Tuesday, February 23, 2016

Review & Unboxing Set Trial Khas KOSÉ Sekkisei

Assalamualaikum semua



Kalau korang ada follow IG Nanie, @innanieariffin... minggu lepas korang bolehlah tengok macam mana excitednya Nanie bila dapat Hadiah Kotak Pink besar kat office. Hahahah. Excited kot sebab ingat boyfriend mana hantar duit satu kotak. Siap ada belon love-love lagi. Comel!!! 


Sebenarnya dalam kotak pink tu, Nanie dapat Set Trial Khas KOSÉ Sekkisei. Set  ni mengandungi Basic Care & Special Care yang memang sangat bagus untuk semua jenis kulit terutama wanita di Asia.






KOSÉ Sekkisei adalah jenama skincare yang sangat terkenal di Jepun. Dipercayai dan digemari oleh ramai wanita, dan sebagai perintis dalam penjagaan pemutihan kulit, Sekkisei komited untuk membantu wanita mencapai kulit yang cerah dan berseri-seri, umpama salji segar.

Dengan tagline Glow From Within, Set KOSÉ Sekkisei telah memberi keserian pada kulit wanita selama lebih 30 tahun sejak dilancarkan pada 1985.  Penjagaan untuk mendapatkan kulit yang cantik mestilah bermula seawal mungkin. Ia direka khas untuk korang mendapatkan kulit yang mulus.



Set KOSÉ Sekkisei ini diformulasikan dari kuasa ekstrak herba timur yang dipilih dengan teliti daripada kira-kira 100 tumbuhan yang berbeza, agar dapat memberikan wanita kulit yang lebih cerah, tona sekata dan lembap. 





 KOSÉ Sekkisei Emulsion 




KOSÉ Sekkisei White Wash Liquid 







KOSÉ Sekkisei Lotion 







KOSÉ Sekkisei Clear Whitening Mask 





Dalam set KOSÉ Sekkisei ini, 3 bahan utama yang digunakan adalah : 

[review] KOSE Sekkisei Lotion Mask : 3 Ingredients & 9 Benefits !

3 Bahan Utama dalam KOSÉ Sekkisei 

Coix Seed Extract -
 Sangat bagus untuk meningkatkan metabolisme, memutihkan serta melembapkan kulit 

Angelica Extract - 
sebagai agen anti infeksi, memutih serta memberi kelembapan yang maksimum

Melothria (White Lotus) Extract -
Meningkatkan kuantiti dan penghasilan melanin dalam melindungi kulit 



Review & Pandangan 

Sepanjang Nanie cuba dan guna Set KOSÉ Sekkisei ni, Nanie sangat suka pada tekstur dan bauan yang dihasilkan. Bauan lembut tetapi ke arah herba membuatkan Nanie selesa pakai Set KOSÉ Sekkisei. Untuk pencerahan kulit, Nanie yakin ia memang membuatkan kulit kelihatan radiant atau glowing bertepatan dengan tagline mereka Glow from Within. 

Tekstur yang pekat membolehkan sedikit sapuan memadai untuk digunakan pada keseluruhan muka dan wajah. Pengamalan setiap pagi dan malam menjadikan kulit bertambah lembut dan licin. Walaupun dari segi kos agak tinggi, namun dengan hasil yang diberikan, bagi mereka yang mampu tak salah untuk mencuba kehebatan formula oriental ini sendiri. 



Kalau ada yang berminat nak cuba Sekkisei , ada satu lagi edisi Khas Sakura. Cantik botol dia iaitu SEKKISEI Lotion Sakura Design 500ml (RM331.70).

Untuk maklumat lanjut tentang Set Trial Khas yang baru ni, korang boleh klik link berikut : 

Facebook 


Laman web Kose Malaysia 



6 comments:

Teruskan Memberi Inspirasi. ;)

 

BLOG COKLATEYES Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork