Monday, May 9, 2016

Blog Coklateyes @ Utusan Malaysia Buat Kali Kedua

Assalamualaikum semua


ULANG TAHUN KELAHIRAN


4 Mei yang lepas hari lahir Nanie yang ke-27 tahun. Wah, selamba je reveal umur kan. Insya Allah Nanie jenis tak kisah pasal umur. Ayat cliche, It just a number! Hahahaha. 

Biasalah bila umur meningkat ni, pemikiran juga seharusnya meningkat. Alhamdulillah di usia 27 tahun ni, banyak pengalaman yang baik dan buruk Nanie dah pelajari. Yang mana Nanie rasa berguna untuk masa depan, Nanie akan simpan elok-elok. Jadikan pedoman. Yang tak baik pulak, dibuang dan dijadikan sempadan agar ada batasan dalam hidup ni kan. 

Moga-moga Allah terus memberi keberkatan, umur yang panjang, kesihatan, nikmat rezeki dan dipermudah segala urusan Nanie dunia akhirat. Doakan juga moga mudah Nanie jumpa jodoh. Insya Allah. Amin YRA. 

------------------------------------------


BLOG COKLATEYES @ .COM

Bercakap pulak pasal blog kesayangan Nanie, si Blog Coklateyes ni. Cerita ni patutnya dah lama. Tapi, Nanie memang busy. Bulan April lepas pun memang tiap-tiap minggu ada urusan. Kalau tak urusan kerja, ada event. Tak pun Nanie balik Johor. 

Alhamdulillah, syukur pada Allah... beberapa bulan lepas  Blog Coklateyes muncul di ruangan .COM akhbar Utusan Malaysia. Actually ia adalah kemunculan kali kedua di ruangan ni. Cuma kali ni Nanie ambil angle story yang berbeza. Nanie cuba ceritakan pengalaman Nanie sejak menceburkan diri dalam dunia blog ni.



Secara jujur bila tengok pada title artikel, Nanie pun tak sangka dia nak highlight part tu. Heheheh. Memang betul Nanie bermula dalam bidang blog secara berseorangan. Tak ada kawan-kawan yang kenal. Tapi disebabkan kita dengan niat yang baik dan betul, Alhamdulillah Nanie punya ramai kawan-kawan blogger. Sepatah kata mak Nanie, "Kau ni pergi mana pun, ada je kawan!".




Malahan ada kawan-kawan blog yang dah macam adik beradik jadinya. Nanie ada Kak Sabby, Sabrina Tajudin, Wiida Ribbon, Ayeen Kadir, Aidazura, Tammy, Kak Chik Misz Ella, Suzai, Kelly, dan ramai lagi. Semuanya macam kakak-adik pada Nanie. Bergurau, berpeluk, cubit sana sini, kadang tu siap ada luahan perasaan lagi. Masing-masing attention seeker dan sangatlah manja! Hahahaha.





---------------------------------------------------
BANGGA DENGAN DIRI SENDIRI 

Bila belek balik halaman muka surat ni dan baca setiap satu perkataan yang ditulis, tiba-tiba Nanie rasa bangga dengan diri sendiri. Bukan untuk tunjuk lagak, sombong atau bermegah tapi perasaan bila kau rasa kau dah berjaya menepis kata-kata negatif dari orang lain yang kata kau tak boleh...kau tak sesuai...kau itu...kau ini... dan banyak lagi.


JADI BEAUTY BLOGGER KENA CANTIK? 

Bukan sekali dua, banyak kali Nanie dapat soalan dari kawan-kawan Nanie terutama yang dah lama tak jumpa "Macam mana kau jadi beauty blogger ek? Bukan ke beauty blogger kena cantik?" Setiap kali soalan tu berkumandang, Nanie akan senyum dan tarik nafas. Hahahah. Lucu. Lucu bila kawan dengan orang berfikiran sempit. Betul kata orang, belajar tinggi kadang belum tentu otaknya bijak dan logik. 

Nanie biasanya akan menjawab secara fakta. Bukan menidakkan, tapi memberi jawapan. Yes, memang betul beauty blogger kena cantik. Tapi cantik itu kan luas pengertiannya. Kalau kita melihat cantik dari segi saiz, maka masih belum sempurna cantiknya. Kalau melihat cantik dari segi luaran, dalamannya bagaimana pula? 

Jadi lihatlah cantik dari sudut pandang yang luas. Yang mana ia akan lebih membuatkan rasa syukur, redha dan terima seadanya segala ciptaan dan pemberian tuhan. Allah mencipta manusia berbeza-beza kerana dia tahu yang sama itu tak ada cantiknya. Tak ada variasinya. Jadi, bila sorang lebih dan sorang kurang barulah manusia jadi melengkapi. 



UBAH PERSEPSI CANTIK

Nanie sebenarnya sengaja jadi beauty blogger. Nanie ada satu matlamat yang Nanie tak pernah pun cerita kat sapa-sapa. Nanie jadi beauty blogger bukan sebab nak nampak cantik, bukan sebab nak dapat produk/makeup free...

TAPI.... 

Nanie jadi beauty blogger sebab Nanie nak ubah persepsi CANTIK di mata masyarakat! Cantik bukan bermaksud kurus. Cantik bukan bermaksud badan menggiurkan, cantik bukan bermaksud kena seksi, cantik bukan bermaksud kena kulit licin berkilau. Cantik yang hakiki adalah PERIBADI & KEYAKINAN.  Nanie nak orang pandang cantik secara telus dan tanpa prejudis. 


Sebab tu bila orang kata, macam mana Nanie berani jadi beauty blogger. Sebenarnya bukan berani yang diperlukan. Kita boleh jadi apa sahaja dalam dunia ni. Tak kira lah kita siapa dan bagaimana paras rupa kita. Yang membezakan kita adalah mind set dan keyakinan. Kalau kita yakin kita "cantik" dan punya kelebihan, tunjukkan pada dunia side yang baik itu. Untuk apa? Supaya orang yang memandang kita juga nampak side tersebut. Jadi dia tak akan bertanya side yang tak cantik dan kurang tu. Ok? 

Last but not least, bila menjadi blogger... jangan semata-mata kejar nak jadi famous, nak barang free, nak duit aje. Gunakan bakat dan kelebihan yang ada untuk highlight atau bagi manfaat pada pembaca. Kita perlu bijak melihat hala tuju blog kita. Besar tanggungjawab kita jika jadi penulis yang punya azam dan cita-cita. 

Dan Alhamdulillah, hari ini... Nanie yakin dan dapat rasa ada ramai yang mula melihat cantik dari sudut yang berbeza. Bukan sekadar kerana saiz semata-mata!


33 comments:

  1. Tahniah nanie... Hehehehe

    ReplyDelete
  2. wahh, tahniah! :D sangat memberi inspirasi pada fatin yg baru nak mula kembali menulis blog :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. moga terus berjaya dan keep up to write good things dear :)

      Delete
  3. Alolo sweet nya... ❤️ Tahniah nanie! Bila kita cuba untuk berjaya sebab diri kita and bukan sebab nk dgr suara2 negatif kat luar tu. In shaa Allah kita akan lebih berjaya! Hope to see you soon!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu Sab, pada kita semua blogger ada cabaran masing-masing kan. Insya Allah Sab, kita cuba niat yg baik supaya yang baik-baik jugak datang pada kita kan

      Delete
  4. thniah thniah . keep up a good work .

    ReplyDelete
  5. Terbaek babe i mmg slalu impress dgn ur confidence keep on doing wht u love x slh pn asalkn benda baik insyAllah smoga kt semua terus berjaya amin.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahahah.... thank u Suzai. I love u so much. Doakan kita semua berjaya dalam apa je bidang ok!

      Delete
  6. Keep it up! Sukaaaa baca penulisan die tau :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahahah terima kasih Ayue! Doakan kita moga lebih berjaya k

      Delete
  7. Gituuu kak nanie! Congratulation kak Nanie! for me Confident is beautiful.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Piqa~ I also love your confidence tau!

      Delete
  8. pasal kawan tu..betul..dari blog kite mencipta persahabatan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak, sekarang ni dengan kawan-kawan blog lagi seronok kak sebab minat yang sama...

      Delete
  9. Wow.. I'm proud of you... Tahniah.. berani dalam persepsi yang luar biasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much! :) We need to change something for a better future right? :)

      Delete
  10. setuju dengan nannie...tahniah sebab berjaya bukamata masyarakat yang cantik bukan dari segi rupa atau saiz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank u Nanad! :) betul orang kita ni selalu fikir mcm tu. tapi ye lah... perkara biasa semua orang nak pandang yang cantik. hehehe

      Delete
  11. tahniah Nanie .... suka tengok awak berjaya ...
    dan betullah , cantik is a very subjective ....
    proud of you T_T
    xoxo.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih banyak kak! Alhamdulillah. doakan kita semua berjaya ye kak

      Delete
  12. alhamdulillah, syukur! kipidap dik.. ;)

    tahniah jugak! ;)

    ReplyDelete
  13. Very indeed.. cantik tu dilihat dr sudut yg luas. Kenali kecantikan bukan dr pandangan mata saja.. tahniah darling

    ReplyDelete
  14. yup. setuju sangat. matilanak nak tunggu orang kita cakap kita cantik baru boleh usaha jadi cantik untuk diri sendiri. jadi je apa kita nak jadi asalkan kita tahu kita betul. :D

    ReplyDelete
  15. Alhamdulillah tahniah nanie :)

    p/s:
    lama x ke sini :D

    ReplyDelete
  16. Happy belated birthday. Semoga terus cantik gitu! Proud of You Nanie atas segala kejayaan yang dicapai. Semoga terus maju okeh.

    One Love,
    Fiza a.k.a Sihatimerahjambu

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork