Wednesday, February 17, 2016

Usah Serabut Fikir Benda Remeh & Tak Bermanfaat!

Assalamualaikum semua

Setiap pagi bila kita bangun dari tidur, macam-macam perkara yang kita fikir. Kalau Nanie sendiri, kadang dalam pada mandi tu dah mula plan out kat office nak buat apa, apa kena settelkan, apa yang di target, to do list... macam-macam lah. Memang complicated kan hidup kita ni. 

Walau apa pun, hidup kita ni sebenarnya kita yang corakkan. Kita yang memilih sama ada nak happy pada hari tu, atau sebaliknya. Sama ada kita nak buat baik pada hari tu, atau sebaliknya. Semuanya kita yang tentukan. Bukan orang lain. 

"Your mind is a powerful thing. When you fill it with positive thoughts, your life will start to change.":

Kita selalu dengar orang cakap, berfikiranlah positif. Insya Allah benda yang positif juga akan datang kat kita. Nanie nak kata sentiasa positif tu tak jugak. Sebab ada masa, amek kawwww semua aku fikir negatif bagai. Itu lumrah manusia. Ada masa semangat kita turun naik kan. 

Bila meningkat dewasa, Nanie belajar banyak benda. Kadang-kadang pembelajaran tu datangnya dari pengalaman sendiri, mahupun pengalaman orang lain. Nanie bersyukur sebab saban hari Nanie dikekelilingi orang-orang yang positif dan sentiasa tahu hala matlamat hidupnya. 

Jujur Nanie katakan, dulu Nanie jenis selalu fikir satu perkara tu habis-habis. Mula lah kadang sampai over thinking. Tapi, sekarang... Nanie punya prinsip senang je. Orang yang tak worth it untuk aku fikir dan hiraukan... tak payah layan. Jangan masuk kepala senang ceritanya. Biarlah apa dia nak buat, apa nak jadi... terpulang dia. 

Amen So Now You no! If I'm not responding it's not cuz I don't love You! I'm just tired of you always bringing me down!!!!:


Seriously, bila buat prinsip macam tu... kepala kita pun tak serabut. Banyak benda lain yang kita nak kena fikir, buat apa benda picisan yang kau sibukkan. So sekarang ni Nanie nak sarankan... tak payah semakkan kepala fikir perkara tak penting. Letakkan fokus setiap hari dan target jugak supaya setiap hari kita tu bermanfaat. 

Cuba dan rasakanlah perubahannya. 

Serious Nanie dah buat lama... and graf kebahagiaan saya meningkat 200%! heheheeh



6 comments:

  1. kaaaaannnn... akak pon macam tu.. mungkin tuk akak..faktor usia..kot.. hahaha..malas nak serabut pikir sangat bende remeh terlampau temeh.. hal apa orang nak cakap bagai.. just be positif.. tak ley nak ubah mind set orang lain..kte ubah mind set kite.. :)

    ReplyDelete
  2. Orang yang tak worth it untuk aku fikir dan hiraukan... tak payah layan. Jangan masuk kepala senang ceritanya. Biarlah apa dia nak buat, apa nak jadi... terpulang dia.

    Akak serap positive vibes kat sini yeyyyyyyyyy TQ dik nanie...lebiuuuu!

    ReplyDelete
  3. Tq kak nanie utk nasihat ni. Feeling positif lbh mngkat ni.

    ReplyDelete
  4. pergh boleh jadi pembantu mahasiswa kalau macam ni hahahaha

    ReplyDelete
  5. betul sangat tu Nanie. Bila kita tak fikirkan benda yang tak sepatunya rasa lebih relaks dari serabutkan diri fikir benda lain kan.

    ReplyDelete
  6. Betul tu. Thanks aura positif Nanie. Terbaik.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

BLOG COKLATEYES Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork