Friday, April 8, 2016

Teman Mendengar, Teman Memahami

Assalamualaikum semua

Lama tak jenguk blog kesayangan ni. Allahu. Rasa bersalah pulak bila biarkan dia sorang lama-lama. Maaf sangat BCE. Bukan tak ada masa, tapi memang betul-betul masa tak mengizinkan untuk kita bermesra. Ecewah. 

Bila balik je kerja terus melepek kat rumah. Main phone sekejap, check apa yang patut terus tidur. Hari minggu pulak bila balik Johor lagi lah tak bukak blog. Niat dalam hati macam-macam nak buat dengan Blog Coklateyes ni. Insya Allah kena bijak aturkan masa semula. Jemputan ke event blog pun perlu dipilih dan disusun rapi dari segi jadualnya. Mana yang boleh Nanie cuba penuhi. Mana yang tak dapat tu, mintak maaf sangat-sangat! 

Itulah... beza betul hidup semasa belajar & semasa bekerja. Busy nya dari sudut yang berbeza. Kadang sampai balik rumah masih lagi fikir and plan out kerja-kerja yang tak settle. Hahahaha. Tulah kan... namanya tanggungjawab. Jangan dipandang mudah. Bila boss bagi kerja, kenalah bijak nak selesaikan. 


Kalau dah nama kerja, dah nama urusan seharian, mesti kadang-kadang kita ada rasa penat, rasa stress dan rasa tak tahu nak buat macam mana. Nanie pun pernah rasa macam tu. Manusia kan. Alhamdulillah Nanie cuba untuk cari cara nak selesaikan serabut dalam kepala dan cuba control diri sebaiknya. 

I just need someone to talk to! Hahahaha. Bila ada kawan yang Nanie boleh lepaskan masalah dan cerita, everything back to normal. Biasanya kawan baik Nanie lah yang jadi tukang dengar. Tu yang kadang balik Johor, memang cepat-cepat cari kawan baik. Bukan apa, sebab bila kita kawan... dia tahu apa yang kita rasa, bagi sokongan sebaiknya dan cuba berikan pendapat dengan baik. 

Pada semua yang rasa ada masalah, cubalah cari seseorang untuk diajak bercakap dan berbual. Jangan pendam sorang-sorang. Cari kawan yang jadi pendengar yang baik. Alhamdulillah Nanie ada kawan-kawan begitu. 

Thanks FH for your support and understanding. 


6 comments:

  1. Same la sis..sy pon thn ni slow jugak blogging..dah benti keje br leh blogging blk..

    ReplyDelete
  2. selalunya ceita kat suami je..heheh..

    ReplyDelete
  3. ermm betul nannie, k lily setuju sesangat.. at least kena ada telinga yang sudi mendengar. kite bukan suruh selesaikan masalah pun just tadah telinga then dengar je... huhuhuhu

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum nanie! Lama x jenguk sini.. Kesihatan tak berapa mengizinkan plus internet x berapa nak pantas.. Hahah! Betul tu nanie, bila ada masalah mmg kita perlu luah pd seseorang.. Tak dapat tolong pon xpe, cukuplah sekadar mendengar.. Mcm tu pon dah lega..

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah Nanie mempunyai kawan yang baik..Takpe, nanti dah kahwin akan ada suami pendengar setia :) tapi kawan tak dilupakan juga.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork