Thursday, May 5, 2016

Pelancaran KOSÉ SEKKISEI Herbal Gel : Gel Multi-Fungsi dengan 6 Manfaat

Assalamualaikum wbk






Ingat lagi tak Nanie pernah dapat surprise dari Kose? Kalau ada yang tak ingat, boleh baca dulu entry review Nanie : http://www.coklateyes.my/2016/02/review-unboxing-set-trial-khas-kose.html. Lepas Nanie gunakan set Kose Sekkisei tu, memang ternyata brand ni sangat berkualiti. Dan baru-baru ni, Nanie dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran "The Amazing Sekkisei Herbal Gel" di Le Meridien Hotel. 




Sekkisei Herbal Gel adalah Gel Multi-fungsi dengan menggabungkan 6 Manfaat Penjagaan Kulit wajah dalam satu jar. Bertindak sebagai emulsion, serum dan krim, Sekkisei Herbal Gel menjadi penjagaan lengkap untuk kulit wajah kita agar ia kembali segar dan dilindungi. 




Sekkisei Herbal Gel menggunakan bahan semulajadi dan herba tradisional dalam produk mereka. Sebagaimana yang diketahui  Kose Sekkisei product memang menggunakan Ekstrak Angelica, Melothria  dan Mugwort. Tapi dengan Herbal Gel ni, tambah lagi bahan yang bagus. mereka gunakan Fermented Coix Seed & Loquat Leaf. Fermented Coix Seed membantu menambah kelembapan wajah manakala Loquat Leaf adalah native plant yang digunakan untuk melancarkan perjalanan darah dan memberikan wajah nampak segar dan tidak pucat. 


Bukan tu je tau, part yang paling Nanie suka sebab dengan hanya 1 Gel ada 6 kelebihan yang diberikan tau. Fuh memang berbaloi dang banyak tu. Semuanya boleh menjadikan kulit wajah semakin sihat dan segar. Terutama orang macam Nanie yang sentiasa sibuk dengan urusan seharian. 


6 Manfaat Sekkisei Herbal Gel : 

#1 - Memberi kelembapan pada wajah : Angelica Plant menambah kelembapan pada kulit dan mengekalkannya agar wajah tampak segar dan bersinar sepanjang hari. 

#2 - Memberikan impak kesegaran dan sinaran pada kulit : Loquat Leaf yang melancarkan perjalanan darah memberikan impak bersinar pada kulit wajah dan menjadikan kulit wajah kita tampil segar dan muda. 

#3 - Melembut dan menghaluskan kulit wajah : Gabungan bahan ini menjadikan kulit sangat lembut dan cantik untuk tempoh yang lama tidak kira dalam apa saja cuaca. 

#4 - Anti - Keradangan : Bagi mereka yang berkulit sensitif, sebarang perubahan terutama perubahan cuaca dan persekitaran boleh menyebabkan kulit menjadi merah atau kering. Rumusan ekstrak Mugwort didalamanya memberikan kestabilan pada kulit wajah. 

#5 - Menambah kegebuan kulit wajah :  Diformulasikan dengan water-based moisturizing ingredients, gel ini tidak melekit dan sangat mudah menyerap kepada kulit. 

#6 -  Mengekalkan keremajaan dan keserian :  Ekstrak Melothia membantu kulit kekal sihat, cantik dan glowing. Ianya memberikan vitamin yang bagus pada kulit wajah. 


Semasa majlis tersebut juga, 4 selebriti terkenal telah dipilih bagi mewakili Sekkisei Herbal Gel ini. Mereka adalah pelakon Jeffery Cheng, Penyanyi KeQing, Runner-Up Asia's Next Top Model Cycle 3 (2015), Mokika Sta dan yang terakhir adalah Hunny Madu, seorang selebriti terkenal di Malaysia. 


Keempat mereka dipilih kerana gaya hidup mereka yang sibuk memerlukan 1 Herbal Gel yang multi fungsi sebegini untuk mereka kekal cantik, menawan dan berseri sepanjang hari. Menurut Hunny Madu, apabila beliau menggunakan Sekkisei Herbal Gel ni, masanya sangat jimat. Malahan dia tak perlu makeup tebal pun sebab kulitnya yang segar dan cantik. 



Harga yang ditawarkan untuk 79ml Kose Sekkisei Herbal Gel ini adalah RM 130 dan dijual di semua kaunter KOSE. Korang boleh lah try and tegok kesesuaiannya nanti. Memang best dipakai. Nanie gunakan as Sleeping Mask selalunya. Rasa firm, sejuk dan cepat meresap.


 Untuk maklumat lanjut, boleh ke link-link yang diberikan : 


 Facebook :

Website : 

1 comment:

  1. brand kose diyakini dan dipercayai..guna herbal memang bagus. boleh firm lagi tu. Sangat berbaloi untuk dicuba.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork