Assalamualaikum semua
Bagi wanita berhijab seperti Nanie, tak dinafikan kadang-kadang rambut ada masalah. Ye lah bayangkan lebih dari 6-7 jam terkepam dalam tudung kan. Jadi Nanie kena ada inisiatif untuk menjaga kesihatan rambut juga. Walaupun Nanie bertudung, pada Nanie rambut wanita berhijab lagi perlu dijaga dengan sempurna. Kalau ambil sambil lewa, macam-macam masalah boleh timbul dan boleh juga mendatangkan ketidak selesaan pada diri sendiri serta orang sekeliling.
Baru-baru ni Nanie dijemput oleh Hair Depot untuk ke outlet terbaru mereka iaitu Hair Depot Loft di One Utama, New Wing. Hair Depot merupakan one stop centre untuk penjagaan rambut sejak tahun 2009. Mempunyai 29 outlet di sekitar Lembah Klang dan JB, Hair Depot membawa lebih 13 jenama terkemuka dunia untuk produk penjagaan rambut seperti Midori, Hair Milk, Herbalogist, Cab's, Aurene dan banyak lagi.







Kesemua produk penjagaan rambut yang diketengahkan adalah mengikut pelbagai jenis masalah rambut pelanggan dan dalam lingkungan harga yang bersesuaian mengikut bajet seseorang. Setiap produk di HairDepot berfungsi dalam merawat dan memberi perlindungan kepada rambut agak kekal segar, cantik dan terurus.
Di HairDepot korang jangan risau kalau tak tahu nak pilih syampu, conditioner atau rawatan apa yang sesuai dengan masalah rambut korang. Beauty Advisor HairDepot akan cuba consult korang dengan baik dan sesuaikan produk mengikut masalah rambut yang korang alami.
PRODUK CADANGAN UNTUK MASALAH RAMBUT GUGUR

1. MIDORI SECRET ENERGY HAIR GROWTH SHAMPOO
2. MIDORI ADVANCED ENERGY SCALP BALANCE HAIR MASK 1
3. ADVANCED ENERGY SCALP BALANCE BOOSTER with BIOTIN
4. ARGAN OIL HAIR SERUM
Kesemua rangkaian produk yang dicadangkan di memang fokus kepada masalah rambut gugur. Sebagaimana yang diterangkan oleh beauty advisor tersebut, masalah rambut gugur adalah berpunca akar rambut yang tak kuat. Jadi untuk kuatkan akar kena seimbangkan dulu minyak di kulit kepala Nanie.
Untuk Secret Energy Hair Growth Shampoo ni berfungsi untuk membantu mempercepat pertumbuhan rambut baru. Bila pakai tu memang rasa mint dan rasa fresh. Cuci bersih-bersih sampai ke kulit kepala dan sekarang selepas hampir 4 minggu, dah banyak jugak baby hair yang tumbuh.
Manakala yang Hair Mask tu paling best. Nanie suka sebab dia melembutkan rambut. Setiap kali di bilas memang terasa kulit kepala bersih dan rambut terurus dengan baik. Ia berfungsi untuk memberi keseimbangan kepada kulit kepala kita.
Next step adalah Scalp Balance Booster. Yang ini adalah tonic yang menguatkan akar rambut. Booster ni memberikan kesegaran kepada kulit kepala, menguatkan akar rambut dari dalam hingga ke hujung rambut. Yang ini bila dipakai terasa macam diurut-urut kepala tau!
GIVEAWAY!

Kalau ada yang perasan di Instagram Nanie, Nanie ada collaborate bersama Hair Depot untuk Giveaway 100 botol Argan Oil yang bernilai RM 89 setiap satu. Caranya mudah sahaja :
Nanie nak bagi Argan Oil PERCUMA kepada follower Nanie. Argan Oil ni Nanie sendiri dah cuba dan memang best. Bau dia wangi & segar. Rambut terus jadi berkilat, lembut dan terurus.
.
.
Pada follower Nanie, cepat dapatkan Argan Oil bernilai RM89 ni secara PERCUMA & membership selama setahun di @hairdepot_my One Utama.
.
📍Syarat- syaratnya :
.
✅ FOLLOW IG @hairdepot_my & @innanieariffin.
✅ REPOST GAMBAR INI DI INSTAGRAM ANDA.
✅ TAG @hairdepot_my & @innanieariffin SERTA 2 ORG KAWAN ANDA.
✅ TUNJUK GAMBAR YG TELAH DI REPOST & REDEEM ARGAN OIL PD STAF @hairdepot_my di ONE UTAMA.
.
.
Pada follower Nanie, cepat dapatkan Argan Oil bernilai RM89 ni secara PERCUMA & membership selama setahun di @hairdepot_my One Utama.
.
📍Syarat- syaratnya :
.
✅ FOLLOW IG @hairdepot_my & @innanieariffin.
✅ REPOST GAMBAR INI DI INSTAGRAM ANDA.
✅ TAG @hairdepot_my & @innanieariffin SERTA 2 ORG KAWAN ANDA.
✅ TUNJUK GAMBAR YG TELAH DI REPOST & REDEEM ARGAN OIL PD STAF @hairdepot_my di ONE UTAMA.
Sempat lagi ni kalau korang nak dapatkan sebotol Argan Oil. Datelinenya adalah 15 Julai 2016. Tapi dia sapa cepat dia dapat tau. Kalau lambat takut allocation dah habis. Alhamdulillah, kawan-kawan Nanie pun dah redeem!






So far memang mereka semua suka dengan produk-produk Hair Depot. Nanie sendiri selepas daripada tu beberapa kali teman kawan-kawan Nanie ke Hair Depot. Jadi kalau korang nak suggestion, tips penjagaan rambut ke boleh lah datang ke Hair Depot ye.
Maklumat lanjut boleh klik di link di bawah :
Facebook :
Website :
Instagram :
@hairdepot_my
2 Inspirasi Dari Pembaca
Ala, saya kat Sarawaklah pulak. Tak dapatlah nak redeem. Huhu. Diari Mommy Muhaimin
ReplyDeletewoah..macam² ada untuk penjagaan rambut ni.
ReplyDeleteTeruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!