Monday, July 18, 2016

Makeup & Rumah Terbuka Aidilfitri

Assalamualaikum semua

Hari minggu lepas, Nanie tak adalah busy sangat. Biasalah dalam musim raya, Nanie ada terima beberapa jemputan rumah terbuka. Antaranya rumah boss Nanie, Pn Amiza & En. Zafry. Bila boss buat open house, WAJIB pergi lah kan. Mana tahu dapat duit raya lebih kan. Heheh! Alhamdulillah sedap makanan semua. Lepas pergi rumah boss, ke Bangi pulak open house rumah kak Pija, housemate lama.







Nanie makeup biasa je for Open House. Nak nampak sweet-sweet gitu. Nampak tak? ke memang dah sweet? Hahahahaha

Hari Ahad pulak, Kak Chik Ella ada jemput ke rumah terbukanya... tapi Nanie tak dapat pergi sebab kereta takde. Akak bawak untuk urusan dia. So Nanie duduk rumah je lah sepanjang hari di hari minggu. Heaven ok! Dapat rehat, tengok You tube, kemas bilik semua. Phew! 


Nanie semalam rajinkan tangan kemas semua barang makeup. Semua boxes Nanie susun elok-elok tepi meja. Sayang sangat nak buang. Boleh jadi makeup boxes kan. Product yang belum guna, Nanie simpan dalam kotak tu. Nanti nak cari senang. 



Nanie jugak dah lama beli lipstick holder dari seller di Carousell. Nanie beli dua terus. Dah alang-alang mengemas, Nanie bubuh je lah semua collection lipstick yang ada. Korek balik semua handbag. Sebab dalam setiap handbag Nanie, paling kurang mesti ada 3-5 lipstick. Hahahahah. So women! 

Sebelum raya hari tu, Nanie menyopping kat Sephora. Orang lain shopping baju raya apa semua, Nanie dok beli barang kat Sephora. Amenda lah! Kihkihkih. Takdelah, sometimes dia rasa macam nak reward diri sendiri kan. Than makeup served me better! Cis! Dasar nak shopping makeup, cakap je lah. 

Makanya, Nanie terbeli 3 barang : 
1. Urban Decay De-Slick Makeup Setteing Spray Oil Control 
2. Too Faced Lash Injection Volume Mascara 
3. Stila Spirit Pallete Eye Shadow

Welcome to the family, babies! Sayang nak guna woi. Nanti Nanie review. Insya Allah. The pallete is so beautiful ok! :) 




Cuma sebelah malam je, kawan baik Nanie Arif ajak jumpa. Kebetulan dia baru habis kelas di UM. Jadi terus kami plan nak jumpa. Masa raya dia tak balik Kluang. Beraya di KL. Orang kolumpo katanya. Hahahaha. Kiteorang jumpa terus ke KLCC. 


Jumpa Arif ni memang tak boleh sekejap. Ada je cerita. Yelah, kami kawan dari zaman SPM lagi. Dia ni berdarah campur Philippines, Cina, Melayu, Thailand entah apa lagi. Macam satu Asia Tenggara ada keturunan dia. Nanie pernah terpisah dari dia lebih kurang 5-6 tahun jugaklah. Jumpa balik melalui FB Dayang Deno. Sebab Deno & Arif ni sama-sama doodlers. 

Rasa-rasa dah sampai KLCC kami makan je ke??? Nanie cakap dengan Arif nak masuk Sephora. Haaa kau, geram Nanie tengok collection Kat Von D ye. Haih sabar duit sabar! Nanie tak belek pun sebab takut nanti mengigau sampai tidur. Hahahah. Pandang sekali jalan je. Dan akhirnya Nanie kecundang juga. Masuk Sephora & Guardian, setel beli barang makeup. Tulah, sapa suruh bawak lalu depan Sephora. 

Nanie nampak Wiida Ribbon review Revlon HD Ultra Matte tu rasa geram. Terus sambar dua ketul. Teringat pulak si Izzati XOXO tweet pasal Maybelline Micellar Water which is a lot of good reviews for it, nanie pun beli. Again, Insya Allah akan direview. Urban Decay tu dua-dua Nanie nak try. Yang UD Vitamin Infused Complexion Prep Spray tu tak silap baru lagi. Kita cuba nanti ok! 

Hari minggu memang seronok kan. Dapat buat banyak benda. Dapat uruskan rumah tangga... ehhh ehhhh hahahahah belum ada tangga. Rumah je ada. Insya Allah doakan yang baik-baik. Moga Nanie jumpa jodoh lah ye. 

Raya-raya ni, ada jugak sepupu sepapat & makcik-makcik yang bagi tembakan padu sedas dua berkaitan 'bila nak kahwin'. Walaupun pedas, tapi masih sabar. Bukan apa, kita ni hormat orang tua. Kang kalau jawab lelebih, makin lari pulak jodoh. 

Doakan lah yang baik-baik ok! 


10 comments:

  1. wah banyak nya make up. akak tak suka beli make up, tapi suka juga kalau ada orang nak make up kan. hahahaha.

    ReplyDelete
  2. Wah..teruja nyer akak tengok koleksi alat mekap nanie..dah makin bertambah tu..lg besar laa space diperlukan..hehehe

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya nanie.. mey lah jalan rumah kitew kat rawang ni.. :)

    ReplyDelete
  4. amboi...sonok tengok set make-up akk..haha

    ReplyDelete
  5. dah memang sweet tu..jeles tau Nanie banyak barang make up.

    ReplyDelete
  6. kau pakai kamera apa weh. Cantik betul gambo

    ReplyDelete
  7. bestnya tengok nanie. PG hampeh. makeup cuma ada foundation sebijik. lipstik sebiji. hahaha.

    ReplyDelete
  8. Terkesima jap tgk barang makeup. Meriahhhhh :)

    ReplyDelete
  9. I pon suka barang cosmetics juga and eventually I beli dari
    online shop jerk. maybe you can try usha juga barang cosmetics kat situ.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork