Sunday, June 12, 2016

THE FACE SHOP BLOGGER BEAUTY WORKOUT

Assalamualaikum semua


Kira-kira dua minggu lepas, sebelum bulan Ramadhan Nanie dijemput oleh THE FACE SHOP untuk satu event TFS Beauty Work Out. Masa tu mengikut itinerary, Nanie kena berzumba! Wah.. first time ni Nanie nak berzumba. Ada lah tengok dekat You Tube & FB pasal orang berzumba tapi memang zero pasal step dia apa semua. Yang tahu dia ala-ala menari gitu! 

Atas cabaran kepada diri sendiri, Nanie pun beranikan diri join THE FACE SHOP untuk berzumba. Nervous memang nervous! Tapi wat lek wat pis! Lokasinya adalah True Fitness, Jaya 33. Nanie datang cewah lengkap dengan pakaian sukan. Lama tak merasa macam budak sekolah nak pergi kelas PJ. Hehehehe. 

haaaa... amek kau semua bersepah step zumba! 

Basically, TFS Beauty Work Out ni nak bagi kelainan sikit pada event blogger. Mula-mula sampai tu, tak lama ada seorang gym instructor datang dan terus kami menari zumba. Seronok jugaklah walaupun step Nanie ke laut ke longkang semua. Hahahah. Hamek kau, muka melekit, peluh jantan semua keluar ye! Ada lah dalam 45 - 1 jam jugak berzumba non-stop. Lenguh woh kaki semua. Lelemak kebahagiaan semua bergegar jatuh ke bumi. 


Nanie ingatkan setakat zumba je... selepas tu rupanya kami ada sesi Yoga. Fuh.. yang yoga ni paling best. Memang relaks habis lah. Suka betul Nanie. Tapi sebelum beryoga... kami semua kena cuci muka & freshkan muka dengan rangkaian terkini THE FACE SHOP iaitu White Seed Skincare Line





WHITE SEED BRIGHTENING SKINCARE LINE

THE FACE SHOP White Seed Brightening Line ni menggunakan formulasi White Lupine Seed & White Daisy sebagai bahan utamanya. Gabungan keduanya mengandungi Niancinamide iaitu sejenis agent pencerahan semulajadi yang boleh menjadikan kulit cerah sempurna dengan cantik. Malahan ia juga turut mengandungi Vitamin C yang diyakini memberi banyak kebaikan kepada kecantikan kulit wajah. 

Gabungan ketiga-tiga produk ni dan dengan 3 langkah mudah akan menjadikan kulit wajah kita bukan sekadar sihat dari dalaman malahan termasuk luaran juga. Ia akan mengembalikan keserian wajah dan menjadikan kulit rasa segar, cerah dan betul-betul bersih


Beauty Instructor dari THE FACE SHOP terangkan pada kami semua bagaimana nak dapatkan kulit yang segar, sihat dan glowing dengan penggunaan White Seed Brightening Skincare Line ni. Untuk range terkini ni, THE FACE SHOP memberikan :

1. White Seed Brightening Serum 
2. White Seed Brigtening Toner 
3. White Seed Brightening Lotion 

Tak tahu kenapa Nanie menganga wei! Hahahah.

Walaupun lepas balik tu kaki dah mula rasa kejang-kejang, tapi seronok dan rasa badan makin segar. Nanie enjoy betul TFS Blogger Beauty Workout ni. Seronok sebab semua suka pada kecantikan dan kesihatan. Dan paling penting bila semua dapat try White Seed Brightening Skincare Line dari THE FACE SHOP.



Insya Allah, Nanie akan review White Seed Brightening Skincare Line ni dalam masa terdekat ok. Nanie dah gunakan almost a week plus dan kesannya....tak boleh cerita dulu! Korang kena stay tune dengan entry Nanie yang seterusnya ok! :) Terima kasih THE FACE SHOP. 



FACEBOOK : 

INSTAGRAM : 




3 comments:

  1. Wahhh.. kemaen gembira lagi masing2 berzumba yee..

    ReplyDelete
  2. oh, ada dapat 1 kotak white seed tu eh? kita xde lak. dapat serum je. hehe

    ReplyDelete
  3. Sambil berzumba dapat test produk baru faceshop wowww...rasa mcm nak pi melekat dekat kedai face shop je nanie hehe...best kan zumba

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork