Wednesday, March 2, 2016

The Face Shop CC Cushion : Intense Cover & Ultra Moist

Assalamualaikum semua


Memang tengah trend mengenai CC Cushion. Sana sini, semua makeup brand terutama Korea muncul dengan CC Cushion. Nanie pun salah seorang penggemar CC Cushion. Banyak brand yang Nanie dah try. Ada yang Nanie memang suka dan recommended dan ada yang Nanie tak berapa suka. 





Untuk Nanie, beberapa ciri-ciri CC Cushion yang buatkan Nanie suka adalah :

1. Tidak Berminyak & melekit
2. Menutupi cela dengan sempurna
3. Sesuai dengan warna kulit 
4. Harga yang berpatutan 
5. Tahan lama & mencantikkan solekan 

Jadi kelima-lima ciri-ciri kat atas ni ada pada The Face Shop CC Cushion yang terbaru iaitu CC Ultra Moist Cushion & CC Intense Cover Cushion. Kedua-dua produk ni baru dilancarkan ke pasaran.







The Face Shop CC Cushion ni dilengkapi dengan SPF 50+, PA+++ yang mana sangat bagus untuk brigthening & anti-wrinkles effect. Bagi mereka yang tak tahu, CC Cushion adalah teknologi terkini dari Korea untul Colour Control disamping mengekalkan kelembapan kulit wajah kita.

























Apa perbezaan antara Ultra Moist & Intense Cover ni ye??? Macam korang jugak, Nanie pun terfikir apa yang bezanya & mana satu yang sesuai kan? Yang penting sedikit tips Nanie nak share, bila kita nak beli skincare atau makeup, make sure kita kena tahu jenis kulit. So senang nak pilih. Namun kalau tak sure, biasanya kebanyak makeup dan skincare sesuai untuk All-Skin-Types.



CC Intense Cover Cushion sesuai untuk mereka yang mahukan kulit yang sempurna, flawless dan solekan yang tidak bercapuk. Malahan ketahanan untuk Intense Cover adalah sehinggan 25 jam dan mampu memberi litupan yang sempurna sekiranya kulit kita ada sebarang cela seperti jerawat, parut jerawat ataupun kemerahan.




CC Ultra Moist Cushion pula sangat sesuai digunakan oleh mereka yang mahukan kulit yang lembap dan bersinar. Teruji secara klinikal, CC Cushion ini mampu bertahan sehingga 25 jam dan sangat bagus jika turut disertai dengan pemakaian serum.







PERSONAL OPINION

Personally Nanie sangat suka pada CC Intense Cover Cushion tu. Bila dipakai sangat menutup sebarang cela. Walaupun kulit Nanie bukan yang berjerawat atau berparut, tapi ada jugak kadang tu sedikit blackheads mahupun tona tak sekata. Jadi selepas pakai CC Cushion Intense Cover, memang nampak kulit jadi glowing dan tona jadi sekata.



Pemilihan shades juga bersesuaian dengan tona kulit orang Asia. Kedianya didatangkan dalam Apricot Beige & Natural Beige. Bila blend pada kulit nampak sekata dan teksturnya tidak berat serta mudah dikemaskan.




Seperkara lagi yang menarik minat Nanie untuk The Face Shop CC Cushion ni sebab harganya yang berpatutan dan sangat berbaloi. Untuk RM 88++ dia complete dengan refill sekali. So kalau compare harga dengan brand lain, The Face Shop CC Cushion lebih murah kan? 


Untuk maklumat lanjut, boleh klik link-link di bawah : 



Instagram : @TheFaceShopMalaysia 






2 comments:

  1. CC Ultra Moist Cushion tu nampak macam menarik je untuk dicuba :)

    ReplyDelete
  2. laaa.. muja pun peminat faceshop.. muja pakai skincare fs white seed.. best sgt! :D

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi. ;)

 

BLOG COKLATEYES Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork