Sunday, June 5, 2016

REVIEW MAGNETICA PARFUM : Perfume Setanding Bauan Antarabangsa & Kekal Tahan Lama!

Assalamualaikum semua



Suka perfume? Sapa tak suka. Nanie paling "gila" dengan perfume. Kalau masuk Sephora tu, memang WAJIB pergi section perfume. Suka bau-bau. Lagi kalau yang baru, terus nak cuba bauan dia. Tapi... kadang-kadang bila dah suka bauan dia, suka semua... hmmmm harga pulak tercekik-cekik air liur wei. Kemain harga dia mahal. Ada sampai RM 500 sebotol. Ha... time tu lah, mula berkira-kira terus duit dalam akaun bank, dalam tabung ayam semua. Cukup ke tak nak survived hidup di KL. Kena fikir 30-40 kali. Dan selalunya... Nanie letak semula. Tak beli perfume yang mahal-mahal tu. Cuma, Nanie tetap nak rasa fresh, bau wangi-wangi, segar dan paling penting selesa dengan bau badan sendiri dan tak malu nak jumpa orang. 

Macam mana ye??? 

Kalau itu situasi yang dulu... sekarang Nanie dah tak payah pening-pening kepala. Tak perlu fikir sampai 30-40 kali kalau nak beli perfume yang wangi-wangi dan sedap-sedap bau dia. Nanie dah jumpa perfume yang memang terbaik, berkualiti & paling paling penting menjimatkan duit. 


Mari Nanie perkenalkan dengan satu jenama produk perfume tempatan yang dijamin 100% berbaloi dan best untuk dicuba. Ada beberapa sebab yang menjadikan Nanie pengguna setia Magnetica Parfum ni. 

5 SEBAB MAGNETICA PARFUM MENJADI PILIHAN NO.1 BLOG COKLATEYES

1. Harga sangat berpatutan (serendah RM 59 untuk 35 ml - kegunaan 6-8 minggu) 
2. Terjamin HALAL & boleh dibawa solat (produk muslim serta menggunakan minyak bidara)
3. Bauan yang kekal tahan lama (melebihi 3 hari di pakaian walaupun selepas dicuci) 
4. Bauan persis wangian jenama terkenal antarabangsa (99% inspirasi yang sama) 
5. Alternatif aromaterapi untuk merawat stress 




Magnetica Parfum telah lama berada di pasaran dan sememangnya memberi kepuasan kepada pengguna. Menampilkan dua jenis wangian Magnetica Parfum dengan pelbagai pilihan bauan persis minyak wangi terkenal jenama antarabangsa. Namun apa yang paling menarik ialah harganya sangat berpatutan dan bauannya tahan lama! 



Dua Jenis Wangian Pilihan Magnetica Parfum : 

1. Magnetica Parfum Premiere Signature (Him & Her) - RM 65.00 utk 35ml
2. Magnetica Parfum D'xio (Him & Her)- RM 59.00 utk 35ml


Bagi Magnetica Parfum Premiere Signature, ia adalah wangian ciptaan khas dan eksklusif dari Magnetica sendiri. Ia bukan diinspirasi dari bauan lain. Wangian ini memberikan satu sentuhan wangian yang sangat mewah, manis dan ekskluisif kepada pemakai. Antara pilihan yang ada : 

1. Magnetica Him
2. Magnetica Her
3. Whisper Wave (Unisex)
4. Curse!
5. Amor Chocletto (Unisex)
6. D'va Alive (Unisex) 

Manakala Magnetica Parfum D'xio adalah wangian yang diinspirasi dari wangian jenama terkenal dari luan negara. Antara bauan yang ada ; Guess, Estee Lauder, CK, YSL dan banyak lagi pilihan. Yang ini pun sedap & tahan lama bila dipakai. 



KELEBIHAN UTAMA MAGNETICA PARFUM

Berbeza dengan brand wangian tempatan yang lain, Magnetica Parfum memberikan sentuhan kelainan pada wangian mereka. Selain daripada menggunakan ekstrak bahan semulajadi, ia turut menggunakan PARFUM BOOSTER dalam setiap botol Magnetica ini.


PARFUM BOOSTER 

Satu ramuan eksklusif dari bahan natural yang membuatkan bauan wangian tahan lebih lama dan semakin banyak pergeseran yang kita lakukan, semakin wangi dan tahan lama. Teknologi ini adalah yang pertama digunakan dalam wangian jenama tempatan! 

Beberapa FUNGSI PARFUM BOOSTER

  • Bau wangian tahan lebih lama pada badan dan pada pakaian walaupun selepas dicuci. 
  • Bau wangian semakin naik apabila semakin banyak pergeseran dilakukan. 
  • Bau wangian Magnetica Parfum lebih dominan kepada perokok tegar bagi hilangkan bau rokok di badan mahupun pakaian. 
  • Bersifat aromaterapi dan boleh merawat stress serta gangguan makhluk halus (menggunakan minyak bidara) 

BAU TAHAN LAMA & SEMERBAK!

Seriously memang sedap dan tahan lama bau Magnetica Parfum ni. Nanie sendiri memang setiap hari gunakan ke pejabat. Memang kawan-kawan pejabat semua tegur. Pagi-pagi lagi dorang dah tahu bau Nanie. Siap main teka-teka lagi ni bau apa. Ada sorang tu, dia siap cakap dalam lif pun dia tahu yang Nanie baru lepas gunakan lif sebab bau harum semerbak! Hahaahaha..... 


PENGALAMAN ZUMBA & MAGNETICA PARFUM 

Hari tu di Facebook, Nanie ada share masa hari minggu Nanie ke zumba. Jadi awal pagi tu dalam pukul 10.30 pagi Nanie dah sembur perfume Magnetica Parfum Flora by Gucci. Than memang niat di hati nak try berapa lama dia tahan dan betul ke makin banyak gerak, makin bau harum kan. 

Kau tahulah zumba. Menari sakan Nanie. Memang berpeluh habis. Zumba tu habis dalam pukul 2 tengahari.... menakjubkan bauan Parfum Magnetica masih ada, masih segar dan menyegarkan. Jadi takde lah Nanie macam risau kalau nak balik naik lif ke nak singgah beli barang kat kedai ke. Sebab tau bauan Magnetica Parfum masih ada. 

Nanie sekarang dah ada 6 botol koleksi Nanie. Semuanya memang pilihan yang the best tau. Untuk Magnetica Parfume Premiere Signature, Nanie pilih Amor Chocoleto & Curse. Manakala Magentica Parfume D'xio Nanie ada Flora by Gucci, Jadore by Dior, Bombshell by Victoria Secret dan Pure Seduction by Victoria Secret. Bau dia memang 99% seperti bauan asal perfume tersebut tau. Setakat spray sepam dua tu, kalau lalu sebelah orang confirm sedap dan enak je bauan dia. Persis bauan perfume mahal kan.


Jangan tak tahu, Magnetica Parfum ni bukan sekadar pilihan untuk orang perempuan je tau. Orang lelaki pun boleh jugak. Ada je senarai wangian untuk orang lelaki. Boleh pilih nak bau apa je. Semua ada. Jap Nanie sharekan list bauan untuk lelaki dan perempuan ye. Boleh korang pilih-pilih. 


 List MAGNETICA  D'XEO HER
=======================
1-Burberry Weekend
2-Burberry Body
3-Amor Amor Cacharel
4-Ck Escape
5-CK Eternity
6- 212 Sexy
7- 212 woman
8- 212 VIP 
9- 212 VIP ROSE
10- Chanel no 5
11- Chanel Egoiste 
12-Chanel Allure
13-Chanel Coco
14-Chloe Narcisse
15-Christian Dior Midnight Poison
16-CD  Miss Dior Cherie Blooming
17-CD Jadore
18-Clinique Happy
19- Davidoff Echo
20- Davidoff Cool Water
21-D&G Light Blue
22-Dunhill Desire Blue
23-Dunhill Desire Red
24-Elizabeth Arden Pretty
25- Elizabeth Arden Untold
26- Elizabeth Arden True Love
27-Elizabeth Arden Green Tea
28-Escada Sunset Heat
29- Escada Pacific Paradise
30-Escada Rockin Rio
31-Escada Born In Paradise
32-Escada Joyful
33- Estee Lauder Beyond Paradise
34-Giorgio Armani Aqua Di Gio
35-Giorgio Armani Sensi
36-Givenchy Eau De Givenchy
37- Gucci Flora
38-Gucci Guilty
39-Hugo Woman
40- Issey Miyake L'Eau D' Issey
41-Jennifer Lopez Live
42-Kenzo Flower
43- Lady Gaga Lady Gaga
44- Lady Gaga Fame
45-Lancome Miracle So Magic
46-Lancome Miracle
47-Lolita Lempicka
48-Mont Blanc Individuell Femme
49-Nina Ricci Nina
50- Nina Ricci Ricci Ricci
51-Paco Rabbabe Lady Millions
52-Paris Hilton Can Can
53- Paris Hilton Heiress
54-Paris Hilton
55-Paris Hilton Siren
56-Ralph Lauren Romance
57-Salvarato Ferregamo Incanto Shine
58-Thierry Mugler Angel Woman
59-Tommy Hilfiger Dreaming
60- Versace Bright Crystal
61- Versace Blue Jeans
62- Versace White Jeans
63-Victoria's Secret BombShell
64- Victoria's Secret Scandalous
65- Vicotoria's Secret Love Spell
66-Victoria's Secret Amber Romance
67-Victoria's Secret Pure Seduction
68- YSL Cinema



 List MAGNETICA D'XEO HIM
=======================

1- Bvlgari Aqva Pour Homme
2- Bvlgari Extreme
3- Bvlgari Black
4- CK BE
5- CK Eternity
6- CK Free
7- CK Escape
8- 212 Men
9- Chanel Allure
10-Chanel Allure Homme Sport
11-Chanel Egoiste
12- CD Higher Energy
13- CD Dior Homme
14- Creed Silver Mountain
15- Davidoff Adventure
16- Davidoff Cool Water
17- Davidoff Echo
18- Davidoff Hot Water
19- Diesel Only The Brave
20- Dkny Be Delicous
21- D&G Classic
22- Dunhill Desire Blue
23- Dunhill Desire Red
24- Dunhill Desire Black
25- Dunhill  Pure
26- Dunhill Pursuit
27- Alfred Dunhill
28- Estee Lauder Beyond Paradise
29- Estee Lauder Pleasure For Men
30- Etienne Aigner Blue Emotion
31- Fendi Fan di Fendi
32- Giorgio Armani Aqua De Gio
33- Giorgio Armani Black Code
34- Gucci Pour Homme 11
35- Gucci Guilty
36- Guy Laroche Drakkar Noir
37- Hugo Boss Hugo
38- Hugo Boss Boss in Motion
39- Hugo Boss Boss
40- Issey Miyake L'Eau D'Issey
41- Jean Paul Gaultier Le Male
42- Joop! JOOP! HOME
43- Mont Blanc Individuell
44- Mont Blanc Starwalker
44- Mont Blanc Legend
45- Paco Rabbane 1 Millions
46- Paco Rabbane Invictus
47- Ralph Lauren Polo Black
48- Ralph Lauren Polo Sport
49- Ralph Lauren Ralph
50- Sean John I Am King
51- Sean John UNFORGIVABLE
52- Shiseido Ambre Sultan
53- Thierry Mugler Angel Men
54- Versace Blue Jeans
55- Versace Eros
56- Viktor & Rolf Antidote
57- YSL live Jazz
58 - AMOUAGE REFLECTION



Nanie rasa dalam situasi kegawatan ekonomi sekarang, mana yang boleh kita berjimat kita cubalah berjimat. Mana yang perlu didahulukan, kita jadikan sebagai prioriti dan untuk perfume ni Nanie rasa ianya adalah salah satu alternatif bijak untuk memilih perfume tempatan yang mempunyai kualiti setanding antarabangsa ni. 

HARGA :

MAGNETICA PARFUM PREMIERE SIGNATURE 
RM 65 / botol (35ml) 

MAGNETICA PARFUM D'XIO FOR HIM/HER
RM 59 / botol (35ml) 

FACEBOOK : 

DISKAUN KHAS BUAT PEMBACA BLOG COKLATEYES 

Buat pembaca blog Nanie dan sempena Ramadhan serta Syawal ni, kalau korang berminat nak beli Magnetica Parfum ni boleh beli dengan Nanie tau. Ecewah! Betul. Serious, korang boleh order melalui Nanie dan Nanie.....

NAK BAGI DISKAUN RM 10 
& FREE 1 botol miniature (bernilai RM 19)
kepada 5 pembaca bertuah 
yang order 
2 BOTOL MAGNETICA PARFUM D'XIO. 

Syarat-syaratnya : 

WHATSAPP "PERFUME" ke 014-9658519 


*tertakluk pada syarat dan terma. Tawaran sah sehingga 20 Jun 2016. 


4 comments:

  1. wahhhhhhhhhhhh best nyer dik oiii ! nak kene beli 1 cuba ;)

    ReplyDelete
  2. macam best je ni, hehe, kita pun dah addict kumpul perfume :p

    ReplyDelete
  3. Wow! Harga mampu milik...
    Suka suka suka...
    Ada less lg..

    ReplyDelete
  4. Wow! Harga mampu milik...
    Suka suka suka...
    Ada less lg..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork