Tuesday, June 21, 2016

Nasihat Buat Adik-Adik Yang Hangat Bercinta

Assalamualaikum semua

Semalam kecoh seantero warga netizen dengan kehadiran video viral seorang lelaki meraikan birthday kekasihnya dengan menaiki limosin beserta surprise yang kelihatan "sangat sweet". Video tersebut telah dikomen, dishare dan tak kurang juga dikritik hebat. Dari warga twitter, instagram sehingga ke facebook. Semua ada pandangan tersendiri. Termasuk Nanie... secara jujur ini pandangan Nanie selepas tengok video so-called sweet tu. 



Kalau ada yang nampak komen Nanie macam cemburu tu semua... baik dilupakan. Di usia 27 tahun ni tak de masa Nanie nak bercemburuan haih. Nanie cuma rasa sedikit sedih sebenarnya. Ye lah, apa lah yang nak dibanggakan sangat seorang kekasih sampai perlu disanjung sebegitu rupa. Katanya masa si lelaki itu susah, perempuan itu yang sama-sama makan maggi dengannya. Jadi sekaranglah masa untuk dia 'balas budi' dengan segala pengorbanan yang si perempuan lakukan padanya. Kalau dulu makan maggi, sekarang makan spaghetti! Dasyat.... 

Adik, ini nasihat kakak...






Memang betul time kita bercinta tak ramai yang nak susah dan senang dengan kita dik. Tak salah untuk menghargai seorang kawan yang sentiasa ada dengan kita. Tapi biarlah berpada-pada. Akak rasa sebelum adik makan maggi dan sekarang makan spaghetti, cuba adik fikir semula sapa yang lebih layak untuk disanjung. Kekasih atau ibu bapa? 

Sebelum si kekasih teman awak makan maggi, siapa dulu yang menyuap awak dengan nasi? Sebelum awak sekarang makan spagetthi, sapa dulu yang bersengkang mata menjaga awak dari malam sehingga pagi? Dan sebelum awak bangga menjemput dan memberi kejutan dengan kereta besar, sapa dulu yang bergolok bergadai memberi wang untuk awak belajar? 

Tak kiralah kalau ibu dan ayah awak tu orang senang mahupun orang kaya. Tapi UTAMAKANLAH MEREKA! Islam mengajar kita untuk memberi keutamaan pada mereka. Kerana redha Allah itu bergantung kepada redha keduanya. Malahan, tak akan rugi mereka yang mengutamakan ibu bapa. Ditambah berlipat ganda rezekinya dan dipermudahkan segala urusannya di dunia dan di akhirat sana! 


USAH DITIRU BUDAYA BARAT

Budaya mengagungkan kekasih ni adalah budaya barat. Nanie dah perhati lama di instagram, di pinterest dan segala macam channel media sosial lain. Budaya yang seolah-olah memperlihatkan hidup umpama pasangan suami isteri tapi hakikatnya belum sah. Pada Nanie tak perlu diikut budaya sebegini. Islam itu menekankan kepada kesederhanaan. 

Kalau iya pun kau sayang sangat pada seseorang jangan disanjung-dijunjung-diagung-agungkan sangat orang itu. Sebab apa? Segala pujian yang terbaik untuk seorang yang namanya manusia adalah pada junjungan besar Nabi kita. 


BAIK GUNA UNTUK MASA DEPAN 

Terus terang Nanie cakap, Nanie rasa celebration sebegitu sangat-sangat membazir. Kalau diikutkan pasangan ini bukan tahun ni je mereka celebrate surprise macam tu. Memang dah bertahun-tahun. Daripada kejutan hadiah iPhone 6, hadiah GoPro, dinner di hotel-hotel mewah dan pelbagai lagi yang semuanya boleh membuatkan orang lain seusia mereka cemburu. Lepas kes tu, berduyun-duyun 'adik-adik' lebih kurang mereka tag boyfriend masing-masing dan pasang impian nak berboypren seperti lelaki itu juga. Hek eleh.. gatalnya masing-masing aku tengok! 

Mungkin disebabkan mereka ini golomgan anak orang ada-ada, jadi mereka tak rasa jerih perih mencari duit. Apa lah sangat kalau tabur duit untuk satu malam kan. Kalau Nanie lah punya duit sebegitu, tak adanya nak dibazir pada benda tak berfaedah. Pada benda yang belum pasti dapat. Lebih baik digunakan untuk masa depan. Ye lah sapa je yang dapat teka masa depan kita? Dibuatnya esok lusa kita susah... siapa tahu? Siapa yang nak bantu? 


So, kesimpulannya... 


Tak payah disanjung kekasih yang belum pasti menjadi pasangan hidup kita tu. Sekarang senang mungkin dia ada. Esok lusa dia nampak yang lagi kaya... ditinggalkannya kita. Lebih mulia jika yang disanjung itu ibu bapa. Diberi segala nikmat dan bahagia. Mudah-mudahan berkat hidup selamanya! 

Walau apapun, kepada pasangan ini... Kakak doakan korang ada jodoh dan kekal hingga ke syurga. If ada apa-apa jangan mengungkit nak mintak wang semula ye! :) 


7 comments:

  1. Nasihat baik..baik berpada sebelun kawin supaya biase hidup biasa selepas kawin

    ReplyDelete
  2. Adakah keadaan sweet ini mampu dikekalkan sehingga ke jinjang pelamin mahupun ke Jannah? Bersederhanalah adik-adik.

    ReplyDelete
  3. Mmg banyak tgok skrg bdk2 muda macam2. Mcm dah jd trend

    ReplyDelete
  4. pelik kan anak2 mudasekarang ni.. entah apa dikejarkannya.

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum nanie.haiiii lama tak singgah sini. Sihat ke? Kita pun tak berapa kenan tengok benda ni viral. Acah sweet hahahha

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork