DWI-BAHASA, mereka juga turut mempamerkan CUSTOMER REVIEW & RATING yang mana rata-rata adalah feedback dari para pelanggan setia mereka sendiri! 






4. Review Produk dari LyBloggers : The Body Shop juga kini memperkenalkan LyBloggers iaitu satu campaign review produk daripada para blogger. Semua review diletakkan dalam satu seksyen dan memudahkan pembaca meneliti satu per satu review yang diberikan. Terutama bagi produk terbaru! 



5. Lengkap, mudah & mesra pelanggan : Bercerita mengenai online shop, Nanie yakin ada 1001 pengalaman pelanggan. Untuk Nanie, mudah sahaja, online shop yang terbaik adalah online shop yang lengkap, mudah dan mesra pelanggan. Di website The Body Shop, mereka mempunyai ciri-ciri tersebut. Customer Services Centre dengan waktu panggilan yang tertera besar memberikan pelanggan mudah menghubungi mereka. Malahan, Nanie juga suka dengan pelbagai campaign Go Green yang diketengahkan The Body Shop dalam menyelamatkan alam sekitar yang secara tidak langsung mendidik pelanggan untuk sama-sama menjaga alam sekitar. 




Setelah meneliti dan pusing-pusing dua tiga kali di website The Body Shop, Nanie pun berpuas hati untuk shopping disana. Apa lagi, memang kebetulan banyak jugak barang Nanie dah hampir habis. Jadi ni kira restock lah! :) 


Pengalaman Online Shopping The Body Shop :  

Nanie rasa selepas Nanie place order, dalam 3-4 hari selepas tu, order Nanie dah sampai di office. Walaupun Nanie beli hanya 4 barang je, tapi mereka masukkan dalam satu kotak besar. Rasa selamat sangat bila tengok kotak tu pun diselotip semua bucu dan kotak tak ada sebarang kemek. Salah satu produk yang Nanie beli adalah dalam bentuk botol kaca, kalau tak dibalut dengan baik for sure akan pecah kan? 



Bila Nanie bukak kotak tu, sekali lagi Nanie cukup puas hati. Mereka letakkan banyak sangat shredded paper didalamnya. Supaya produk tadi tidak berlanggar sesama sendiri dan pecah. Puas hati betul lah bila nampak barang kita dijaga dengan baik kan? 


Dan pada produk yang botol kaca, mereka balut sekali lagi dengan bubble wrap. Walaupun agak susah nak bukak tapi takpe. Janji botol tak pecah dan produk tumpah. Sama jugak dengan produk botol Face Mist tu. Mereka selotip pada bahagian penutup supaya tak terbuka. 



Selain menggunakan bahan-bahan kitar semula, The Body Shop juga memberikan jaminan produk dengan disertakan medium untuk komunikasi dan perhubungan sekiranya terdapat masalah pada parcel. Di bahagian atas kotak turut memberitahu bahawa sebagai pelanggan The Body Shop, kita juga membantu mereka dalam kempen kesedaran penjagaan alam sekitar. 


Secara keseluruhan, Nanie memang puas hati sangat-sangat berbelanja secara online di website The Body Shop. Produk dihantar dengan selamat, website yang mesra pelanggan dan penuh dengan informasi, barangan yang dihantar betul dan memuaskan hati malahan Nanie boleh katakan, pembelian secara online lebih jimat dan lebih mudah lah! 

Produk-produk di atas, jumlah yang Nanie spend adalah RM 238.00 dan untuk makluman sehingga 19 November 2015, PENGHANTARAN adalah PERCUMA! Jadi, kalau korang nak shopping di The Body Shop, cepat-cepat... beli sekarang ok! Best!!! Nanie memang recommend sangat kalau korang nak jimat masa tapi tetap nak shopping! Kihkihkih.... 

Untuk maklumat lanjut, boleh klik link dibawah :

Website : 

Facebook : 


Instagram :








Friday, November 6, 2015

The Picnic Table by Simply Sandwiches | Cafe Ala Piknik Paling Best Di KL!

Assalamualaikum semua


Hujung minggu ni panjang sikit sebab Selasa kan Deepavali. So, mungkin ada antara kita yang sambung cuti on Monday tu... nak habiskan cuti tahun katanya kan? Bagi anda yang mencari-cari tempat untuk berehat, makan-makan ala-ala picnic dengan keluarga mahupun kawan-kawan, meh sini... Nanie nak share satu tempat makan best iaitu THE PICNIC TABLE by SIMPLY SANDWICHES. 

Untuk makluman korang semua, cafe The Picnic Table by Simply Sandwiches yang terletak di The Strand, Kota Damansara ni merupakan cafe yang bertemakan Indoor Picnic. Bila bercakap mengenai Indoor Picnic, mesti semua tertanya-tanya, konsep Indoor Picnic yang macam mana yang dibawakan oleh The Picnic Table ni ye? 


Tema Indoor Picnic yang diketengahkan The Picnic Table memberikan satu kelainan kepada landskap cafe di Malaysia. Bukan sekadar membawakan suasana picnic itu sendiri ke dalam cafe mereka, The Picnic Table juga bijak menata rias cafe agar mood picnic dapat dibangkitkan di samping ianya sangat selesa, selamat dan bersih untuk sekeluarga dan juga rakan-rakan. Dengan air cond yang sejuk, rumput yang hijau dan kawasan yang luas, tak kira tua atau muda pasti merasakan ia persis taman rekreasi yang sesuai untuk berpicnic. 



Suasana santai yang menarik



THE PICNIC TABLE TURNS #1

Nanie jadi emcee masa tu. hahahah entah apa je membebel. :) 
Sempena ulang tahun The Picnic Table yang pertama baru-baru ni, Nanie dan kawan-kawan blogger telah dijemput untuk sama-sama meraikan sambutan tersebut. Dalam masa setahun tu, memang banyak betul perkembangan positif yang ditunjukkan The Picnic Table. Nanie boleh kategorikan mereka sebagai Pioneer atau Trend Setter kepada Healthy Food Delivery sebab Nanie mula kenal pengasas dan orang kuat The Picnic Table iaitu Sharin Shariff & Shaheera Djafar ni kira-kira dua tahun lepas.

Shaheera Djafar & Sharin Shariff
Masa tu mereka hanya menjalankan perniagaan delivery sandwich [Klik Sini] dan setahun lepas, mereka tampil membawa kelainan dengan membuka The Picnic Table ni. Seperti biasa, selain sandwich, mereka turut menyajikan pelbagai menu makanan sihat, home made dan pastinya sedap-sedap belaka! 


Antara hidangan pada Majlis The Picnic Table Turns #1

Antara menu yang BEST SELLER di The Picnic Table ni antaranya ialah pelbagai pilihan sandwich seperti Smoked Salmon, Garlic Butter Prawn, Beef & Chicken Salami, BBQ Chicken dan Sauteed Mushroom. Hidangan lain yang turut ditawarkan dan semestinya memikat selera adalah seperti Grilled Shrimp Spaghetti with Pesto, Bruschetta with Sauteed Wild Mushroom, Herbs & Garlic Crouton, Mushroom Soup beserta Garlic Bread dan pelbagai lagi hidangan serta manisan yang  sihat dan lazat. 

Crush Juice
Juice Crush antara yang menyegarkan para tetamu! Sedap....







Pelbagai pilihan sandwich dengan homemade filling



Bukan itu sahaja, mereka cuba kini membawa pelbagai lagi menu dan produk terbaru. Antara menu terbaru yang sangat mendapat sambutan di The Picnic Table adalah Soft Shell Crab Spaghetti. Soft Shell Crab yang manis, lembut dan rangup tu memang sangat rare menunya. Yelah, kalau cafe-cafe macam ni, agak sukar nak dapatkan menu soft shell crab ni kan? Harga??? Sangat berpatutan. Nanie yang first time makan ni pun sampai sekarang tertelan liur bila tengok gambar! 


Abang Kid [KLIK SINI] memang macam ni kalau jumpa makanan sedap... kihkihkih
Kak Jue [KLIK SINI] pun sama ye! Hahahaha 
Seperkara yang menarik minat Nanie juga tentang The Picnic Table adalah suasana picnic yang selamat dan bersih untuk anak-anak. Sebagai ibu bapa, kalau bawak anak-anak mereka pastinya inginkan tempat yang luas dan lapang supaya anak-anak mereka boleh lakukan aktiviti bebas kan? Jadinya di The Picnic Table, mereka boleh baring, berlari, melukis, makan, main board game dengan bebas dan selamat! Memang terasa suasana picnic keluarga tu!



Mahamahu [KLIK SINI] & Suzzai je yang behave!


Oh ye, sebelum terlupa... The Picnic Table juga mengambil tempahan untuk sebarang event dan majlis. Mereka juga menerima tempahan untuk event place seperti majlis sambutan hari jadi, gathering dan ada juga workshop yang dijalankan disini. Memang sesuai tempat ni untuk majlis-majlis santai seperti ni. 



Nanie memang sarankan sangat-sangat, sapa yang nak merasa satu suasana baru dan makanan yang sedap-sedap serta beristirehat bersama kawan-kawan mahupun keluarga, untuk singgah di The Picnic Table by Simply Sandwiches ni. Memang tak rugi!!! 

Buat The Picnic Table by Simply Sandwiches : 

"Happy Birthday To You! Semoga The Picnic Table terus melangkah maju dengan jayanya di tahun-tahun akan datang. Nanie doakan moga The Picnic Table menjadi cafe terbaik dan paling best di KL ni!" 

   Untuk sebarang maklumat lanjut, tempahan dan pertanyaan, boleh klik link dibawah : 

    THE PICNIC TABLE
    Alamat :  The Picnic Table by Simply Sandwiches  
                62-A, Jalan 5/21, The Strand Kota Damansara, 
                47180 Petaling Jaya
   Tempahan : 017-6862076 / 017-2070407
   Email : simplysandwiches4u@gmail.com
   Instagram : @simplysandwiches






 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork