Wednesday, December 30, 2015

Planner Muslim Tahun 2016

Assalamualaikum semua

Percaya tak dah habis tahun 2015? Allah memang sekejap betul masa berjalan kan. Nanie macam teringat-ingat lagi, awal tahun 2015 dulu dalam kereta dengan kawan baik Nanie, kiteorang plan out target dan hala tuju untuk tahun tu. Masing-masing cekalkan hati dan bulatkan tekad nak capai apa yang diimpikan. Memang masa tu, kecik besar hati ni... boleh ke tak capai apa yang diimpikan. Mampu ke tak nak harung segala ujian. Ye lah kita manusia kan macam-macam... hanya merancang. Sebaik perancangan datangnya dari Tuhan. 

To be honest, Alhamdulillah 2/3 daripada impian, hala tuju dan target Nanie pada 2015 tercapai. Especially dalam membentuk karier Nanie. Dan macam Nanie cakap, bukan senang nak biasakan apa yang kita tak biasa. Semuanya ada dugaan masing-masing. Alhamdulillah juga sepanjang 2015 Nanie diberikan kekuatan dan bersama kawan-kawan serta keluarga menempuh semua percaturan. 

Bercakap pasal hala tuju, target dan perancangan... tak sah rasanya tahun baru kalau tak dimulakan dengan membeli planner. Tahun ni memang asalnya Nanie nak beli planner di Typo je. Dekat pun dekat jugak dengan rumah sebab di Nu Sentral ada satu kedai Typo. Tapi entah macam mana, lebih kurang 2 minggu lepas, salah sorang kakak blogger, Kak Shakina Farhan yang juga student UM dan kawan kepada ex-housemate Nanie ada jual planner 2016 yang jauh lebih murah dari Typo. So, tahun ni ubah arah sikit.



Alhamdulillah semalam, masa Nanie di Johor barangnya dah selamat sampai. Bungkus elok dan tak ada kemek-kemek. Tak mahal pun, RM 30 je satu planner ni. Murah kan? Nanie suka sebab Kak Kina memang dah include kan sekali semua keperluan planner 'sebenar'. Bukak-bukak je dah diingatkan dengan ini. Betul, perancangan tahunan kita ni hanya sekadar atas kertas. Jadi atau tak, bukan urusan kita. 





Kalendar tahunan yang bewarna warni ni memang comel. Tambah pulak dibelakangnya diletakkan list Holiday sepanjang tahun. Boleh tahan jugak tahun depan banyak cuti Sabtu-Ahad. Tak sure forward ke Isnin ke tak. Kalau forward Isnin, seronok lah. Jumaat malam dah boleh balik Johor. So dapatlah Jumaat sampai Selasa pagi baru balik KL. Hehehe.


Antara part paling best, di setiap column untuk daily planner, ada sedikit ingatan buat Nanie. Setiap bulan berbeza-beza. Jadi, secara tak langsung kita kembali kepada yang hakiki. Ingat mengingati dan saling merendah diri.




Tambahan pulak, di bawahnya ada CHECKLIST Column. Yang ni pun Nanie tak pernah gunakan lagi selama Nanie ada planner. I will try to use it and kita tengok macam mana. Nampaknya checklist ada :

1. Baca Al Quran
2. Supplement
3. Cooking
4. Shopping






Dalam tu jugak Kak Kina siapkan sekali jadual untuk Bulan Ramadhan, Monthly Expenses Tracker - bagus ni nak semak belanjawan kita setiap bulan kan. Maklumlah sekarang ni, duit kita dah 'murah'. Laju macam air. Mana tahu, kalau perbelanjaan lebih... dah boleh mula buat dua kerja. Sebagaimana menyahut seruan Menteri Pasolla.

Ruangan untuk Bills pun ada dalam planner ni. Part ni Nanie paling suka. Sebab Nanie selalu lewat bayar bil. Lagi-lagi kalau TNB ataupun Syabas. Selalu untuk Unifi yang on time bayar sebab 3 hari before due, ada email reminder kan. So, harapnya bila ada this column, boleh bantu remind Nanie bayar bil on time lah!


Ruangan atas ni paling Nanie suka. Memang niat tahun 2016 ni Nanie nak mula menabung yang gaya gini. Menyimpan ikut jumlah minggu. So kalau complete setiap minggu ikut sebagaimana yang dicadangkan, setahun tu Nanie boleh kumpul RM 1378.00 kot! Fuh banyak!!! :)

Menabung ni memang nampak macam lambat. Tapi tu lah peribahasa Melayu. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Selain menguji kesabaran, disiplin diri pun kena kuat dan semangat. Insya Allah Nanie cuba kaedah ni untuk tahun 2016. Mana tahu boleh jadi tabung kahwin sekali. Cececeh!




Basically, atas ni adalah semua planner dan notebook yang Nanie gunakan untuk tahun 2015. Banyak kan? Hahahah. Tak cukup satu. Kalau nak tahu, Nanie ni old school sikit. Semua benda nak tulis. Semua benda nak conteng. Jadi memang macam-macam lah yang Nanie bubuh dalam tu. Ada yang untuk kerja, ada yang untuk blog, ada yang untuk pengacara majlis, ada yang untuk personal, ada untuk travel semua ada. Memang hobi Nanie dari dulu suka buku. Apatah lagi planner bagai ni. 



Jadi, bila bertukar tahun ni... semangatnya memang kena tukar jugak. Kalau 2015, target dan tujuan Nanie berjaya dicapai, tahun ni Nanie nak buat beberapa penambahbaikkan. Bukan sekadar pada diri Nanie sendiri, malahan pada sekeliling Nanie juga. Yang mana lompong, tak berisi, Nanie akan cuba sedaya upaya buat yang terbaik. Yang mana tak dapat, tahun ni cuba dapatkan. Yang mana belum jumpa, tahun ni Nanie cuba jumpakan. 

Dan seperkara yang perlu diingat...semuanya bermula dengan usaha kita. Diri kita sendiri yang kena beri komitmen supaya apa yang ditarget tercapai. Mudah-mudahan semuanya berjalan lancar, dipermudahkan urusan, dan memberi manfaat kepada semua. 

Nanie mulakan tahun baru dengan rumah baru...di KL. 

Alhamdulillah. 

Selamat Tahun Baru semua! Teruskan usaha, jangan putus asa. Kita rancang yang baik, moga Allah beri kita yang terbaik!!!




p/s : Kalau nak beli planner macam Nanie, boleh contact Kak Shakina Farhan 





Wednesday, December 16, 2015

Review Hydraluron by Indeed Labs Untuk Masalah Kulit Kering

Assalamualaikum semua 

Nanie tahu ramai dekat luar sana yang tercari-cari skincare regime yang bagus untuk kulit. Memang betul tak mudah nak jumpa yang sesuai untuk kulit kita sebabnya kulit kita sendiri berubah-ubah. Ada masa nampak macam oily, ada masa macam kering. Semua tu adalah disebabkan faktor dalaman dan luaran. Faktor dalaman of courselah dari segi hormon dan pemakanan kita. Manakala kalau faktor luaran adalah disebabkan perubahan cuaca dan keadaan kita berada. 

Bagi Nanie, key point untuk dapatkan kulit yang cantik dan segar adalah kelembapan atau moisture. Ye lah cuaca di Malaysia yang panas dan lembap lagi menyebabkan kulit kita cepat kering. Macam Nanie sendiri yang banyak terdedah pada aircond, memang terasa sangat kulit jadi flaky dan agak kering. 

IndeedLabs-HPBanner-2.jpg
Baru ni Nanie try Hydraluron dari Indeed Labs. Indeed Labs merupakan satu jenama yang terkemuka dari Canada dan dibawa masuk ke Malaysia melalui Muse by Watson. Memfokuskan kepada penyelesaian kulit wajah yang bermasalah, Hydraluron dari Indeed Labs mempunyai tiga produk utama mereka iaitu : 

1. Hydraluron Moisture Jelly
2. Hydraluron Moisture Serum
3. Hydraluron Moisture Mask 


Kesemua Hydraluron Skincare Regime ini sangat bagus dalam mengembalikan dan mengekalkan kelembapan kulit wajah kita. Menjadi protection utama bagi masalah kulit kering, Hydraluron sangat sesuai untuk kegunaan harian. Malahan ia bukan setakat memfokuskan wanita yang berkulit kering sahaja, malahan semua jenis kulit juga adalah sesuai untuk gunakan Hydraluron. 


HYDRALURON MOISTURE JELLY 

RRP : RM 105.00 / 30ml




Hydraluron Moisture Jelly adalah satu gabungan hebat antara tiga bahan utamanya iaitu :

- PatcH20 : Memberikan kelembapan yang berpanjangan dan mengelakkan kulit daripada terhidrasi.
- Fucogel : Menyerap dengan cepat ke dalam kulit dan mengikat molekul air pada kulit supaya kekal lembap dan membentuk satu lapisan bagi mengelakkan kehilangan air.
- Hyraluronic Acid : A high-level hydrating substance yang membawa 1000 kali ganda air dan seterusnya menghasilkan result yang lembut, gebu dan segar pada kulit wajah.

Personally Nanie suka pada packagingnya yang sangat mudah untuk digunakan. Just tekan penutup putih dan Hydraluron Moisture Jelly akan keluar. Nanie suka gunakan sewaktu lepas solat Zohor yang mana waktu tu, kulit dah mula rasa kering akibat duduk di bawah air cond. Masa gunakan tu, memang terasa fresh dan lembap. Rasa sejuk sangat. Sebab ia adalah jelly kan. Secara tak langsung ia adalah satu terapi untuk kulit yang sangat bagus.


HYDRALURON MOISTURE SERUM 
RRP : RM 115.60 / 30ml






Hydraluron Serum merupakan moisture booster bagi kulit kita. Mengandungi hyaluronic acid yang asli, serum ini boleh kekalkan kelembapan kulit kita dengan sangat baik walau dalam apa sekalipun keadaan cuaca. Hyaluronic acid memang sangat terkenal digunakan dalam kebanyakan produk kosmetik dan skincare kerana keupayaannya untuk memperbaiki tisu kulit dan merawat sebarang masalah pada kulit kita. Ia juga digunakan secara meluas dalam bidang perubatan. 

Selain itu, Hydraluron Moisture Serum turut menggunakan Red Marine Algae sebagai bahan buatannya. Algae ini sangat bagus bagi mengembalikan keanjalan kulit wajah kita dan seterusnya membantu kulit untuk terhindar daripada kekeringan kerana ia membentuk lapisan baru yang mengekalkan kelembapan. 

Untuk serum pula, Nanie biasanya gunakan sebelah malam sebelum tidur. Selepas pakai, memang boleh rasa kulit serta merta jadi sedikit tegang. Namun disebabkan faktor cooling effectnya, tak lah terasa sangat ia menegang. Bila pagi tu dah mula rasa lembut, licin dan paling penting rasa kulit lembap. 


HYDRALURON MOISTURE MASK 


RRP : RM 21.10 / mask

Of course lah bila dah pakai skincare semua, tak sah kalau kita tak gunakan mask kan? Jadi untuk Hydraluron skincare regime ni, kena disudahi dengan mask. Mask yang mengandungi hyaluronic acid sebagaimana di dalam serum tadi mengekalkan kelembapan dan keanjalan kulit untuk lebih lama. Tak jauh beza dengan serum, untuk effect daripada mask adalah lebih cepat.

Nanie akan gunakan Hydraluron Moisture Mask seminggu sekali. Terutama bila Nanie balik Johor. Memang Nanie akan gunakan mask dan tidur. Feeling dia memang best. Rasa sejuk, cooling dan macam ada orang urut pulak muka kita ni. Bila bangun pagi, pegang muka terus rasa lembap dan sejuk.



Sekarang ni Nanie memang bawak Hydraluron ni kemana-mana. Lagi-lagi kalau di office. Sebab bila duduk dalam aircond memang terasa sangatlah kering kulit tu. Jadi, senang nak pakai. Saiznya pun tak terlalu besar. Senang bawak dalam handbag. Yang paling penting, senang nak apply. Cepat menyerap kan. Lepas pakai dalam 5 minit macam tu dah boleh apply makeup macam biasa.


So kalau korang yang ada masalah kulit kering atau rasa kulit macam perit ke, boleh try Hydraluron by Indeed Labs ni. Korang boleh dapatkannya secara eksklusif di cawangan Watson yang terpilih iaitu Watson Alamanda, Watson Bandar Utama, Watson Paradigm Mall dan Watson KLCC. Atau nak lebih senang terus je ke Muse by Watson di Sunway Pyramid.

Sekarang sempena Krismas ada promotion. Kesemua Hydraluron Skincare Regime ni boleh korang dapatkan dengan harga RM 199.00 sahaja berbanding harga asal RM 241.70. Banyak jugak jimatnya tu. Cubalah... mana tahu berkesan untuk korang jugak.

Notes : 
All Indeed Labs products are free of parabens, fragrances, colourants, sulfates, not tested on animals.


Untuk maklumat lanjut boleh klik link-link dibawah :

Indeed Labs FB: 

Indeed Labs Website:

Muse by Watson FB: 

Muse by Watson Website: 

Online Shop : 




Tuesday, December 15, 2015

My Althea Holiday Shopping & "Fly Me To Korea" Lucky Draw!

Assalamualaikum semua 




Last week, Nanie memang happy sangat-sangat. Mana taknya, penuh tiga kotak besar barangan dari Althea Korea selamat sampai kepada Nanie. Mula-mula Nanie ingat nak hantar ke rumah Johor. Tapi macam kesian pulak kat mak nak amek kotak berat-berat kan? Jadi Nanie send je ke alamat office. Berat jugak lah, 3.5kg. Heheheh...


Salah satu sebab kenapa Nanie suka sangat shopping kat Althea Korea ni, adalah dari segi Estimated Time Arrive (ETA) barangannya. Kalau korang nak tahu, Nanie place order pada 2 December 2015 dan selamat sampai di office Nanie pada 7 December 2015. 5 hari je diperlukan untuk barang sampai. Sedangkan jangkaan adalah kira-kira 10-14 hari bekerja untuk barangan ni sampai ke Malaysia dari Korea. Memang cepat kan??? 



Bukak je terus, wah... 3 kotak Althea ada depan Nanie. Fuh fuh fuh memang senyum lebar Nanie sepanjang bukak plastik Althea tu. Oh, kalau korang shopping di Althea, korang jangan risau tau... sebab Althea akan balut kotak, dan setiap barangan yang kita beli dengan cermat. Tak nak ada yang defect during postage. Alhamdulillah selama Nanie shopping dengan mereka, tak ada lagi barangan yang rosak mahupun pecah atau tumpah. 


Masa bukak tu, pelik ehhhh bukan ke kotak Althea warna pink? Laaa...rupanya sekarang tengah ada Limited Edition Box Althea's X-Mas. Tu pasal Nanie dapat kotak warna hijau dan merah ni. Cantik sangat warna dia. Suka!!! Sebelum terlupa, guna Code XMAS-MY dan dapatkan RM 20-off serta Free Shipping bila purchase RM 100!!! Berbaloi kan??? 



So, semua pembelian di Althea Korea, korang akan dapat Limited Edition Box yang memang cantik ni. Geram rasanya... sayang sangat nak buang. Even kotak pink yang dulu pun Nanie masih simpan sampai ni. Boleh simpan benda-benda lain. Reuse kata orang tu. Boleh jimat sebab tak payah beli kotak simpanan yang lain. Nak tengok tak apa yang Nanie beli??? Jeng...jeng...jeng...


Yeayyyyy!!! Penuh semua dengan barangan kegemaran Nanie! Semualah ada... best!!! Dalam ni ada 18 barang yang Nanie order tempoh hari. Dari makeup sampai ke skincare semua ada di Althea. Tu yang Nanie suka kalau shopping kat situ. Dah lah murah, berbaloi dan yang paling penting semuanya original. Tak perlu risau-risau! 



Oh ye, kalau korang ingat sebenarnya ni semua Nanie redeem RM 1000 kredit shopping di Althea untuk hadiah kemenangan Nanie sebagai Beauty Ambassador mereka [Klik Sini]. So, ni Nanie memang guna habis teruslah credit yang diberikan. Berbulan-bulan kot Nanie pilih dan fikir nak beli apa. Dok tukar tukar sana sini sebelum place order. Hahahah. Perempuan kan? Mudah berubah. Gtew! 


Jadi ni lah semua barang-barang yang Nanie shopping di Althea. Secara personal memang tu semua antara wishlist Nanie dan memang Nanie baca dulu review dari blogger untuk setiap satu produk. Pro & Cons nya kena tahu. Sesuai ke tak sesuai dengan kulit kita ke. Nanie akan cuba cari best of the best produk. Insya Allah nanti Nanie review. 

1. Innisfree Jeju Sparkling Mineral Essence
2. Innisfree Jeju Sparkling Mineral Lotion 
3. Laneige Water Sleeping Mask 
4. Laneige Lip Sleeping Mask Special Care
5. Laneige Multiberry Yogurt Repair Pack
6. Nature Republic Aloe Vera Soothing Gel
7. 3D Face Stick Shading
8. 3D Face Stick Highlighter 
9. Innisfree Creamellow Lipstick in Blueberry Burgundy 
10. Missha Under Eye Brightener
11. CLIO Tinted Tattoo Kill Brow 
12. Banila Co VV Bouncing Cushion 
13. Banila Co It Radiant CC Cushion 
14. Etude House Magic Any Cushion 
15. Laneige Foam Cleanser Moisture 
16. Etude House Precious Mineral BB Cream Blooming Fit
17. Beta Salic 2.0
18. Innisfree The Green Tea Seed Serum (Tiada dalam gambar) 



FLY ME TO KOREA!!!
Actually ada lagi yang paling menarik!!! Nak tahu apa??? Sempena Krismas ni, semua pembelian bermula 1 Disember hingga 23 Disember ni, semua akan dapat satu tiket lucky draw tau. Nak tahu apa hadiah lucky draw tu??? Grand Prize akan dapat Trip ke Seoul, Korea!!!! Fuhyoooooooooooohhhhh!!! And Nanie pun dapat satu tiket jugak!!! Yeayyyyy!!!! Mintak-mintak sangkut nombor Nanie ni ye. 


Nanie rasa inilah masa paling sesuai sangat kalau korang nak shopping ke nak borong di Althea. Mana lah tahu rezeki korang... boleh terbang ke Korea percuma wei!!! Siap dengan hotel, flight ticket and a dinner with Althea Korea tu! Bestnya!!!


Mana lah tahu kan rezeki, tiba-tiba pembukaan 2016, dapat melancong ke Korea secara percuma. Tak ke gembira bukan main tu? Nanie pun perasan, ramai sangat dah shopping di Althea. Semua tayang je flight ticket untuk lucky draw tu ye! Hehehehe. 



Again, thank you so much to Althea Korea. Always bring happiness to myself and yes, I am pretty sure it will bring happiness to you too once you purchased with them. Bagi korang yang suka produk dari Korea, cepat-cepat ke Althea Korea. Shopping banyak-banyak. Makin banyak shopping, makin banyak chances nak menang lucky draw!!!! 


Website : 

Facebook : 



Monday, December 14, 2015

#BeautyWithInk Bersama Printer Canon PIXMA G & MG Series

Assalamualaikum semua

Dalam dunia yang serba pantas dan penuh dengan media sosial hari ni, semua benda kita simpan secara soft copy. Namun kadang-kadang ada perkara atau moment berharga yang kita perlu simpannya secara hard copy. Simpanan secara hard copy ni kata orang lebih bernilai tinggi dan ada sentimental value nya yang tersendiri. Sebagai contoh, hari ni hampir 90% gambar atau moment disimpan dalam telefon pintar. Sekiranya tukar handphone atau berlaku sebarang corrupted file, maka semuanya akan hilang. Alangkah mudah kalau kita boleh abadikan moment-moment dan foto kesayangan kita tu dalam bentuk hard copy kan? Mesti best. 




Atas dasar ini, Canon telah melahirkan satu printer terbaru dan terbaik yang memenuhi pelbagai keperluan pengguna mereka. Bertempat di Simply by Mel's, Bangsar South Canon menjemput para blogger dan social media influencer untuk memperkenalkan Printer Canon PIXMA INK EFFICIENT G & MG  SERIES yang berkualiti tinggi dalam percetakan. 



Untuk Printer PIXMA G Series ini terdapat tiga model yang sememangnya memenuhi pelbagai keperluan dan kehendak pelanggan Canon. Antara model yang terdapat dalam G Series adalah : 

  1. PIXMA G1000 (Single Function) - RM 499
  2. PIXMA G2000 (Multi-Function)  - RM 599
  3. PIXMA G3000 (Wifi & Multi-Function)  - RM 799





Manakala untuk Printer PIXMA MG Series, juga terdapat 3 pilihan model yang sangat stylish, bergaya dan compact untuk para pengguna. Kesemua model printer PIXMA MG Series ini adalah All-In-One (AIO) iaitu untuk fungsi print-scan-copy dan turut lengkap dengan Wifi.  Model untuk PIXMA MG Series adalah :

1. PIXMA MG3670 - RM 350
2. PIXMA MG5670 - RM 406
3. PIXMA MG7770 - RM 841





CETAKAN MAKSIMUM, KOS RENDAH!

Antara key point yang sangat-sangat menarik hati Nanie mengenai Canon PIXMA G Series ini adalah kebolehupayaan mereka untuk mencetak dalam kuantiti yang banyak tetapi hanya menggunakan kos yang rendah. Part ini paling penting bagi mereka yang kerap menggunakan printer. Ini adalah hasil kajian dan inovasi hebat para penyelidik di Canon yang mana mereka dapat menghasilkan satu Ink System yang efisien dan menjimatkan. 

Dengan penggunakan Ink System yang efisien ini, Canon PIXMA G Series mampu mencetak kira-kira 6000 helai cetakan monochrome dan 7000 helai cetakan bewarna dengan kualiti yang terjamin dan memuaskan. Fuh!!! Banyak tu... memang hebat kan? 






REFILL YANG PRAKTIKAL & SELAMAT

Bukan itu sahaja, para penyelidik Canon juga telah berjaya menginovasi dan mengubahsuai botol ink untuk refill kepada printer-printer ni. Masalah-masalah seperti dakwat bocor, tumpah mahupun menitik tidak akan berlaku lagi. Keunikan tank system dakwat printer ini beserta Spill-Resistant Bottle Design memudahkan pengguna untuk mengisi semula dakwat tanpa perlu mengambil masa yang lama dan tidak melecehkan. 









KUALITI CETAKAN TIADA TANDINGAN

Sebut je printer, nombor satu yang mesti kita nilai mestilah aspek kualiti cetakannya kan? Ternyata Canon PIXMA G Series memberikan kualiti cetakan gambar yang tiada tandingan dan berkualiti tinggi terutama apabila gunakan kertas gambar asli Canon. Manakala bagi cetakan dokumen, kualitinya juga cantik, pekat dan tajam. Printer Canon PIXMA G Series ni boleh cetak dengan pantas iaitu sekitar 60 saat per gambar atau dokumen.




PRINT LEBIH MUDAH DENGAN APPS 


Printer PIXMA MG Series juga dapat menjimatkan masa pengguna dengan lebih efisien apabila boleh mencetak gambar secara terus dari handphone. Dengan penggunaan aplikasi Canon PRINT di App Store mahupun Google Play, pengguna boleh mencetak dengan segera melallui wifi. Ia sekaligus menjimatkan kira-kira 30% dari masa pencetakan dan apps tersebut boleh didapati secara percuma di App Store untuk pengguna IOS manakala Google Play bagi android. Mudah kan? 




MESRA ALAM SEKITAR 

Kelebihan kesemua printer dari Canon juga adalah mereka sangat mementingkan penjagaan alam sekitar. Dengan mempunyai ECO Setting pada printer, printer ini berfungsi untuk menjimatkan penggunaan kertas dengan Two-Sided Printing Setting dan juga Energy Saving Setting yang mana sekiranya printer tidak digunakan, ia akan bertukar kepada auto Auto Power ON dan dihidupkan secara automatik apabila arahan dari komputer untuk print.




Sebagai penutup, Nanie selitkan jadual perbandingan antara kedua-dua series printer PIXMA ini. Secara peribadi Nanie suka pada MG Series kerana Nanie lebih kepada cetakan gambar. Namun Nanie yakin keduanya memberikan kualiti yang terbaik untuk para pengguna dan Canon sememangnya satu jenama yang gah dan disegani. 




Bagi PIXMA G Series, korang boleh dapatkan di mana-mana cawangan sah yang terpilih Canon bermula pertengahan Disember 2015 manakala untuk MG Series, seawal November 2015 lagi telah berada di pasaran.



Terima kasih Canon! #BeautyWithInk 


Untuk maklumat lanjut boleh klik :

Website 


Facebook 





 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork