Wednesday, May 25, 2016

Mereka Bukan Hamba!

Assalamualaikum semua

Tu bos yang dok tengking-tengking tu! 

Untuk entry kali ni, just a sharing sebenarnya. A lesson untuk kita semua. Tak kiralah siapa. Pekerja mahupun boss, seorang ibu dengan anak, isteri dengan suami mahupun apa sahaja. 

Kejadian ni berlaku pagi tadi. Sebelum masuk office, Nanie singgah stesen Petronas berhampiran. Niat nak beli roti butterscotch nak dijadikan sarapan. Hari pulak baru lepas hujan, jadi mendung dan sejuk. 

Dari jauh sebelum melangkah masuk ke Kedai Mesra Petronas tu, nampak ada ramai orang. Ada yang kat ATM, ada yang tengah tunggu turn nak bayar isi minyak dan ada jugak di kaunter bayaran barang. 

Melangkah masuk je, terus Nanie dengar suara seorang lelaki menjerit dan memekik di hadapan kaunter. Nanie ingatkan dia memang style bercakap kuat-kuat ataupun tengah on the phone. Nanie terus je ke rak roti. 

"Bodoh betul! Ingat aku bayar gaji buta ke kat kau? Suruh belajar tak nak. Benda senang pun tak boleh buat? Habis pagi ni sapa nak jaga depan? Aku?! Sapa nak cuci jamban? Aku?!" 

Nanie cepat-cepat toleh ke kaunter. Kelihatan seorang lelaki di usia akhir 40-an sedang bercekak pinggang menengking dua warga Bangladesh di hadapannya. Dua lelaki warga asing tu tunduk dan kelihatan malu. Nanie syak lelaki Melayu akhir 40-an tu adalah tauke stesen minyak tu. 

Ye lah, satu kedai dengar suara kau memekik tau! Malu lah orang tu... Tak cukup dengan tu. Siap hentak-hentak meja kaunter sampaikan ada seorang abang dekat belakang lelaki tu menggeleng kepala. Malu dengan perangai kaum sendiri mungkin. 

Selepas memekik, marah-marah dengan perkataan herdikan... terus si tauke keluar. Hisap rokok. Nampak stress lah jugak. 

Nani ke kaunter untuk bayar. Ada seorang wanita di situ yang Nanie rasa mungkin senior/supervisor mereka. Muka lelaki Bangladesh tadi terpisat-pisat menahan malu. Sambil nak bayar tu, wanita tu beritahu... 

"Aku dah cakap, boss tu cepat marah. Korang tak percaya." 

Salah sorang dari mereka menjawab...

"Gaji bayar takde penuh. Bayar sikit-sikit... suruh orang buat itu..buat ini. Kerja banyak, potong gaji saja tau! Tarak guna punya bos. Tau dia saja ada untung. Orang penat tak tahu!" 

Yang sorang lagi mukanya dah masam. Pulangkan duit baki Nanie pun tanpa sebarang terima kasih. Nanie faham apa mereka rasa. Malu. 


KEJADIAN LEPAS


Patutlah 2-3 bulan lepas, ada satu kejadian yang berlaku pada Nanie dengan salah seorang cashier Bangladesh tu. 

Nanie isi minyak RM 50, dan berikan RM 100 padanya. Tapi bila pulangkan semula, terlebih RM 10 dari cashier. Yang Nanie pun tak perasan. Sesampai di kereta, cashier tadi berlari dapatkan Nanie dan beritahu dia terlebih pulangkan duit baik. Nanie bukak purse dan memang betul terlebih. Terus beri semula pada cashier tu. 

Yang menyedihkan, cashier tadi langsung tak ucap terima kasih. Apatah lagi say sorry. Nanie rasa pelik sebab biasanya orang mesti kata terima kasih sebab Nanie tak 'curi' duit dia yang boleh menyebabkan dia dipotong gaji. 

Nanie rasa biasanya warga Bangladesh ni pandai ucap terima kasih. Pandai berbudi bahasa sebab dia tahu dia hidup susah dan kita bantu dia kan. Tapi yang ni lain. 


MEREKA BUKAN HAMBA!





Selepas kejadian dimarah dengan boss tu barulah Nanie sedar kenapa warga Bangladesh tu tak ucap terima kasih pada pelanggan.  Sebab dia di-train untuk tidak tahu menghargai orang lain. Boss dia sendiri tak hargai dia. Tak berterima kasih pada dia sebagai pekerja. Jadi macam mana dia nak hargai pelanggan dan ucap terima kasih pada pelanggan?

Nampak tak macam mana ajaran orang atas mempengaruhi orang bawahan?


PENGARUH ORANG ATASAN PADA ORANG BAWAHAN

Sebagai orang atasan, sebagai boss jadilah seorang yang profesional dan dihormati. Nanie tak gemar orang yang suka marah depan-depan orang dan menjatuhkan air muka orang lain. Kalau betul orang tu buat salah, tegur dengan bijak. Tegur secara berhemah. 

Pekerja bukan hamba. Mereka juga ada maruah. Bekerja untuk mencari rezeki yang halal. Sekalipun mereka adalah warga asing, tapi kita kan manusia. Punya hati budi dan perasaan. Bayangkan kalau kita yang diherdik, dimaki hamun depan orang ramai sebegitu. Kita suka? 

Nak menjadi pemimpin atau boss perlulah jadi teladan. Kalau staff atau pekerja tak menjalankan tugas dengan betul, tanya diri sendiri... cukup tak kita ni bagi training pada dia. Cukup tak kita ajar dia, bagi ilmu pada dia. Jangan cepat herdik dan maki orang padahal orang melihat diri kita yang kurang sebenarnya. 

Sekali lagi, Nanie sarankan semua kawan-kawan Nanie kalau andai kata satu hari nanti atau sekarang ni anda adalah seorang boss, ketua,  orang atasan, seorang ibu, seorang bapa atau siapa sahaja... jangan sesekali menjatuhkan maruah orang lain dengan memarahi mereka di khalayak ramai.

Sekalipun mereka buat salah, sekalipun dah banyak kali ditegur dan masih buat benda salah... jangan jatuhkan maruah! 

Jadilah bijak... tegur dengan baik dan dengan cara yang disukai. Bukan menjadikan orang tu semakin membenci. Ingat... hidup ini umpama roda. Kita tak sentiasa di atas.

Ok, tu je. 



*walau apa pun, Nanie tak sokong kemasukan 2.5 juta warga Bangladesh lagi ke Malaysia. 



2 comments:

  1. Kejam nyer marah marah tengking tengking org depan org lain...

    Sungguh pun marah bkn lah didpan kan..xde adab.

    ReplyDelete
  2. dorang jadi begitu ada sebabnya..kekadang kesian juga kekadang sakit hati dengan kerja mereka pun ada juga.. tak tahu nak kata tapi tak perlulah kita layan orang begitu. mereka juga manusia. tapi bab marah pekerja tu biarlah secara tertutup. Siapa yang tak malu kalau kena marah dengan orang kan di hadapan orang lain kan.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork