Monday, February 1, 2016

BCE's Monthly Favourite : January 2016

Assalamualaikum semua


Cepatnya masa berlalu. Dah masuk bulan Februari. Rasa macam baru semalam je tahun baru kan. Tup tup dah cecah bulan dua. Masa memang cepat berjalan sekarang ni. Untuk tahun 2016 ni, Nanie nak cuba buat dengan istiqomah session "BCE's Monthly Favourite". So dalam entry ni, Nanie try untuk reveal kegemaran Nanie pada bulan tersebut.























Untuk bulan Januari, ada beberapa makeup / skincare yang Nanie memang suka dan kerap kali pakai. Macam biasalah, ni semua adalah personal view Nanie. Nanie recommend mana yang sesuai dengan kulit Nanie. Kena diingat, setiap orang ada badan dan reaksi yang beza-beza tau.

1. 21st Century Vitamin C 1000mg Orange Chewable Tablets 



Nanie memang suka orange flavour. Especially yang pure orange. Nanie saja je lah beli Vitamin C ni sebab Nanie rindu nak makan champs macam masa kecik-kecik. Hahahah. So, Nanie pergi Guardian Mid Valley tu, nampak vitamin C ni tengah under promo. Untuk 60 tablets ni RM 24 je. Since it is a vitamin C dan memang semua orang tahu bagus untuk badan especially kulit dan antibodi, so Nanie ambil lah sebotol. Mudah nak makan. Sebelum drive pergi office, ambil sebiji. Kemam. Mula-mula manis, dah nak habis tu masam gila! Kerut-kerut dahi tahan....


2. The Body Shop Camomile Cleansing Butter


Ni memang target product Nanie. First time Nanie nampak produk ni dalam blog Kak Fatimah Yusoff. Masa tu Nanie cari kat kedai TBS semua takde. Rupanya belum masuk Malaysia lagi. So bertabahlah! Nanie sangat tertarik dengan Camomile extract tu. And baru-baru ni, sewaktu Nanie collaborate untuk Love Your Body Blogger by The Body Shop, Nanie nampak yang this Camommile Cleansing Butter ada dijual. Apa lagi, Nanie memang cepat-cepat grab satu. Dan resultnya memang berbaloi! Ini antara cleansing butter yang Nanie suka. Tak terlalu oily, bau yang sedap dan yang paling pentig boleh bersihkan makeup kita dengan sangat berkesan. Even, dia juga boleh jadikan kulit muka tambah firm. 


3. Innisfree The Green Tea Seed Serum 


Semua orang pun tahu, Korea antara pengeluar paling berpengaruh untuk skincare. Dalam banyak-banyak brand, Innisfree antara kegemaran Nanie. Antara range yang Nanie suka adalah The Green Tea line. Untuk serum ni, Nanie gunakan setiap pagi sebelum apply makeup. Nanie sukakan teksturnya yang tidak berminyak dan mudah sangat menyerap. Sepanjang Nanie gunakan ni, boleh Nanie katakan tona kulit makin sekata dan yang best, kulit jadi sangat lembut. 


4. Himalaya Anti Hair Loss Cream 


Yang ini, kawan baik Nanie si  Kirin tu belikan masa dia fly ke India. Nanie tak sure di Malaysia ada tak Anti Hair Loss Cream ni. Himalaya antara jenama yang bagus untuk natural remedies. Nanie suka anti hair loss cream  ni sebab memang nampak perubahannya. Kurang sangat rambut gugur berbanding dulu. Yang tak berapa gemar adalah bauannya yang macam kunyit sikit. Harga? Kata Kirin... kat sana murah. Cream ni kurang dari RM 10 dah dapat. 


5. ZARA Rose Eau de Toilette 


Perfume is a must untuk Nanie. Nanie memang letakkan semua tempat Nanie dengan perfume. Hahaah. Currently Nanie addicted pada ZARA Rose Eau de Toillete ni. Bau rose dia sangat lembut dan menenangkan. Nanie beli perfume ni satu set. Dalam satu kotak ada dua botol. Best! Nanie gunakan untuk daily usage dan boleh bertahan lama jugak. Bau rose yang lembut dan segar confirm semua orang suka. 


6. Tarte Lip Surganze Holiday Collection in Emblaze 



Dari entry review [KLIK SINI] lagi Nanie memang suka betul dengan shades yang ni. Warna Emblaze yang agak dark red memang sesuai dengan tona kulit Nanie. Warnanya tahan lama dan buatkan bibir jadi mungil. Nanie memang bawak je Emblaze ni dalam handbag. Senang nak touch up lepas makan atau minum. Untuk warna deep red macam ni, dia tak kisah nak pakai untuk day usage boleh, night usage pun boleh. Lagi nampak eksklusif. 


Untuk semua produk atas tu, memang ianya menjadi kegemaran Nanie sekarang ni. So kalau korang ada apa-apa Best Product yang nak dishare, silakan.... why not kan? 




6 comments:

  1. banyak nya koleksi nanie...sernok tengok

    ReplyDelete
  2. Tarte Lip Surganze warna dia memang lawa, saya pun suka. hihi
    Tapi akak, saya ada baca article pasal supplement daripada 21st Century tak beberapa bagus sebab kandungan kimia dia. Cuba akak bt research jugak- just sharing :)

    Jemput baca: http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Semalam pergi body shop takde stock pula.. huarghhh ;(

    ReplyDelete
  4. The problem with the TBS cleanser is we need to dig into it but I have it and I love it too!
    -Hari

    ReplyDelete
  5. Saya pun suka produk The Body Shop Body terutama Body Butter perisa Strawberi. Wangi sangat-sangat. Dah tak perlu pakai perfume lagi.

    http://angellovesoldier.blogspot.com/

    ReplyDelete
  6. semua best best koleksi Nanie. warna lipstick tu menarik sangat!

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi. ;)

 

BLOG COKLATEYES Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork