Friday, February 12, 2016

Botanics dari Mentholatum : Pencuci Muka Sumber Semulajadi Dengan Harga Berpatutan

Assalamualaikum semua

Bukan senang nak cari pencuci muka yang sesuai dengan kulit kita. Ada masa kulit kita sendiri berubah-ubah. Kadang dia oily, kadang dia kering. Semuanya bergantung pada pemakanan dan persekitaran kita. Seperti Nanie, kulit Nanie lebih kepada combination skin. Which is oily di bahagian T-Zone dan sedikit kering di bahagian pipi. 

Sebab tu, sebelum kita beli apa-apa pencuci muka... kita kena tahu dulu kulit jenis macam mana kita ni. Namun, kalau korang tak sure kulit korang jenis apa... jangan risau sebab BOTANICS dari Mentholatum menawarkan pencuci muka yang boleh digunakan oleh semua jenis kulit.





BOTANICS dari Mentholatum menggunakan sumber semulajadi untuk kesemua produk mereka. Yelah, sumber semulajadi ni paling bagus untuk semua kulit kita kan. Namun apa yang lebih menarik lagi, kesemua produk BOTANICS ni sangat berbaloi dengan harganya. Nanie boleh bajet harga produk mereka tak lebih RM 25. 

Pilihan yang ditawarkan oleh BOTANICS juga meliputi pelbagai pilihan berseuaian dengan semua peringkat umur. Terdapat dalam dua kategori yang memudahkan pengguna, iaitu Foam Wash & Pump Wash, masing-masing memberikan efek yang terbaik untuk mengembalikan kecantikan dan keserian wajah kita. Antara pilihan yang boleh didapati dengan jenama BOTANICS adalah :
 

1. Deep Clean Face Wash - RM 21.90
2. Moisturizing & Brightening Face Wash - RM 21.90 
3. Oil & Blemish Foam Wash - RM 25.90 
4. Whitening Foam Wash - RM 25.90 
5. The Sheet Mask untuk Anti-Oksida, Pori, Whitening, Soothing & Hidration - RM 6.90 sekeping

Untuk yang jenis tube pula berharga RM 14.90 setiap satu dengan pilihan : 

1. Deep Cleansing Face Wash
2. Hydra Whitening Face Wash 
3. Hydrating Face Wash 
4. Pore Refining Face Wash 

Paling best setiap satu tu menggunakan bahan semulajadi seperti Aloe Vera, Rosemary, Calendula, Arbutin Bearberry, Green Tea, Jasmine, Ylang-ylang dan macam-macam lagi bahan natural yang terbukti sejak dari dulu memberikan kesempurnaan pada kulit wajah. 






Masa di event tersebut, Nanie adalah cuba satu pump kat tangan. Memang rasa sangat ringan dan lembut. Tak terasa seperti pencuci muka yang biasa. Baunya pun sangat wangi tapi tidak terlalu kuat. Menenangkan dan bila apply pada kulit tu... tak tajam. Sebab apa? Sebab ianya formula semulajadi dan menggunakan bahan-bahan natural sepertia bunga-bungaan, herba dan sebagainya. 



Adik Nanie ada masalah kulit kering dan jerawat pasir. So Nanie pun suruh dia cuba. Tengok hasil dalam 2-3 hari ni nampaknya bagus. Sebab dia melembapkan kulit kita. Lagi satu, bila bahan semulajadi ni senang untuk orang yang ada jerawat jenis merah-merah atau open wound sebab dia tak menyakitikan bila cuci. 





So, Nanie rasa sekiranya korang memang peminat natural remedies dan memerlukan something within budget boleh cuba BOTANICS dari Mentholatum ni. Penggunaan yang berterusan dan dengan bahan yang selamat Insya Allah akan memberikan hasil yang diinginkan. Lagi pulak dengan bauan wangi yang menenagkan, mesti rasa fresh lepas cuci muka! :)

Untuk maklumat lanjut boleh klik :


WEBSITE : 


FACEBOOK : 


*Produk BOTANICS dari Mentholatum HANYA BOLEH DIDAPATI di Guardian Store sahaja*


5 comments:

  1. sekarang.. memang kita dah semakin tertarik to choose natural products kan..

    ReplyDelete
  2. Saya suka foam rose tu. Wangi :)

    Jemput baca:
    http://nurulzayani.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. packaging pun cantik, jatuh cinta pandang pertama ni.. hehehehee.. :)
    saya "berkawan" baik dgn produk Tree Tea Oil sejak setahun ni sebab jerawat degil sangat...!

    :)

    nice review..

    ReplyDelete
  4. memang best pakai..bau wangi tu yang buat lagi excited nak guna :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

BLOG COKLATEYES Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork