Monday, April 18, 2016

Review De'Xandra : Bau Wangi Sampai 3 Hari!

Assalamualaikum semua

Bulan April ni, Nanie memang terlalu sibuk dengan urusan kerja. Ni pun dah masuk 3 minggu tak balik Johor sebab on weekend ada event dan projek yang perlu diselesaikan. Takpe, sabar ye mak ayah... akhir bulan kita cuti panjang kan. 

Bercakap pasal sibuk dengan urusan kerja, ditambah pulak musim panas kemain sekarang ni... Nanie memang tak akan lupa perfume! Uiiii kerja selalu jumpa orang ni memang perlukan confident yang tinggi tau. Janganlah ada sleck sana sini. Gigi ada selit lada ke, bau badan tak selesa ke... memang malu. 



Sebab tu, hari ni Nanie nak suggest korang melabur sikit untuk keselesaan diri dan kewangian badan. Ecewah! Betul ni korang. Nanie tak tipu. Nanie ni memang kaki perfume. Nanie kalau beli perfume, biasanya Nanie akan ada satu persepsi, tak ori mesti tak wangi. Tapi... baru ni persepsi Nanie salah!! Totally wrong!!!




98% SAMA DENGAN YANG ORI! 

Pernah dengar De'Xandra Perfume? Nanie pernah dengar lama dah. Tapi tu lah macam Nanie cakap... Nanie punya persepsi tu yang membuatkan Nanie takut nak cuba. De'Xandra memang terbaik Nanie cakap. Bau dia memang hampi 98% sama dengan bauan perfume asal dari antarabangsa tu. Pernah sekali, boss Nanie sendiri ingatkan Nanie guna perfume yang ori tau. Heheheh. 



TAHAN LAMA SAMPAI LEPAS BASUH BAU ADA LAGI! 

Sekali sembur tahan lama. Kalau Nanie sembur pagi, sebelah maghrib atau petang tu masih melekat lagi pada baju dan badan. Ada satu tu... tudung Nanie pakai... and after 3 hari Nanie nak cuci semua dah bau perfum De'Xandra ni tau. Nanie macam tak sangka sehebat tu penangan bau dia! 


Nanie pilih bau Chloe. Bau lembut floral dan sangatlah semerbak. Kakak Nanie ada perfume Chloe yang ori ni beli dari Sephora. Bila Nanie pakai, dia ingat Nanie curi sembur dia punya perfume. Hahahaha... Nampak tak punyalah sama. Sampai tak boleh beza mana yang ori mana yang De'Xandra punya. 


BOLEH DIBAWA SOLAT 

Selain tu, Nanie suka De'Xandra perfume ni sebab boleh dibawa solat. Alhamdulillah memang terjamin dan diyakini. Kenapa Nanie yakin? Sebab ia adalah produk Bumiputera. Orang kita, kalau buat produk utamakanlah syariat. Insya Allah bukan sekadar menjaga sesama muslim, perniagaan kita juga semakin berkat.
 

BANYAK PILIHAN YANG TOP-TOP

Pilihan De'Xandra ni pun banyak. Untuk perempuan adalah lebih 40 pilihan bau yang semuanya best-best. Ada bau J'adore by Dior, Daisy by Marc Jacobs, Modern Muse by Estee Lauder, Signoria by Salvatore Ferragamo dan banyak lagi. Kalau untuk lelaki pulak ada lebih 25 pilihan. Nanie percaya semua wangi-wangi. Mesti orang ingat ori!  


VALUE FOR MONEY!

Dalam keadaan ekonomi sekarang, Nanie pentingkan value. Nanie percaya korang pun sama kan. Jadi pilihan De'Xandra Perfume sangat tepat. Tak perlu lagi spend sampai tiga empat ratus untuk perfume. Dengan harga RM 65 sebotol (30ml) korang boleh dapat bau yang 98% sama tau dengan perfume asal. Tak ke berbaloi tu. Bau wangi macam ori, tahan lama dan duit kita pun jimat banyak! 



TERUS JADI PILIHAN NO.1 

So, sekarang ni Nanie memang jadikan De'Xandra perfume sebagai perfume pilihan No.1 Nanie. Nanie plan nak beli banyak-banyak. Jadi tiap-tiap hari boleh tukar-tukar bau. Yang penting kita kena yakin dan selesa dengan penampilan diri kita. Bau wangi, barulah orang sayang. Mana tahu jodoh ada.... ye lah jodoh kan di mana-mana...cia...cia...cia!!! :) 

Maklumat lanjut & pembelian boleh hubungi : 

Lia 
013-2644310 / 014-3427962

FB : 

Website :

Instagram :



3 comments:

  1. 'Bau wangi macam ori, tahan lama dan duit kita pun jimat banyak!'
    Ni memang goda I nak beli dah... Tapi dah banyak koleksi perfume, just tak convenient mcm ni la,kecil and boleh bawa dlm handbag.

    ReplyDelete
  2. ramai dah mencuba perfume De'Xandra ni. harga pun boleh tahan mampu milik :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork