Tuesday, June 28, 2016

5 Ciri Kamera Terbaik untuk Travel | Canon EOS M10

Assalamualaikum semua



Bila nak pergi jalan atau travel, satu benda penting yang wajib kita titik beratkan adalah kamera. Pemilihan kamera yang tepat dan bersesuaian amatlah penting bagi memenuhi dan melengkapkan percutian kita. Kalau tak ambil gambar yang lawa-lawa di tempat kita lawati tu macam rugi sangat kan!



Baru-baru ni Nanie dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran kamera terbaru Canon EOS M10 dengan kolaborasi bersama Rilakkuma. Kamera Canon EOS M10 amat sesuai menjadi travel partner kerana fungsinya dalam perkongsian gambar di media sosial dan beberapa fungsi terbaik untuk sesebuah kamera travel.














Semasa majlis berlangsung, pelbagai aktiviti menarik yang Nanie kena buat. Antaranya adalah selfie dengan si comel Rilakkuma tu. Geramnya Nanie dengan Travel Toy ni. Kalau bawak jalan memang sedap dibuat peluk. So cute ok! 



Hari tu jugak rezeki di Rawlins Haiqal menang Grand Prize winner. Dapat bawak balik kamera baru tau. Dahlah dia memang kaki travel. Alhamdulillah rezeki murah dia tu. Sana-sini menang contest semua. Jeles iols! Hehehehe. Tahniah Rawlins! :) 


Bercakap mengenai kamera Canon EOS M10 ni kan, ada beberapa ciri yang buatkan Nanie pun tertarik sama dengannya untuk dibawa sebagai travel partner tau. Disini Nanie sediakan 5 ciri-ciri terbaik untuk travel kamera yang ada pada Canon EOS M10. 


5 CIRI-CIRI KAMERA CANON EOS M10 untuk TRAVEL 




1. Kualiti foto dan video yang terbaik untuk dimuat naik di media sosial. 
- Dengan 18.0 - megapixel APS-C sensor dan sistem Hybrid CMOS AF II, kualiti gambar serta video sangatlah cantik. Malahan untuk gambar yang secara spontan juga boleh dirakam dengan baik!

2. Ringan & compact untuk dibawa kemana sahaja 
- Apabila travel, kita memerlukan kamera yang ringan dan tahan lasak. Kamera Canon EOS M10 adalah sangat kompak dan dicipta dengan material yang ringan serta tahan lasak dengan penggunaannya dalam pelbagai keadaan.

3. Mudah untuk Sharing di Media Sosial 
- Melalui kamera Canon EOS M10 ini, pengguna boleh meng-upload gambar serta video travel mereka dengan pantas dan tanpa menjejaskan kualiti gambar. Aplikasi sharing dan Wifi  ke media sosial telah siap sedia berada dalam kamera tersebut.

4. Perfect for Selfie! 
- Melalui skring one-touch beautification shortcut, penggunanya boleh memberikan efek 'smoothing' kepada tona kulit serta sangat mudah dalam mengambil gambar selfie. Kerana semuanya menggunakan sentuhan. Touch screen LCD dengan ukuran 3.0" sangat user friendly. Dan skrinnya boleh diubah sehingga 180' untuk mendapatkan angle yang cantik & menarik bagi kemudahan si pemakai.

5. Perlindungan yang tahan lasak & tahan lama
- Semasa kita travel kadang-kadang kiita membuat aktiviti lasak. Oleh itu, Canon mengeluarkan beberapa pilhan 'jacket' kepada kamera kita dengan pilihan warna yang menarik. Jacket yang comel ini dapat melindungi sebarang hentakan, jatuhan dan aktiviti lasak. Bukan tu je, bateri untuk Canon EOS M10 ni jugak tahan lama iaitu kira-kira 600 klik.


SPESIFIKASI CANON EOS M10 


Klik untuk besarkan 



So, pada kawan-kawan Nanie yang suka travel dan perlukan camera yang best untuk dibawa jalan, why not to try this camera. Harganya sekitar RM 1,999.00 tak termasuk lens kit dan aksesori.

Untuk keterangan lanjut, boleh klik link di bawah :

Facebook :

Instagram : 

3 comments:

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork