Friday, June 10, 2016

Mamonde Event Launch | Inspired by Flowers

Assalamualaikum semua

Produk kecantikan dari Korea telah mula menakluki negara kita dan semakin pesat meluas lebih kurang dua tahun kebelakangan ini. Sumber asli dan neutral dari negara Korea itu menjadi inspirasi hebat buat jenama-jenama kecantikan Korea. Apa sahaja sumber semulajadi mereka diguna sebaiknya malahan inspirasi semulajadi ini memang tidak dinafikan mempunyai kebaikan yang sangat hebat buat kulit kita. 



Terbaru di pasaran dan akan mula menembusi pasaran Malaysia pada bulan Ogos nanti, Amore Pacific Malaysia melancarkan satu jenama terkenal Korea iaitu Mamonde. Mamonde yang bermaksud "My World" telah dikenali di Korea sejak tahun 1991. Di Mamonde, mereka menginspirasikan bunga-bungaan sebagai formula asas dalam setiap produk kecantikan dan skincare mereka. 






Antara bungaan yang menjadi inspirasi mereka adalah Camomile, Rose, Magnolia, Honeysuckle, Hibiscus dan banyak lagi. Setiap bunga ini diekstrak melalui kajian R&D dan kemudian formulasi, kebaikan dan bauannya digunakan dalam produk mereka. Bunga-bungaan ini ditanam sendiri di Mamonde Garden di Korea. Sewaktu majlis tersebut, ada sedutan video yang menunjukkan Mamonde Garden di sana. Memang menakjubkan!

Daripada kajian mereka mengenai bunga-bungaan, pelbagai manfaat dan kebaikan yang diberikan oleh bunga-bungaan ni. Antaranya adalah : 

  • Vitalizing
  • Moisturizing and Hydrating
  • Anti-aging
  • Cleansing and Exfoliation
  • Brightening
  • Pore Care and Oil Balancing
  • Sun Protection
  •  Makeup 
Personalluy bila Nanie try product mereka, bauannya yang menenagkan dan tekstur yang lembut serta natural menjadikan ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit. Walaupun kulit kita jenis sensitif. Ekstrak bungaan akan membuatkan kulit kita menjadi cantik secara dalaman dan luaran. Malahan sebagaimana bunga yang mempunyai perlindungan semulajadi, produk Mamonde memberikan kulit perlindungan terbaik daripada pencemaran luar yang boleh menyebabkan kulit menjadi tidak sihat. 



VITALIZING 

Honeysuckle & Evening Primrose mempunyai keupayaan yang hebat untuk memberikan kulit yang bermaya serta mengekalkan kesihatan kulit. Honeysuckle mampu untuk menyerap nutrisi semulajadi dari tanah dan menjadikan kulit kita segar, smooth dan firm. 


MOISTURIZING & HYDRATING 

Mamonde menggunakan Demask Rose (Rose Water), Hibiscus, Narcissus dan Peach Blossoms untuk Moisturizing & Hydrating regime mereka. Kesemua bunga-bungaan ini telah terbukti dapat menjadikan kulit lembap dan segar sehingga 24 jam. Malahan, kesegarannya bukan sekadar di luaran turut meliputi lapisan dalam kulit wajah!



CLEANSING & EXFOLIATION 

Lotus flower ada keupayaan untuk purify dan cleansing. Malahan ia juga turut mengandungi agen antioksida yang tinggi. Ia mengandungi natural alpha-hydroxy acids yang memberikan wajah terus kekal muda. Malahan fakta membuktikan Lotus Flower boleh menghilangkan kotoran pada wajah sehingg 99.2%!



BRIGHTENING 

Untuk set ini, Mamonde menggunakan bunga Magnolia. Bunga Magnolia adalah bunga yang telah lebih 100 tahun dikenalpasti memberikan pelbagai manfaat kepada kecantikan kulit. Mempunyai kebaikan dalam mencerahkan kulit dan mengurangkan sebarang kesan kemerahan pada kulit, bunga Magnolia turut memberikan kompleksi yang perfect untuk kulit. 



ANTI AGING 

Melalui set anti-aging mereka, Mamonde mengekstrak kebaikan Bunga Camillia. Bunga ini didapati mempunyai daya tahan yang kuat terhadap pencemaran, suhu serta cuaca yang sewajarnya diaplikasikan kepada kulit wajah supaya kekal muda dan remaja. 




Mamonde akan mula dijual di Malaysia pada 16 Ogos 2016 ini dan kaunter pertama mereka adalah di AEON Bandar Utama. Manakala dari segi harga pula, pada Nanie ianya sangat berpatutan kerana ia bermula serendah RM 6 - RM 169 je!  


Produk makeup mereka juga kelihatan bagus-bagus belaka. Nanie suka Cover Powder Cushion & The First Energy Essence mereka. Lepas try tu memang rasa sejuk pada kulit dan serta merta rasa lembut serta segar. Lipstick mereka juga tampak menarik. Dengan finishing lembapan yang bagus dalam memastikan bibir tidak kering dan menggelupas. 



Semasa majis tersebut jugak, kami diberikan satu tugasan untuk berkongsi inspirasi kecantikan dan keyakinan kami. Paling best kena diluahkan melalui flower petals. Hahaaa.... Nanie tak kreatif betul buat benda seni-seni ni. Tapi Nanie tetap cuba ok! 


Walaupun tak menang tapi takpe. Yang penting Nanie mencuba. Malu aih nak tunjuk. Tak kemas langsung art Nanie tu. Ehhh wait. Art mana ada kemas-kemas. Kena sepah-sepah sikit lah baru art namanya! Heheheh. Hari tu rezeki Kak Sabby sebab she is one of the winner. Congratulations kakak! 




Selama ni Nanie tahu bunga adalah untuk kecantikan pemandangan dan tak banyak yang Nanie tahu bunga-bungaan boleh memberi manfaat kepada kulit. Dengan R&D yang dijalankan Mamonde, setiap bunga mempunyai kelebihan tersendiri yang sangat bermanfaat buat manusia. Bunga bukan sekadar cantik dipandang dan dilihat malahan mempunyai kebaikan luar biasa yang menakjubkan.

Tak sabarnya rasa nak tunggu bulan Ogos nanti dan nak explore lebih lagi berkenaan jenama Mamonde ni. Nanie yakin korang pun mesti suka dengan jenama Mamonde ni. Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari -

Facebook : 

3 comments:

  1. amboi bulatnye yang paling kanan tu! :D hahaha artwork nanie pun cantik jugak <3 muah muah

    ReplyDelete
  2. gambar yang last tu kenapa comel sangat! best kan mamonde, mieza dah try pakai the essence, kulit rasa segar, lembut and moisturized sangat ^_^

    ReplyDelete
  3. macam best je skincare ni :D

    www.neezalife.com

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork