Tuesday, April 19, 2016

Beauty Tips : Nivea Men Post Shave Balm Sebagai Primer Makeup?

Assalamualaikum semua

Sebagai penggemar makeup, Nanie banyak belajar "Beauty Hacks" melalui beauty gurus. Ada macam-macam cara, tips dan tricks yang boleh kita gunakan untuk mendapatkan makeup yang sempurna pada wajah. Terkini, Nanie cuba untuk gunakan Nivea Men Post Shave Balm sebagai primer atau moisturizer makeup. 


Nampak macam pelik kan? 
Betul berkesan ke? 
Bukan ke produk lelaki, perempuan tak boleh pakai? 
Tak ada apa-apa side effect ke? 




Yes! Yes! Macam tu lah Nanie masa mula-mula tahu pasal benda ni. Macam ye tak ye je kan... boleh percaya ke? Haaa...sebab tulah namanya beauty hacks atau tips and tricks! Ia adalah satu alternatif atau nak mudah, kita guna kaedah cuba jaya. Bagi sesetengah orang mungkin ia agak berisiko tapi kalau dah tips and tricks... mesti ianya memberi manfaat kan! 




Nanie dapatkan Nivea Men Replenishing Post Shave Balm ni melalui seorang kenalan di Carousell yang mana dia directly beli di luar negara. Nanie tak sure sama ada di Malaysia ada atau tak produk ni. Harganya lebih kurang RM 30 je. 


Walaupun ia adalah produk untuk lelaki, namun jangan risau... Post Shave Balm sebenarnya berfungsi untuk beberapa perkara yang lelaki mahupun perempuan perlu jaga sama. 

1. Mengekalkan kelembapan kulit 
2. Menghindarkan iritasi / kemerahan / gatal-gatal pada kulit 
3. Menambahkan kelembutan pada kulit & mengawal minyak pada muka 



Selain daripada harganya jauh lebih murah dari primer makeup yang lain, Nivea Men Replenshing Post Shave Balm menyerap dengan cepat pada kulit. Nanie selalu akan gunakannya di waktu pagi sebelum makeup. Walaupun sedikit berminyak, tapi teksturnya yang agak pekat menyebabkan penggunaan yang sikit dah memadai. 


Disebabkan ianya adalah produk lelaki, secara tak langsung bauannya agak kuat dan bersifat maskulin. Tipikal bauan lelaki lepas shave kan. Tapi, jangan risau. Once sapu foundation atau BB Cream bauan tadi juga akan hilang. 


Apa yang menariknya tentang Nivea Men Replenishing Post Shave Balm ni??? Well, kebanyakan beauty gurus, beauty blogger even Nanie sendiri dapati bila pakai balm ni makeup tahan lebih lama, kulit tidak berminyak dan yang paling best, makeup maintain setting tau! Kalau Nanie tak pakai primer tu, memang pores nampak besar dan jelas. But once Nanie pakai Nivea ni, pori samar-samar je. Lepas tu, bila makeup dia tak berminyak. Rasa lembut pada kulit dan sedikit sejuk. 



So, last but not least... 

Kalau korang kurang bajet nak ada makeup primer, boleh cari Nivea Men Post Shave Balm ni. Takde masalah. Memang best. So far sepanjang Nanie guna, takdelah pulak naik sebarang bulu-bulu pada muka ke apa. Sebab ada yang tanya... tak takut ke makin bertambah bulu muka semua. Mana nak beli? Macam Nanie bagitau tadi... takde di Watson/Guardian, korang kena pegi pada Personal Shop contoh yang banyak jual melalui Carousell. 


Ok, bye semua! :) 



9 comments:

  1. untuk muka berpeluh sesuai tk ?

    ReplyDelete
  2. wow. will try, tp tu lah. mula2 mcm menakutkan lak kan. pelik pulak suami nt bila bini dia beli post shave balm.

    ReplyDelete
  3. best kan primer ni? saya pun suka! oh and jual kat Watson/Guardian, dalam RM20+ kat bahagian shaving cream for men. :D

    ReplyDelete
  4. alamak macam pelik pulak..hehehe..rupanya ada juga brang lelaki sesuai untuk wanita pakai

    ReplyDelete
  5. may I know the username of seller that sell this kind at rm30 at carousell? cause a lot of them sell at surprisingly high price, most of them rm50. thank you

    ReplyDelete
  6. Assalamualaikum Sayangku Nanie, its actually yang sensitive punye. bukan yang original ye sebab it can irritate your skin. yang sensitive tu memang diorang gunakan as a moisturiser tapi kat Malaysia memang susah nak dapat/cari. kalau nak beli kene pre order through online seller kt ig.

    ReplyDelete
  7. yang ni menarik. tapi muja salunya tak guna sangat nivea.. nik la yang suka sangat..

    ReplyDelete
  8. menarik! bagus betul tips and tricks ni. boleh cuba.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork