Wednesday, June 15, 2016

Review : THE FACE SHOP White Seed Brightening

Assalamualaikum semua

Selepas Nanie post entry berkaitan Beauty Workout bersama THE FACE SHOP tu, ada yang tak sabar rupanya ye nak tunggu review dari Nanie. Ye lah sebab THE FACE SHOP memberikan produk yang terbaik untuk kulit kita jadi cantik berseri dan cerah menawan! Jadi kali ni Nanie nak review this skincare line ok.




WHITE SEED BRIGHTENING merupakan penjagaan wajah yang terkini dari THE FACE SHOP. Sebagaimana kebiasaan, produk dari THE FACE SHOP ini memfokuskan untuk pencerahan wajah yang menjadikan kulit semakin sihat dalaman dan luaran. Ia menekankan 3 aspek mudah untuk menjadi cerah iaitu melalui :





1. Penjagaan tona warna kulit
2. Penjagaan fokus (Spot Care) 
3. Pencerahan sekata 


 THE FACE SHOP sentiasa menggunakan bahan-bahan semulajadi sebagai bahan asas dalam setiap produk mereka. Untuk White Seed Brightening line ini, dua bahan utama yang digunapakai :

1. White Lupine Seed
2. White Daisy


WHITE LUPINE SEED 



White Lupine Seed merupakan bahan yang mengandungi anti-oksidan yang tinggi. Bahan beranti oksida tinggi ini membantu mengekalkan keremajaan kulit. Selain itu, ia juga didapati mampu menghasilkan kolagen yang sangat diperlukan oleh kulit bagi mengekalkan keanjalan kulit wajah. Bukan itu sahaja, White Seed Lupine ini turut menjadi bahan yang dapat memberikan kelembapan kepada wajah agar wajah tidak menjadi kering dan seterusnya cerah secara semulajadi.

WHITE DAISY 



White Daisy mempunyai manfaat dalam penghasilan melanin. Melanin adalah sejenis perlindungan yang diperlukan oleh kulit daripada sinar UV yang terik dan panas. Ia juga menjadikan kulit wajah semakin cerah berseri apabila digunakan ke atas wajah. 


White Seed Brightening Line dari THE FACE SHOP menghasilkan 5 jenis product dibawah line ini. Kesemuanya adalah bagi menghasilkan dan mengekalkan keserian wajah disamping mencerah dan menjadikan kulit wajah bermaya serta cantik.



1. White Seed Brightening Exfoliating Foam Cleanser 
2. White Seed Brightening Toner 
3. White Seed Brightening Lotion 
4. White Seed Pure Vitamin Concentrate
5. Real Nature Face Mask (tambahan)


WHITE SEED BRIGHTENING LINE 




WHITE SEED BRIGHTENING EXFOLIATING FOAM CLEANSER 
(RM 51.83)

Pencuci wajah ini sangat bagus. Ianya turut mengandungi micro scrub yang berfungsi untuk membuang segala kotoran, lebihan minyak danb sel kulit mati yang ada di muka. Ianya tidak tajam tetapi teksturnya agak pekat. Kiranya kalau pakai sikit pun boleh cover seluruh muka. Micro Scrub yang ada dalam tu menjadikan kulit terasa sangat bersih selepas dicuci. 





WHITE SEED BRIGHTENING TONER 
(RM 97.41)

Toner ini sangat lembut apabila disapu pada wajah. Memberi lebih kebersihan dan cucian kepada wajah dan menyegarkan wajah daripada segala kelesuan. Bukan itu sahaja, ia turut memberikan kelembapan yang lama kepada kulit wajah. Toner juga akan melindungi kulit kita dari pencemaran dan sinaran UV. 



 WHITE SEED BRIGHTENING LOTION 
(RM 97.41)

Lotionnya pula befungsi dalam mengekalkan kelembapan kulit wajah. Teksturnya lebih pekat dari toner namun ianya sangat cepat meresap. Lotion White Seed Brightening ini juga akan mengembalikan dan menyeimbangkan penghasilan minyak daripada kulit agar kulit tidak mudah berjerawat. Kulit yang tidak berminyak akan menjadikan ia cerah sekata. 





WHITE SEED BRIGHTENING PURE VITAMIN CONCENTRATED 
(RM 66.67)

Yang ini lebih kepada Spot Corrector. Teksturnya sangat pekat kerana ia mengandungi concentrated vitamin C. Berfungsi merawat dark spot, melasma dan freckles secara fokus, ia mampu masuk sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam. 






WHITE SEED BRIGHTENING SERUM 
(RM 118.61) 

Serum dari THE FACE SHOP kali ini dikatakan 1000 kali lebih efektif dari Vitamin C. Bahan yang digunakan dalam serum ini adalah bahan aktif yang menjurus kepada pencerahan kulit. Ia bukan sekadar memberikan kecerahan semata-mata malahan menjadikan kulit glowing serta sihat. 


PENGALAMAN PERIBADI 

Secara peribadi Nanie sukakan White Seed Brightening dari THE FACE SHOP ni. Bukan sekadar ianya bagus untuk mencerahkan kulit wajah, ia juga tidak berminyak dan sangat mudah meresap. Nanie jugak sukakan baunya yang lembut ala-ala daisy dan sangat lembut rasa pipi dan wajah selepas gunakannya. Memang boleh rasa ia freshkan wajah, memberikan impak cerah dan terasa clean! 

Nanie memang nak recommend kepada pembaca Blog Coklateyes yang mahukan kulit semulus selebriti Korea dan cerah sempurna tu boleh lah gunakan White Seed Brightening line dari THE FACE SHOP ni. Paling best, semuanya adalah dari bahan semualajadi dan tiada sebaran bahan kimia yang boleh merosakkan kulit wajah kita. 


Untuk maklumat lanjut dan pembelian produk, boleh klik link di bawah : 

Facebook : 


3 comments:

  1. aaaaa baru ingat lepas raya nak try yang ni pulak ehehe thank u kak <3

    ReplyDelete
  2. Nak try tapi tak mampu lagi nak beli. Heheh. http://diarimommymuhaimin.blogspot.com/

    ReplyDelete
  3. Akak, dia ada jual dalam set tak. Kalau ada berapa rm?

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork