Assalamualaikum semua
Buat pengguna iphone, pernah tak korang punya debit card untuk payment tiba-tiba decline! Allahuakbar Nanie memang bengkak hati jugak lah sebab bila nak purchase app kat App Store tapi purchasing method kita tak diterima. Sebelum ni ok je. Jadi Nanie kena cari solution macam nak setel semua ni.
"Bermula 1 Januari 2016, kesemua transaksi Antarabangsa yang gunakan credit mahupun debit card perlu diaktifkan."
Nanie memang tak pernah aktifkan any International transaction ni sebab Nanie bukan keluar masuk Malaysia kan. Rupanya sebab Apple adalah company International jadi kena aktifkan juga. So bagitau pada staff support Maybank yang korang nak aktifkan International transaction untuk debit card. Dan ada beberapa pilihan untuk pengaktifkan antarabangsa ni, ada dua pilihan tempoh masa.
Pilihan Tempoh Masa :
1. Aktif Sehari (24jam)
2. Aktif Setahun
Pengaktifan ni semua takde sebarang charge yang dikenakan. Nanie ambil aktif setahun. Tahun depan, kena call semula dan aktifkan lagi sekali. Macam tu lah tiap-tiap tahun ye.
Sebagai langkah kesalamatan kena letak limit juga untuk kad debit atau credit ni. Limitnya bermula RM 1000 hingga RM 5000 untuk sehari. Limit card boleh diubah gunakan Maybank2u je. Sangat senang!
Sebagai langkah kesalamatan kena letak limit juga untuk kad debit atau credit ni. Limitnya bermula RM 1000 hingga RM 5000 untuk sehari. Limit card boleh diubah gunakan Maybank2u je. Sangat senang!
Selepas pengaktifan, lebih kurang 10-15 minit dah boleh purchase app di App Store. Dah tak ada masalah. Tapi kena hati-hati bila kita aktifkan international transaction ni. Sekiranya kita pernah beli sebarang Apps yang auto-renewal seperti Sportify dan lain-lain, dorang akan tolak secara automatik duit dalam akaun kita tanpa sebarang notifikasi.
Ada baiknya juga kalau kita limitkan RM 0.00 je. Bila nak beli, kena ubah limit tu dulu. Baru boleh beli. If tak ubah, dikhuatiri sekiranya kad kita hilang, orang boleh swap as debit card je. Bahaya gak tu. Tapi tadi Nani tanya, macam mana aspek keselamatan untuk sistem aktif antarabangsa ni. Katanya selagi kita tak share Card No dan CCV No yang ada di belakang kad, Insya Allah tak ada masalah.
So harapnya info ini membantu ye. Leceh jugak Iphone ni. Tapi Nanie tetap suka! Hehehe.
Sekarang boleh beli banyak-banyak App Store! :)
28 Inspirasi Dari Pembaca
baru jer mengalami masalah yang sama... bernanah gak hati, tak boleh nak update apps... hanya semata tak aktif transaksi tu... so call maybank, dan lebih kurang 3 jam lepas tu selesai... thanks for sharing nannie...
ReplyDeleteomggg thank you nanie for this! sab igt account sab problem. lama xdpt updte apps kat iphone pasal card kene decline. nanti sab cuba langkah ni semua. thank you!
ReplyDeleteAhhh no wonder. Haritu tgk jugak dekat M2U untuk reactivate balik debit card. I guess Play Store android pun applies the same lah. Nice info Kak Nannie ❤
ReplyDeleteThank you so much Kak Nannie! Tu lah, pelik pehal tetiba tak boleh apple store ni. Beli online boleh pula. Hehe yay, thank you!
ReplyDeletetak pernah lagi beli di appstore. Terima kasih share ni :)
ReplyDeleteTq info yg berguna
ReplyDeleteKalau cimb user pun boleh ke?
ReplyDeleteCara lain selain call ade tak .like a mssge kerr
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSalam akak, kalau dah activatekan international transaction tu tapi still decline macam mana? Dia keluar pop up "Your issuer does not yet offer support this card." Saya pakai sebit card maybank yg baru, ada visa paywave. Memang tak support eh?
ReplyDeleteKalau yang itu maybe adik boleh dapatkan support dari careline Maybank dik
Deletewah. amat berguna tips yang nani share. dah semimggu kepala saya sakit fikir mcm mna nak update semua app kt app store. tiap kali nak update dia suh settle payment dulu. dah buat tp still decline. then saya ikut apa yg nani ckp kol maybank careline n buka sekatan. then bila i kol sekejap je masalah saya solve. tp yg risau ny . selamat tak guna card debit nak beli apa2 kt itunes?
ReplyDeleteKalau tetap tak boleh jgak mcm mana??
ReplyDeletecara nak aktifkan international transaction ada tak through maybank2u? atau mmg kena call cs saja?
ReplyDeleteada satu cara lagi untuk belii appstore ,mudah sahaja korang buka webb lelong taip itune card selepas itu dia keluarla harga us15 us 10 us 50 us 100 , untuk harga us10 ,kita kena bayar dalam rm46 aje dan untuk us15 kena bayar dalam rm 66 dan untuk us 50 kena bayar dalam rm210, untuk us100 kena bayar rm440 ringgit saja bagi yang takdak visa ,senang kan tak perlu call bank tak perlu risau selepas beli masukan nbr dalam itune card itu kedalam reedem gift card iphone anda masing masing ada paham tak
ReplyDeleteSangat2 membantu....semoga ALLAH mempermudah urusan awak
ReplyDeleteTq sis.. sgt2 membantu
ReplyDeleteThank you sebab share! Really useful. Memang kne call mereka. Patutla xdapat nak buat bayaran yg version guna visa
ReplyDeleteOuh maksudnya nak approved benda ni nak kene call dulu Maybank careline baru boleh approved
ReplyDeleteMacam tu ke kak ??!
Tapi sy nk delete trus debit kad dlm id iphone tu
ReplyDeleteCamner ya bole bantu tak ? Pliiiiiiiiiiizzzzzzzz
Salam Arra step by step nye:
ReplyDelete1- Itune Store
2- Apple Id
3- View Apple id
4- Payment Information
5- None
Siap. Selamat mencuba.
Tumpanh tanya kak. Sy first time beli apps di itunes. Camna cara bayaran dia kak? Bulanan ke camana. Nanti klu kita dah taknak apps tu nk delete or xkena bayar cmna ya. Confuse😂
ReplyDeleteWslm sye tolong jwb ye.. bayar boleh guna kredit kad atau debit. Sye pki debit. Bulan2 dia auto tolak dr akaun kita.. klo dh xnak app tu sis bole delete je dan nk stop payment bole pergi kt itunes app just klik NONE.
Deletekalau lagu pun setiap bulan dia kena bayar ke?
DeleteBoleh ke buat payment guna kad debit bank rakyat? Kak tolong sayaa
ReplyDeleteKlo ade cop visa atau mastercard kt bank kad sis tu boleh rasenye.
DeleteKalau lagu byr time nak beli je sis.. Tapi kalau App music tu kene byr every month
ReplyDeleteas salam.Alhamdulillah sangat membantu dikala saat info yg memerlukan.Saya baca dan pahamkan then trus contact mayabank stuff.Mesra pengguna bertuah hari ni.Da dpt beli app yg diperlukan tu.Setel bagai satu keajaiban setelah baca blog hakak ni.tq.salam ramadhan ye kak
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!