Thursday, July 28, 2016

The Difference Maker : Kisah Dari Seorang Anak Perempuan

Assalamualaikum semua

"The Difference Maker." Saat pertama kali Nanie dapat tugasan kolaborasi untuk ketengahkan artikel berkaitan The Difference Maker ni, Nanie tertanya-tanya...layak ke Nanie untuk gelaran The Difference Maker ni? Atau secara lebih mendalam maksudnya adalah "Yang Melakukan Perubahan & Memberi Inspirasi".

Nanie sahut cabaran yang diberikan. Dalam lipatan sejarah Nanie, ada sesuatu yang Nanie percaya sesiapa sahaja yang mendengar kisah Nanie ni...Insya Allah akan terinspirasi. Bukan untuk riak, sombong atau untuk membangga diri... tapi ambillah yang baiknya. Jadikan sebagai satu sumber kekuatan dikala diri lemah. Nanie yakin, setiap satu dari kita ini ada kekuatan tersendiri. 

Dan... ini kisah Nanie.






2010 YANG GETIR

Tahun 2010, Ayah Nanie diserang strok. Bila keadaan sebegitu, Nanie yang tiga beradik kesemuanya perempuan ni dan ketika tu masih belajar di universiti merasa hilang arah. Secara jujur, Nanie rasa patah semangat. Ayah adalah segalanya buat kami sekeluarga. Ayah yang mencari rezeki, menjadi sumber inspirasi dan juga menjadi hero kebanggaan kami. Tapi, langit tak selalu cerah. Disember 2010 ayah diserang strok di masjid dan menyebabkan ayah lumpuh separuh badan. 

Betul, ketika itu ada saudara mara yang membantu menguruskan serba sedikit kehidupan Nanie, mak dan adik beradik tapi sampai bila harus bergantung pada orang lain? Mereka juga ada urusan tersendiri kan. Ketika itu, Nanie baru setahun dapat lesen memandu. Masih belum mahir. Masih takut-takut. Tapi sekali lagi, Nanie tanya pada diri Nanie... sampai bila nak mengharap orang???



PERLU BERUBAH

Nanie perlu berubah! Nanie tanamkan semangat baru. Nanie tahu ini adalah stepping stone buat Nanie dan keluarga untuk menyusun atur semula kehidupan kami. Life Must Go On! Nanie beranikan diri. Dalam kepala berdoa moga Allah permudah segala urusan, lindungi kami sekeluarga dan berikan bantuan. Tak mudah ye untuk kita menjadi kuat. Dengan pelajaran, dengan tugasan, kepala sentiasa ingat mak dan ayah. Pantang nampak telefon berdering terus je kepala fikir bukan-bukan. Nauzubillah. Takut belum bersedia menerima berita buruk. 

Alhamdulillah, kawan-kawan juga banyak membantu. Terutama dari segi moral support. Bagi kata-kata perangsang supaya Nanie dan keluarga kuat.  Terngiang-ngiang kata-kata Faiz, kawan baik Nanie - 

"Cepat atau lambat, kita semua pasti akan kehilangan orang yang paling kita sayang. Orang yang paling kita harapkan.  Tapi tak kan kita nak menangis? Bangun & cari jalan!" 

Yes! Cari jalan. Jangan mudah mengalah. Nanie belajar & mahirkan bawak kereta dengan Akim. Gigih ni petang-petang lepas habis kelas, belajar drive pusing KL. Nak mahirkan segera supaya lepas ni mak & ayah nak kemana sahaja Nanie boleh bawak. Genap seminggu mahirkan diri, terus Nanie bawak kereta Naza Ria yang besar tu setiap hari untuk bawa ayah ke pusat terapi. Nanie dan mak papah ayah masukkan ke kereta, mandikan, pakaikan baju, dan segala benda kami buat bersama.


ANAK PEREMPUAN TAK BOLEH JAGA MAK AYAH! 

Nanie ambil alih segala tugasan di rumah. Tak rugi rasanya dulu-dulu ayah dah pernah ajar Nanie untuk bayar bil, beli barang dapur sendiri, buat itu dan ini.. rupanya ini hikmahnya. Nanie boleh berdikari dan uruskan segalanya sendiri! Sampaikan claim insurans ayah pun Nanie turun naik seorang diri! 

Pernah sekali, ketika di hospital ada seorang makcik menegur Nanie "Anak-anak perempuan semuanya??? Macam mana nak uruskan ayah? Nanti dah kahwin mesti tinggalkan keluarga juga!" Nanie tak berdiam diri. Nanie menjawab... "Insya Allah makcik saya dan adik beradik saya bukan macam tu. Mak & ayah kami didik kami dengan baik dan dengan penuh kasih sayang. Mana mungkin bila mereka susah kami tinggalkan. Pucuk pangkalnya adalah hati!" Terus makcik tu diam tersipu malu. 

Ada juga kawan ayah yang selalu berkata "Tulah Pin, kau tak ada anak lelaki, kalau tak boleh tolong mandikan kau... uruskan kau semua! Aku ada anak lelaki!" Allahuakbar... mengucap panjang Nanie dalam hati tatkala dengar perbualan ringkas begitu dari seorang pakcik yang dah bergelar haji. Masih ada lagi rupanya sisa Jahiliah dalam masyarakat kita. Apa ingat anak perempuan tak boleh mandikan ayah? Tak kuat nak uruskan ayah? 

Semasa di Hospital Sultanah Aminah JB, Staff Nurse panggil kami tiga beradik. Bagitau yang kami tak boleh malu lagi untuk uruskan ayah. Dia adalah ayah kami. Kena bantu dia! Dan Alhamdulillah memang Nanie serta adik beradik tak pernah kekok untuk uruskan ayah. Mandikan, pakaikan baju, ambilkan wudhuk, potongkan kuku, siap bercukur lagi kami buatkan untuk ayah! 

SEMANGAT POSITIF BUAT AYAH

Genap 3 bulan ayah terlantar di rumah dan selepas beratus kali berulang alik ke pusat terapi, ayah dapat berjalan semula dengan bantuan tongkat. Tapi tangan dan kaki ayah masih bengkak dan tidak dapat dikawal sepenuhnya. Kami sekeluarga tak pernah putus asa. Sekuat mana semangat ayah, sekuat itulah semangat Nanie, mak dan adik beradik. Kami sentiasa berikan ayah semangat positif supaya ayah tidak merasa tertekan akibat kekurangan dirinya kini. 



DAN SETELAH 6 TAHUN....


Hari ni, dah hampir 6 tahun dari momen sedih itu. Kesihatan ayah semakin baik cuma biasalah bila orang tua ni, kadang manjanya lebih! Dengan anak-anak ada je yang dia nak cari pasal. Tapi takpe... kami semua faham. Kalau kita pun mesti stress kan. Dulu sihat, boleh bergerak sana sini tapi sekarang tak boleh buat apa. Hanya dirumah, tengok tv dan membaca. Nanie memang tak benarkan ayah memandu. Sebab kaki ayah bengkak. Bahaya! 

Dari zaman belajar hingga kini, Nanie sentiasa berulang alik KL-Johor setiap dua minggu. Penat? Mestilah. Tipu kalau tak penat. Lagi-lagi dengan kekangan masa dan event Nanie. Tapi tak kan lah semua tu kita nak jadikan alasan untuk tidak menjenguk mak dan ayah di kampung. Allah! Itu syurga kita tu. Sesibuk  mana pun Nanie, Nanie sentiasa utamakan mak ayah. 




BERKAT DARI PERUBAHAN 

Berbakti pada mak ayah tak akan pernah merugikan kita. Seriously! Nanie dah rasa sendiri macam mana manisnya bila kita ikhlas menabur budi pada mereka berdua. Nanie sentiasa pesan pada kawan-kawan Nanie untuk utamakan mak ayah. Dalam keadaan apa, merajuk macam mana sekali pun jangan sekali abaikan tanggungjawab pada mereka. Jenguk orang tua tu di rumah.



Nikmatnya bila kita buat baik pada mak ayah tu terbalas dengan doa dan redha mereka. Itu yang memang kita perlukan. Redha dan doa mereka sentiasa mengiringi kita. Doa merekalah pembuka jalan bagi rezeki kita. Allah membalas budi seorang anak yang berbakti dengan ibu bapanya melalui cara tersendiri. Urusan dipermudah, rezeki diperluas dan adakala ia melebihi apa yang kita jangkakan! 

Itulah nama keberkatan! 

Pada kawan-kawan Nanie yang mungkin sekarang sedang diuji, yang sedang menjaga ayah ibu, yang sedang penat lelah bersengkang mata dan kudrat untuk mereka... jangan mengeluh. Tak kiralah anak lelaki atau anak perempuan, peranan kita semua sama. Ingatlah apa yang kita lakukan hari ini dengan mak ayah kita adalah apa yang anak-anak kita bakal lakukan pada kita esok lusa. Berbuatlah baik pada ibu bapa, jadikan tauladan yang bagus di hadapan semua.

Diri kita sendiri perlu berubah. Perlu melakukan satu perubahan yang besar. Dari segi mental dan emosi. Bila kita hilang harapan, diri kita perlu menjadi kuat. Tanamkan semangat dan azam yang berkobar untuk mengubah apa yang orang lain kata anda tak mampu buat. Buktikan bahawa tiada halangan yang dapat membantutkan semangat anda. Susah atau senang, lalui dengan tabah. 

Cerita Nanie ini hanya sekadar sedikit sahaja bingkisan dari ujian yang kami sekeluarga lalui. Nanie tahu di luar sana ramai yang melalui ujian yang lebih getir. Namun sekali lagi Nanie pesan, jadikanlah ia sekadar satu pedoman. Satu sumber semangat. Sama-samalah kita menjadi inspirasi antara satu sama lain agar kita semua menjadi anak yang soleh dan solehah. Amin! 



#DifferenceMaker #ButterflyMsia 






9 comments:

  1. Bertuah nanie masih punya ayah dan sempat berbakti dekat dia. Sempat balas jasa dia.. Dkna, pada usia 13 tahun dah kehilangan ayah. Rindu pelukan ayah.. Tahniah nanie jadi anak yang terbaik untuk keluarga.

    ReplyDelete
  2. Kita diuji benda yang sama..mak akak pun jatuh sakit..tahun ni kami langsung x beraya..kalau nak fikir cakap2 orang mmg kami adik beradik jatuh tersungkur...tp kami bangun..bangun hadapi dugaan...

    ReplyDelete
  3. Subahanallah, how touching and such an inspirational post Nannie. Alhamdulillah alisha belum lalui lagi pengalaman sebegini, tapi jika Allah ingin menguji alisha, In Shaa Allah alisha akan cuba buat sedaya upaya. The closest experience is bila mak mertua alisha kena admit kat hospital. Suami alisha dua beradik je, dua2 pun lelaki, alhamdulillah sbb diorang berniaga sendiri, so xde masalah utk ambil cuti, selang seli diorang jaga mama diorang, satu pagi, satu malam. Kitorang anak mertua x dapat nak jaga, sbb budak2 masih kecik lagi, tapi jadi tukang masak utk kirim ke hospital. Alhamdulillah lepas 4-5 hari mak mertua dah discharge.

    Tapi dr dulu alisha dah ada mind set kena berdikari. Sbb alisha ada satu makcik yg selalu pesan 'go and learn driving, don't be like me. I have to take public transport to go anywhere.' So dia selalu push us girls to be independent. Nak pergi mana2 senang, ada apa2 emergency boleh drive sendiri... X payah nak susah kan orang lain klu mampu. So thank you again for sharing your experience. In Shaa Allah may Allah reward you for taking care of your parents when they need you the most. Ameen.

    ReplyDelete
  4. Tahniah dan moga terus menjadi anak yg solehah
    X semua mampu buat sebegitu

    ReplyDelete
  5. good sharing akak! ter-menitik tanpa sengaja..:')

    ReplyDelete
  6. Betul tu awak....Eirna sentiasa sokong awak di belakang..Don't give up...Eirna juga cuba buat yang terbaik utk orang tua dan adik beradik.Tolong yang termampu walaupun dah ada keluarga sendiri.

    ReplyDelete
  7. Fatin...satu perkara yg peanut pegang, ada best friend mak peanut cakap.. berbakti pada mak ayah ni, u',ll never know what Allah has plan for u.. yes,bukan dari segi duit yg kita nak, bayangkn mcamana Allah pelihara perjalanan kita selama kita ulang alik rumah, peanut every weekend balik kluang.. drive sorang2 since dari zaman blajar lagi..and bersyukur sbab ada hikmahnya kita single lagi..Allah nk bagi peluang berbakti pd mak ayah dlu.. semoga kita terus diberi kekuatan, peluang dan rezeki utk berbakti pd family..

    ReplyDelete
  8. Wahai sahabat baikku.Aku jadi saksi kisah hidup kau.aku sbg sahabat kau tersangat kagum dgn perubahan diri kau.Secara ikhlas,Allah tunjukkan dgn mata kepala aku sendiri bagaimana rezeki kau mencurah2 selepas kejadian ayah kau jatuh sakit bila kau byk berjasa kpd mak ayah kau.Hipotesisnya semakin banyak kita berjasa kpd mak ayah semakin banyak pintu rezeki yg terbuka untuk kita.Aku bangga dgn kau.Jangan peduli dgn stigma masyarakat jahiliah itu.Yang penting Allah,Mak Ayah,adik beradik dan sahabat karib kau tahu diri kau siapa.Sentiasa ingat tangan kau mampu merubah kehidupan kau menjadi yang terbaik.TAHNIAH FATIN.-alkym vyette-

    ReplyDelete
  9. Tahniah Nanie, sangat berINSPIRASI.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork