Assalamualaikum semua
Dalam menghadapi kesibukan harian, Nanie akui Nanie antara manusia yang paling liat nak bersarapan. Bukan apa, Nanie ada masalah kalau sarapan awal pagi macam pukul 7-8 pagi tu, confirm Nanie akan sakit perut. So biasanya Nanie akan breakfast pada pkul 10.30 pagi ke atas. Tapi itu kalau rajin lah. Cuba kalau malas. Hmmm jawapannya tak sarapanlah! Nanie tahu kebaikan sarapan dan sarapan adalah King of Meal kan... tapi nak buat macam mana dah perut tak boleh terima kan.
So, Nanie cuba cari penyelesaian. Baru-baru ni, Nanie menghadiri satu event yang dianjurkan oleh Mekaray Ventures. Mereka adalah pengeluar kepada supplement makanan Talbinah. Haaa mesti semua tak tahu kan Talbinah tu apa?? Nanie pun baru tahu... meh Nanie share & kongsi.
"Talbinah dapat menenangkan hati pesakit serta dapat meringankan kesedihan"
(Riwayat Bukhari & Muslim)
Talbinah ialah sejenis minuman yang dibuat dari biji Syeer (Barli) bersama kulitnya, dicampur dengan susu dan madu lebah asli untuk menambahkan rasa manis. Minuman ini dinamakan Talbinah kerana warnanya seperti warna susu. Ia digunakan sebagai makanan tambahan dan rawatan alternatif untuk pelbagai penyakit kronik masa kini yang sukar diubati oleh kaedah rawatan moden. Sifatnya lembut dan mudah dihadam. Berkhasiat dalam merawat penyakit fizikal dan mental terutamanya penyakit jantung, darah tinggi, kadar kolestrol yang tinggi, gangguan tidur dan parkinson.
Mekaray Ventures mengeluarkan dua jenis produk yang berasaskan makanan Talbinah ni tadi. Keduanya adalah supplement yang memang sesuai diambil oleh semua lapisan umur tak kira lelaki mahupun perempuan.
1. Triple - M (Meka Miracle Meal)
2. Meka Viniga (Slimmie Viniga)
TRIPLE - M ( Meka Miracle Meal)
Triple - M ni adalah supplement minuman yang sedap dan sesuai untuk mereka yang nak jaga kesihatan secara menyeluruh. Dalam bentuk serbuk, ia mudah dibancuh dan rasanya sedap. Personally Nanie minum Triple - M, Nanie boleh terima rasanya. Lebih kurang macam kita minum oat ataupun susu. Rasa lemak manis kerana ada kandungan gam akasia atau gam arab dan madu asli.
Antara keberkesanan Triple - M adalah berkesan mencegah :
- Kemurungan (Stress)
- Penyakit Jantung
- Kencing Manis
- Eczema
- Darah Tinggi
- Migrain
- Resdung
- Gangguan Tidur
- Masalah Usus
- Strok
- Arthiritis
- Kolestrol
Kalau korang nak tahu, Nanie suka Triple-M ni sebab dia sesuai diminum ketika perut kosong. Bancuh je dengan air suam dan terus boleh minum. Macam Nanie kata tadi, Nanie kan tak suka breakfast so bila Nanie minum Triple-M boleh lah jadi alas perut nak tunggu lunch.
MEKA VINIGA (SLIMMIE VINIGA)
Kalau Triple - M untuk mereka yang nak jaga kesihatan, nah yang ni pulak memang khusus untuk mereka yang nak kurus. Haaa orang macam Nanie sesuai lah kan. *Sedar Diri* hahahaha.
Untuk Slimmie Viniga ni ramuannya cukup unik. Bahan yang digunakan adalah madu, cuka kurma, delima, minyak zaitun, kelapa dara, habbatussauda dan ekstrak lemon. Tengok pada bahan pun boleh tahu rasanya kan? Tapi jangan risau... Nanie pun masa first macam takut jugak nak minum, tapi memandangkan semua bahan ni memang terbukti bagus untuk kesihatan, Nanie cuba.
Antara fungsi penting Slimmie Viniga ialah membantu :
- Ransang pemecahan lemak
- Tingkatkan metabolisme
- Singkir air berlebihan
- Cepat berasa kenyang
- Turunkan berat badan
Personally dia takdelah masam sangat. Masam manis, tapi masam yang natural. Pekat tapi tak tajam. First day Nanie minum, memang betul-betul cleaning proses tau. 2-3 kali jugak Nanie ke tandas. Hahahah. Kata nak slim kan? So kalau nak buang lelemak degil tu haruslah kena lalui proses pembersihan!
BUKU INDAHNYA PEMAKANAN & PERUBATAN ISLAM
Seperkara yang Nanie nak share lagi, actually Mekaray Ventures bukan saja-saja nak highlightkan makanan Talbinah ni. Selain daripada riwayat sahih Bukhari & Muslim, Mekaray Ventures turut disertai dengan Dr. Wan Nasyrudin Wan Abdullah yang merupakan pakar dalam bidang Tafsir, Quran dan Sains Tauhid. Beliau juga merupakan salah seorang penulis dalam Indahnya Pemakanan & Perubatan Islam yang mana buku ni merungkai keajaiban penyembuhan dengan makanan semulajadi.
KENAPA RAKYAT MALAYSIA RAMAI KENA KANSER?
Banyak perkongsian yang diberikan oleh Dr. Wan. Nanie baca buku dia pun sangat menarik dan penuh dengan informasi yang kita sendiri pun tak tahu. Salah satu yang Nanie suka bila Dr. Wan bagitahu sebab kenapa rakyat Malaysia ramai kena kanser. Jawapannya sebab kita suka makan buah. Semua macam terfikir... kenapa salah ke makan buah? Tak salah... tapi cara pemakanan kita yang salah. Islam menganjurkan makan buah sebelum makan nasi, bukannya selepas makan nasi. Haaaa kaaauuuu semua baru tahu!!! Jadi adalah sebab musababnya secara Islamik dan secara saintifik kenapa penyakit banyak menyerang kita semua kan. Nanie memang tengah aim nak beli sebuah buku ni.
Apa yang Nanie nampak, Mekaray Ventures cuba mengembalikan semula cara pemakanan dan kelebihan makanan menurut Islam. Islam tu kaya dengan pelbagai ilmu. Orang kita kena bijak mencari seberapa banyak ilmu agar kesihatan dan kehidupan kita menjadi lebih berkualiti dan bebas dari penyakit berbahaya.
Sekiranya korang nak cuba, dan nak beli produk Mekaray Ventures boleh ke :
Mekaray Ventures
111-3 Wisma PPC,
Jalan Dwitasik 1,
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Cheras, Kuala Lumpur
Nombor telefon : 603 - 9174 5449
Instagram : @MekarayVentures
Website : http://mekarayventures.com/public/
10 Inspirasi Dari Pembaca
Menarik, rasa nak cuba pula!
ReplyDeleteSaya dah cuba kedua - dua produk ni dari bul Nov lepas...Alhamdulillah, memang berkesan.
ReplyDeleteSaya dah cuba kedua - dua produk. Alhamdulillah, memang berkesan.
ReplyDeleteAlhamdulillah sy dah cuba dan dah dpt manfaat.. nk tau pm whatsapp 0133688898
ReplyDeleteSedappp...triple M rasa cam nestum...rasa tak cukup kan..hehehe
ReplyDeleteSaya ada cuba yang Meka Vinigar tu .. best, memang sesuai dengan diet saya sekarang. Pepagi dah boleh minum ... siapa yang nak cuba, boleh cuba produk dari Mekaray Ventures ni.
ReplyDeletenak try lah one day.. skrg ni mmg muja elak makan buah lepas makan.. tkut lak bila tahu boleh sbbkan kanser..
ReplyDeleteFiza pun macam Nanie. Tak boleh breakfast awal mesti perut akan memulas. Okay juga ada sejenis pemakanan macam ni.
ReplyDeleteBanyak syarikat mengeluarkan produk makann sunnah ..tp apa beza dgn produk sunnah dr mekaray ventures ?jawapannya ada didalam buku "" indahnya pemakanan dan perubatan islam "" yg dikarabg oleh formulasi produk dr wan .produk kami bukan sahaja dihasilkan dr makann sunnah malah ia adlah ramuan khas yg berpandukan al quran dan hadis yg merupakan pemakanan yg diamakan oleh rasullulah saw.gabungan nya yg dinamakn " talbinah " adlah yg pertama dlm pasaran dan kelainan ini menjadikan produk kita adlah produk "" pemakanan sunnah"" no 1 dunia yg mana rujukannya adlah alquran dan hadis ..
ReplyDeleteAmalkan pemakann sunnah dln kehduan seharian kerana formula islam adlah yg terbaik utk menjaga kesihatan , kecantikan serta ketenangan hati dan jiwa !!!
Berapa harga untuk sebulan? Kiriman ke Kota Kinabalu berapa charge? Wasap saya +60146785309
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!