Wednesday, July 13, 2016

#BCEBERAYA | Sederhana Tetap Meriah!

Assalamualaikum semua

Raya dah seminggu dah! Seronok kemain semua orang kan. Gembira nampaknya tu. Alhamdulillah, raya Nanie sederhana tapi meriah. Rumah Nanie memang tak putus-putus orang datang. Maklumlah bila rumah ada orang tua kan, memang jadi tumpuan. Ayah Nanie anak bongsu. So keluarga abang-kakaknya dah beranak pinak, bercucu cicit semua. Jadi sekali datang tak kurang 30 orang. Memang penuh hall rumah tu. Siap kena tukar shift lagi. Gilir-gilir makan kat dapur, makan kuih dan sembang-sembang. 

Semua saudara mara datang dan menziarah ayah dan mak Nanie. Macam-macam cerita lah kami borakkan. Nanie dan adik beradik pulak biasanya kena bertugas di dapur nak siapkan makanan dan juadah semua. Raya ni, macam-macam menu yang dimasak. Sempat buat Nasi Briyani Kambing, Ketupat, Lontong, Rendang Daging, Ayam Masak Merah, Laksa Johor, Mee Goreng semua ada. Ikut rezeki lah sapa datang hari tu. Biasanya memang kami masak banyak sekali. 











Ni semua sebahagian dari keluarga besar sebelah ayah. Memang ramai tau. Raya pertama je Nanie anggarkan lebih kurang 100-150 orang datang rumah. Berturut sampai raya ke-5. Setiap hari tetamu balik lebih kurang pukul 12.30 malam. Fuh, memang ngantuk dan penat. Raya ke-6 barulah kami dapat gerak ke rumah saudara mara. Tapi atas kesihatan ayah yang tak mengizinkan, kami beraya rumah saudara terdekat je. Ayah tak boleh duduk lama-lama dalam kereta sebab kaki ayah bengkak. 

Nanie pun tahun ni hanya beli sepasang je baju raya dan dua pasang kasut. Raya ke-6 tu lah baru pakai. Selama kat rumah, pakai je baju apa yang ada. Sebab tahu, confirm berpeluh basah baju semua. Orang memang ramai datang menziarah ayah! Alhamdulillah.... 

Nanie jugak bersyukur, ada kawan-kawan yang datang berziarah ayah. Boleh dikatakan hampir semua kawan- kawan Nanie memang mak ayah kenal. Jadi mereka tak kekok lah dengan keluarga Nanie. Terima kasih banyak-banyak pada kawan yang sudi berziarah kan. 



Selasa lepas, Nanie dah balik semula ke KL. Bila dah balik KL, raya macam dah slow down sikit lah. Kalau ada undangan rumah terbuka, Insya Allah ada masa kalau tak ada apa-apa Nanie akan hadiri. Lepas ni mesti ramai yang kahwin, tunang semua kan. Biasalah musim raya! 

Sempena Aidilfitri, Nanie memohon ampun dan maaf zahir dan batin kepada semua pembaca Blog Coklateyes. Terima kasih kerana sentiasa memberikan sokongan kepada blog picisan Nanie ni. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. 



4 comments:

  1. Best nyer raya awak dik ! family besar kawan-kawan ramaii..seronok nyer ! ;)

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Kak Nanie! lama betul rasanya tak komen singgah sini. hehe

    ReplyDelete
  3. sangat meriah raya kalau sedara mara beramai-ramai datang kan.barulah raya :)

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork