Thursday, January 7, 2016

Bangkai Cicak Dalam Bijirin Yogood

Assalamualaikum semua


Dua tiga hari lepas, Nanie ada tweet satu kes yang Nanie baca kat FB. Kes terjumpa rangka cicak dalam makanan cereal. Aduhai... kembang jugak tekak bila nampak post tu. Ye lah rasanya mangsa dan makan separuh kot dari cereal yang dicampur dengan susu tu. Memang agak geli lah...







Kecuaian dalam aspek kebersihan sebegini memang tak boleh di pandang remeh. Ye faham walaupun perkara sebegini memang boleh terjadi tapi secara tak langsung ia memberi imej buruk dan menyebabkan pengguna kurang percaya dengan brand mahupun produk yang terbabit. 



Apa yang perlu kita lakukan jika perkara sebegini terjadi?

Kalau dilihat dari kes kat atas tu, pengadu atau mangsa tidak mahu menuntut sebarang ganti rugi berbentuk kewangan kepada pihak pengeluar makanan. Ia adalah terpulang kepada mangsa sendiri. Namun, secara peribadi... Nanie sarankan adalah penting dan sewajarnya untuk kita sebagai pengguna melaporkan & bertindak kepada pengeluar makanan mengenai perkara sebegini kepada pihak yang bertanggungjawab dalam soal penyelengaraan dan pemantauan kebersihan premis. Perkara sebegini melibatkan kesihatan pengguna juga. Jangan main-main, kalau kita pun dah termakan benda kotor macam ni, kita rasa geli... nak muntah semua kan? 

Bila Nanie tengok kes ni, Nanie teringat satu landmark kes masa Nanie belajar law dulu. Donoghue v Stevenson. Yang mana, Donoghue minum ginger beer dan terjumpa satu decomposed snail dalam minumannya. Kes tu sangat menarik, sangat panjang dan sangat seronok untuk dikaji. Bermula dari kes tersebutlah, pengguna mendapat 'kuasa besar' terhadap pengeluar makanan. 

Nasihat Nanie, bila berlaku kes macam ni. Pertama sekali, ambil gambar sebagai bahan bukti. Dengan segera hubungi careline pengeluar dan buatkan aduan. Sekiranya selepas makan makanan tu, ada tanda-tanda sakit perut, muntah-muntah dan sebagainya... dengan segera dapatkan rawatan dan simpan semua bil rawatan. Untuk kes sebegini, pengguna boleh claim ganti rugi dari segi kewangan dan sebagainya. Bergantung pada kes. 

Nanie yakin ini bukanlah kes pertama yang berlaku kepada pengguna. Mesti ada yang pernah makan di restoran mahupun kedai makan, dan jumpa bendasing macam ni kan? Nanie sendiri pernah kena perkara macam ni jugak. Apa yang paling penting, jangan sekali-kali takut untuk melaporkan kepada pihak pengeluar makanan atau pihak berkuasa. Laporan anda akan membantu mereka untuk meningkatkan kualiti penjagaan kebersihan dan lebih bertanggungjawab. Ingat! Sebagai pengguna, kita berhak. 


Moga-moga tak ada yang kena teruk lagi! Geli lah... 



10 comments:

  1. Ngilu pula tetiba nak makan makanan lain. hahaha. takot terjumpa benda lain kat makanan.

    ReplyDelete
  2. eeuuuuwwww... kembang tekak terus ni..... bab2 yang masuk dalam perut ni memang kene amik tau..amik berat..

    ReplyDelete
  3. aduhhh gelinyaaa...saya dahlah makan yogood ni..erkk :(

    ReplyDelete
  4. Huhhh risau rasa, sebab terkadang akak dan anak suka makan dalam keadaan gelap contoh dalam kereta ke, dalam rumah saje gelapkan lampu nak tgk bias2 je sbb feeling tgk movie...pastu makan koko crunch la, keropok lah...kang tak memasal tak nampak ngappp je...bahaya ni...pasni kena bukak lampu la hehehhe

    ReplyDelete
  5. Pernah mengalaminya dalam nasi ada kaki lipas... berlaku 6 tahun lalu.....-_-
    http://www.unlimitedbeautysecret.com/

    ReplyDelete
  6. Memang lain macam rasa after tengok gambar bangkai cicak tu. Oh my. Really hope food companies really try as possible as they can to avoid benda benda macam ni sebab ia melibatkan kesihatan para pengguna.

    ReplyDelete
  7. Seram tengok nanie.besar plak tuh..

    ReplyDelete
  8. Omg Nanie... Kalau aina trauma pastu nak beli lg. Huhuhu.. Bab makan ni sensitip kan.

    ReplyDelete
  9. alahaiii..kembang tekak terus..risau betul kalau terjumpa benda asing dalam makanan..boleh hilang selera nak makan terus..huhu

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi. ;)

 

BLOG COKLATEYES Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork