Monday, January 25, 2016

Sedikit Update Aktiviti Cuti Panjang


Assalamualaikum semua

Cuti panjang di hari minggu ni memang banyak mim-nya [Read as Malas]! Konon-konon beberapa hari sebelum cuti panjang, dalam hati macam target lah nak update and kemas-kemas blog semua. Hmmmmphhhh... blog ke mana, apa ke mana... harapan sajo! 

Nanie rasa bukan Nanie sorang macam ni. Ramai lagi blogger macam tu. Hahahaha. Bila weekdays, balik kerja dah maghrib... terus penat uruskan rumah semua. Weekend pulak, kalau takde event atau jemputan kahwin, baru boleh feeling-feeling surirumah tangga sepenuh masa kononnya. Hahahaha.



Ok, cuti panjang Nanie bermula dengan belajar memasak. Well, basically kalau balik Johor, Nanie memang suka masak dengan mak. Mak Nanie tu pandai masak macam-macam. Pantang anak dia balik, ada je yang dimasaknya. Siap tanya lagi nak makan apa. Tu baru anak duk KL tu. Kalau anak duk London agaknya cemana lah.

Nanie masak simple-simple je. Nanie dengan akak Nanie actually dah jemu makan kat luar. Semuanya serba tak kena dengan tekak. Mahal je lebih. Kenyangnya tidak. Kadang tu rasa nak marah je. Pa'kal lah depan rezeki kan. So, Nanie masak Ayam Masak Kurma, Sayur Ala Shichuan, as kakak Nanie punya favourite dan Udang Goreng Tepung. Lengkap, kenyang sampai boleh ulang makan untuk dinner. Puas hati!




Next, dah siap makan semua... Nanie rasa macam nak kemas tempat makeup semua. Daripada lepas pindah hari tu, barang sekadar letak mana yang ada je dulu. Belum ada feel lagi nak kemas betul-betul.






Lepas dah kemas-kemas, walaupun tak kemas sangat than decide to buy makeup organizer. Walaupun dah ada yang besar tu, tapi nak yang clear one punya. Haih lah perempuan. Saje nak menghabiskan duit kan. Gaji belum dapat, plan dalam kepala macam-macam. hahahah!

Bila ke Sunway Pyramid, nampak MUJI. Pernah lah jugak tahu orang kata kat MUJI ada makeup organizer. Tapi Nanie selalu ke MUJI Mid Valley tak pernah nampak pulak yang besar. Ada yang kecik je. Bila masuk yang kat Sunway... baru jumpa. Berbaloi dan memang cun!

Makeup Organizer 3 tier : RM 52.90 

Makeup Organizer 5 tier : RM 86.90 

Nanie memang berkenan betul dengan yang 5 tier ni. Cun dan sangat berpatutan ye harganya kalau nak compare dengan yang ada dijual di luar. Basically,ni utk organizer paper. Tapi, perempuan kan multi-tasking! So, why not be creative and jadikan dia makeup organizer. Selain tu, makeup organizer yang macam Nanie beli kat Robinsons pun ada jual kat sini [ KLIK SINI ]. Cuma tadi Nanie tak sempat tengok harganya. Lebih murah atau lebih mahal dari Robinsons. Nanie decide beli yang 5 tier ni. Tapi belum beli lagi. Hahahaha. Tunggu gaji lah ye nak!



Dah setel semua, beli groceries apa semua...  balik singgah minum kopi dulu. Well, dekat KL ni Nanie jarang sangat minum kopi. Nanie biasanya minum kopi kalau balik Kluang. Which is kopi stesen tu je... [KLIK SINI]. Tapi memandangkan kakak Nanie yang nak minum kopi, layankan je lah.



Nanie and akak suka minum kopi San Fransisco ni. Sebab apa? Sebab dia BUY 1 FREE 1 tau! Hahahahah. Sepanjang masa ye. As long as both kena flavour yang sama. Dua kopi tu untuk large size, RM 17.50. Berbaloi sangat lah. Sebab kalau tak satu dalam RM 16. Gulp!




So sekian sahaja cuti panjang Nanie selama 3 hari. Minggu depan, KL cuti panjang lagi. Woooho!!! Tapi minggu depan Nanie ada events. Jadi tak balik Johor. Nampak gayanya balik Johor time cuti raya cina lah. Aduiiii....mesti jam jalan tu! Nanie kena plan nak balik kampung bila. Malas nak hadap jam. Lagi area Seremban tu..... bertabah je lah! 


4 comments:

  1. makan kat luar mmg mcm tu kan skrg, mahal pastu sikit and then nk dapat yg sedap punya la payah. mieza pun skrg masak je kat umah siap bawa bekal pegi kerja. selamat la sikit duit ni haa, hehe

    ReplyDelete
  2. kan kak nanie.. bila ada masa mood nak update blog tak sampai, tp bila xdak masa beria je nak tekan keyboard.. huhuhu..

    ReplyDelete
  3. Arrrggghhhhh!!!! I'll go crazy if MUJI is anywhere in Penang!
    -Hari

    ReplyDelete
  4. kalau cuti panjang..macam macam plan nak buat kan. tapi kalau tak kemana dok rumah je mengemas apa yang patut :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

BLOG COKLATEYES Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork