Tuesday, January 12, 2016

Pindah Rumah Baru

Assalamualaikum semua

Tahun 2016, salah satu target Nanie dah tercaapai. Walaupun target tu takdelah besar mana, tapi Alhamdulillah... segala urusan Allah permudahkan. 31 Disember dan 1 Januari lepas, Nanie masuk ke rumah baru. Tak jauh pun dari rumah lama. Alhamdulillah walaupun masih menyewa, tapi keadaan sekitarnya lebih selesa dan yang paling penting dah tak perlu berebut parking lagi. Kalau sebelum ni, lepas balik kerja kena gegas balik rumah sebab nak parking. Tak nak double park semua. 

Lokasi rumah baru ni tak jauh pun dari rumah lama. Masih lagi satu jalan, tapi lain kawasan. Rumah lama, kat bahagian bawah. Rumah baru bahagian atas sikit. Mana yang tahu Pantai Hillpark... situ lah Nanie duduk. Ingat lagi tak rumah kawan baik Nanie, Akim? Nanie pernah post kat blog ni masa Nani tolong Akim deko rumah dia. So, rumah Akim blok depan...rumah Nanie blok belakang.

1. http://www.coklateyes.my/2013/05/hias-ruang-makan-gaya-vintage.html
2. http://www.coklateyes.my/2013/05/mini-garden-di-balkoni-elemen-hijau.html
3. http://www.coklateyes.my/2013/05/dekorasi-rumah-cranberries-crib.html



Bercakap pasal pindah... mak oi!!! Penat wohhhh.... tu lah kan perempuan. Konon barang macam tak banyak, sekali bila dah punggah.... aduhai patah pinggang woi. Disebabkan masa suntuk, jadi Nanie kemas berperingkat. Makan dua hari jugak lah kemas semua. Nanie siap ambil mover kot untuk pindah ni. Sebab Nanie ada beli peti ais, almari, meja  and kotak-kotak besar semua kan.


Lori 3 tan Abg Amri Mover tu bagi. Luas lagi! 

Cerita pasal mover kan, Nanie nak suggest abang mover yang Nanie gunakan ni. Ya Allah... memag terbaik sangat abang mover ni. Harga pun memang sangat berpatutan. Nanie kenal abang ni daripada Akim jugak. Nama abang ni, Abang Amri. Satu perkara yang Nanie suka... Abang Amri ni buat kerja sangat-sangat pantas ye. Dia datang siap bawak kelindan yang akan bantu dia. Kita just tengok dan bagitau je nak angkat barang mana. Sampai ke turunkan barang kat rumah baru semua siap dia letak kat tempat mana kita nak. 

Nanie janji dengan Abang Amri untuk datang pukul 10 pagi. Tapi 9.40 dia dah sampai. Terus mulakan angkat barang... tak sampai 30 minit semua barang Nanie dia dah masukkan dalam lori. Efisien kan? Ni contact Abang Amri. Korang whatsapp Abang Amri ni kalau nak pindah ke apa... siap-siap bagitau berapa banyak barang korang. Macam Nanie, Nanie mintak lori 1 tan je... tapi Abg Amri bawak lori 3 tan. Tapi charge utk 1 tan je! Tak sampai RM 200 pun... 

ABANG AMRI (MOVER) : 012-3530363 


Langsir cilok dari rumah Johor. Nanie nak putih. 


Kena stop beli barang ni! 

So basically sekarang ni semuanya dah berjalan seperti biasa. Dah unpack and susun semula semua baju dan barang-barang macam biasa. Alhamdulillah, kawasan rumah semua selamat dan teratur. Macam Nanie cakap lah, walaupun rumah ni selesa semua... tapi tetap masih rumah sewa kan.

Doa-doakanlah moga cepat dapat rezeki untuk beli rumah sebijik. Plan Nanie memang nak landed house. Tapi tahulah kat KL, mahal nau. Tertelan air liur kalau baca harga sebijik-bijik. Tapi tu semua yang jadikan kita makin kuat kerja kan. Rezeki tu kan milik Allah. Kalau Dia nak bagi, sekejap je Dia boleh bagi. Kita sebagai manusia kena usaha dan banyakkan sedekah. Insya Allah.


15 comments:

  1. Inshaa Allah, Cik Pa'in doakan Cik Nanie dimurahkan rezeki dan memperoleh sebijik rumah ha... heheh Cik Pa'in blogwalking ni, done follow here :)

    ReplyDelete
  2. moga betmabah tambah rezekinya :)

    ReplyDelete
  3. wahh.. bestnya... moga makin murah rezeki sisss..

    ReplyDelete
  4. alhamdulilah dik nanie...janji kawasan tu selamat dan mudah nak pi kerja...

    ReplyDelete
  5. Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan reseki lagi utk beli rumah pula. Yeahhh!

    ReplyDelete
  6. seronoknya pindah rumah baru yang lebih selesa dan selamat. Suasana pun cambest. dekat pulak tu dengan rumah kawan baik. Semoga suasana baru berikan mood baru yang baik baik untuk tahun 2016 ni. InshaAllah..Aaminn..

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah..semoga baik2 je yevnanie

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah dapat pindah rumah baru. Best2 :)
    http://www.unlimitedbeautysecret.com/

    ReplyDelete
  9. insyaa Allah..moga ada rezki beli rumah sendiri nanti.. elok muda2 beli umah..moge di permudahkan :)

    duluuuuuu pernah baca entry dekorasi umah akim tu... lama dah lah masuk blog nanie ni upernya.. :)

    ReplyDelete
  10. Tahun ni pun saya target beli rumah...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. selamat da sis pindah. Yang penting tak berebut parking. Letih kekadang nak carik parking ni. =)

    ReplyDelete
  12. Semoga impian memiliki rumah tercapai...cayyok cayyok...u can do it...

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah. Okay la tu. At least tk berebut parking. Nk cr parking pun dh penat tambah lg balik kerja. Iye dok ?

    Jom singgah blog Yana jom :D
    http://abellmohd.blogspot.my/2016/01/review-product-babies-blink-tak-okay.html

    ReplyDelete
  14. Haha mmg kalau girls byk barang. Once nak pindah baru tau yg barang merata2. Will keep in mind about the transportation contact. Have a great stay in your new place dear

    Cheers
    Miriam
    www.miriammerrygoround.com

    ReplyDelete
  15. bestnya la boleh rumah idaman.. n boleh deco the way u want.. good luck for ur own house one day. :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi. ;)

 

BLOG COKLATEYES Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork