Monday, June 6, 2016

Maju Home Concept @ Citta Mall | Memberi Inspirasi Hiasan Kediaman Impian Anda

Assalamualaikum semua



Alhamdulillah hari ni 1 Ramadhan. Bertemu lagi kita dengan Ramadhan kan. Insya Allah, moga-moga dipermudahkan urusan kita berpuasa dan dapat berjumpa Syawal nanti. Bila bercakap pasal Syawal, semalam saja tanya dengan mak Nanie. Apa tema hiasan raya tahun ni? Kalau ada sebarang tema yang mak berkenan atau teringin, Nanie balik KL boleh Nanie tengok-tengok apa yang patut dan belikan hiasan yang sesuai. 

Mak cakap, tahun ni mak suka sesuatu yang nampak moden kontemporari. Wah! Pandai mak tau pilih konsep. Mak pesan, tema hiasan rumah mestilah selesa, tak terlalu sarat dan paling penting mudah untuk diurus dan dibersihkan selalu. Korang ada sebarang idea nak hias rumah untuk Syawal macam mana? 

Kalau masih tak ada idea, atau tak tahu kat mana nak dapat perabot serta hiasan rumah yang cantik-cantik, moden dan in trend, Nanie nak suggest korang datang ke Maju Home Concept Store di Citta Mall. 


Maju Home Concept di Citta Mall ni besar sangat-sangat. Maju Home Concept di Citta Mall ni meliputi kira-kira 60,000 kaki persegi, 2 tingkat dan bersamaan dengan 20 buah lot kedai. Dalam Maju Home Concept ni ada pelbagai pilihan perabot dan hiasan rumah yang sangat cantik, trendy dan berpatutan. Korang boleh datang ke sini dan tengok ribuan pilihan yang merambangkan mata tau. Hari tu Nanie pergi pun geram tengok semua pilihan. Rasa nak angkut je semua! Hahahaha.



Pilihan untuk ruang tamu, ruang makan, ruang santai, bilik tidur, dapur sehinggakan ruang taman dan bilik mandi juga ada. Apa yang menariknya, kesemua produk pilihan perabot di Maju Home Concept Citta Mall ini adalah berkualiti tinggi dan memberikan suntikan inspirasi yang cukup indah buat ruang kediaman anda.













Dengan tagline terkini mereka "Redifining Lifestyle, Your Way", Maju Home Concept mengetengahkan pelbagai pilihan inspirasi perabot yang berkualiti tinggi kepada pengguna. Pelbagai fabrik, design serta reka bentuk yang unik, praktikal dan trendy diangkat. Ini menjadikan Maju Home Concept sangat digemari golongan muda serta berkeluarga yang mengimpikan kediaman selesa yang cantik dan menawan. Malahan, sekiranya kita masih tak pasti dengan konsep serta inspirasi yang sesuai dengan kediaman kita, boleh je berbincang dengan pakar hiasan dalaman mereka. Mereka akan memberi penerangan serta mencadangkan perabot yang sesuai dengan bajet kita. 






Tak tahu nak cari hiasan dalaman rumah? Ni di Maju Home Concept ni ada section untuk hiasan dalaman rumah. Section ni baru dibuka. Pelbagai pilihan yang comel dan kena dengan selera masa kini ada disediakan. Dari segi lampu, pasu kecil, bunga mahupun peralatan rumah turut dijual. Maju Home Concept ibarat "One Stop Centre" kepada pelanggan.







Selain tu jugak, Nanie berkesempatan untuk menghadiri Majlis Pembukaan Rasmi Maju Home Concept di Citta Mall dengan menampilkan Duta baru Maju Home Concept iaitu pemandu Formula 1 Negara, Alex Yoong. Alex dipilih kerana kredibilitinya dalam mengharumkan nama negara Malaysia di mata dunia serta lifestyle nya yang sibuk memerlukan dia untuk memiliki rumah kediaman yang selesa, menarik dan cantik untuk berehat.





Pada hari tersebut juga, para pemenang untuk Selfie Contest yang hari tu di Instagram Nanie ada war-warkan. Hadiah sebanyak RM 10,000 diberikan kepada para pemenang. Memang untung sangat kan menang perabot. Yelah bukan murah kot. Rezeki mereka kan! Tahniah kepada para pemenang. 

Sempena Hari Raya Aidilfitri ni, kalau anda nak tengok-tengok perabot untuk hiasan rumah kediaman, Maju Home Concept ada di 3 cawangan. Boleh pilih mana yang terdekat : 

MajuHome Concept - Citta Mall
Level 2-01, Citta Mall, No. 1, Jalan PJU 1A/48,
Pusat Perdagangan Dana 1, 47301 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia.
Tel: +603-7831 6858

MajuHome Concept - Setapak
Lot 48 & 49, Batu 4 1/2 Jalan Genting Klang,
53300 Setapak, Kuala Lumpur, Malaysia.
Tel: +603-4023 3876/ +603-4021 5954

MajuHome Concept - USJ
Wisma LKT, PT53200, Persiaran Subang Damai
LDP 57670 Subang Jaya, Selangor, Malaysia.
Tel: +603-8068 3661/ +603-8068 4661


Boleh juga klik laman Facebook mereka : https://www.facebook.com/majuhomeconcept/



1 comment:

  1. Perghh menarik, kalau pergi tempat macam ni memang susahlah nak keluar. Rambang mata ;)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork