Thursday, August 18, 2016

5 Aspek Yang Jadikan Nissan Almera Pilihan Hati

Assalamualaikum  semua

Tak tahu nak describe macam mana perasaannya. Syukur sangat-sangat atas segala nikmat yang diberikan Allah pada Nanie. Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan. 4 Ogos 2016 yang lepas, Nanie tambah 'baby' baru. Hehehehe.



Actually to be honest memang takde niat pun nak tambah 'baby' ni. Cuma kebetulan hari tu lepas raya jalan-jalan kat Mid Valley ada nampak road show Nissan. Dalam hati memang Nanie ada aim untuk HRV tapi booking fee dia agak tinggi iaitu around RM 300- RM 500 and sekiranya tak jadi, tak boleh refund. Tu yang Nanie fikir semula. Kebetulannya, untuk Nissan booking fee hanya RM 100 dan sekiranya tak jadi boleh refund. Jadi we go for value!





Nanie tak pernah aim pun Nissan Almera. So selepas booking tu, barulah buat research sikit-sikit. Sepanjang Nanie buat research tu beberapa kriteria yang Nanie titik beratkan :

1. Keselesaan 
2. Sesuai untuk long distance driving 
3. Penjimatan dari segi minyak
4. Maintenance & Services 
5. Security 

Kriteria ni menjadi priority Nanie sebelum beli kereta. Priority ini adalah berbeza-beza mengikut individu ye. Macam Nanie, Nanie kan dua minggu sekali balik ke Johor jadi memang Nanie perlukan kereta yang bagus untuk long distance driving dan menjimatkan minyak.




SELEPAS 2 MINGGU

Nanie bukan bertujuan nak review ke apa, sekadar berkongsi je lah ye. Mana tahu boleh jadi rujukan untuk korang yang kebetulan sedang mencari kereta juga.

Untuk kereta Nanie, Nanie ambil yang Full Spec + NISMO Body Kit (worth RM 4.6k ++). Masa mula-mula nampak macam tak lawa je Almera ni. Tapi lama-lama lepas ada body kit dan spoiler, it looks a bit sporty. And I love it so much!

Keselesaan & Long Distance Drive 

Almera ni masih sama macam sedan biasa. Ruang dalam je boleh Nanie katakan selesa dan luas lah. Hari tu balik Johor, Nanie bawak mak, ayah, adik dan makcik naik sekali untuk ke Batu Pahat masih selesa. Ruang kakinya juga luas. Sebab ayah Nanie kan besar, jadi dia perlukan ruang kaki yang besar dan selesa. Bila ruang duduk dan kaki selesa, untuk long distance driving jadi selesa juga.

Penjimatan Minyak 

So far setakat hari ini Nanie memang berpuas hati dengan kereta Nissan Almera ni. Nanie balik Johor pun nampak gayanya menjimatkan minyak. Full tank dalam RM 70 macam tu and balik Johor hanya guna separuh tank sahaja. As long as acceleration tu maintain. Tak speed up sangat. Around 100-120 km/j. And full tank boleh pergi Kluag - KL + 3-4 hari lagi in town driving (Bangsar - Setapak).


Maintenance & Service

Nissan tak menyediakan Free Services seperti pengeluar kereta tempatan. Namun yang Nanie tahu ianya berpatutan dan bersesuaian. Baru hari tu Nanie service untuk 1000km pertama. Bayarannya RM 173.60. Pada Nanie masih relevan lah sebab ianya imported car. Nanie service di Nissan Service Centre Jalan Genting Klang. Selain tu di PJ pun ada satu dan di Kluang Johor pun ada.


Security 

In terms of security, Nissan Almera dilengkapi dengan anti-theft security dan auto lock door yang sangat sesuai untuk orang perempuan. Especially Nanie di KL dan ke hulu ke hilir sorang diri. Jadi keselamatan memang perlu diutamakan. Nanie rasa senang hati sangat bila ada security yang auto lock door tu sebab tak perlu ke kedai untuk buat tambahan kan. Tapi Nanie tetap tambah satu lagi security yang lock enjin dari dalam. So far untuk kereta Myvvi pun Nanie pasang. Nanti ada masa Nanie review serba sikit. Nanie pasang di Kluang. Lebih mudah dan murah!

Nissan Almera now with LED DRLs in M’sia, all grades Image #471478


Selain tu, Nanie pun suka Almera punya day light. Nampak mengancam sangat. Day light ni memang tak boleh off. So bila memandu tiba-tiba masuk ke kawasan gelap macam terowong ke apa, terus terang.













Seperkara yang Nanie suka lagi pasal Almera ni, bonet dia besar sangat! Seriously! So kalau family tu memang untung lah. Nanie sendiri rasa kalau Nanie masuk dalam tu pun muat. Hehehehehe. Senang bonet besar, sumbat je segala macam benda kan. Nak balik kampung pun senang. 


Untuk tinted, lock, carpet dan window visor Nanie pasang di Kluang. Kalau di KL, tinted je harga RM 1200 for Almera tapi di Kluang, Nanie dapat all item tu dengan harga lebih kurang RM 1100 je. Berbaloi, murah, pantas dan memang tip top pemasangannya. Tinted pun Nanie pilih dengan kualiti yang bagus. Kedai tu namanya Poly Sound Tint Shop ada di Taman Intan, Kluang. Ayah Nanie memang kenal Uncle Lim, pemilik kedai ni. Dari kereta ayah, kereta along sampai ke kereta Nanie semua buat disini. Recommended!!! 



Beberapa aspek yang Nanie rasa kureng sikit pada Almera : 

1. Sewaktu nak on air-cond untuk permulaan, ada bunyi sedikit kuat. Tapi tu masa pertama kali on air cond selepas enjin start. Lepas dari tu tak bunyi lagi. 

2. Bahagian side pemandu, takde cermin makeup! Oh no!!! Untuk Nanie, rasa sedih sat sebab susah nak touch up makeup atau lipstick ok! 

3. Cermin pandang belakangnya sangat kecik! Nanie kena tambah cermin yang lebih besar dan luas. 

4. Bahagian USB Power diletakkan di tempat passenger. Jadi kalau Nanie drive sorang, kena siap-siap letak USB Cable di situ sebab a bit jauh nak capai. 

5. Tali keledarnya tak boleh dilaraskan mengikut ketinggian kita. Stay kat situ je. 

6. Reverse & security alarm dia super super sensitive. A bit bising lah walaupun jarak masih jauh. Dan kalau tak pakai tali pinggang keledar, dia punya annoying ye bunyi. Nyaring! But again, tu semua keselamatan! 


Last but not least, Nanie happy sangat dengan pilihan ni. And dulu kereta pertama ayah pun Nissan Sunny. Memang tahan lasak, tahan pakai dan selesa. Walaupun bayaran bulana agak tinggi, tapi Insya Allah berbaloi dan puas hati untuk jangka masa panjang. 


Syukur Alhamdulillah atas segala nikmat dan rezeki yang Allah berikan melalui blog dan melalui kerjaya Nanie. Insya Allah Nanie akan berusaha lebih keras lagi untuk step forward dalam kehidupan Nanie. Macam-macam yang Nanie target and Nanie juga berdoa agar kita semua dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki. 

Amin. 

*** Info : Interest rate sekarang tengah turun. Nanie dapat 2.84% melalui Public Islamic Bank. Kalau nak beli kereta, time ni agak cun jugak lah. Monthly Nanie di bawah expectation. 




*sumber gambar : CarBase.my







12 comments:

  1. Nice specs! Yeap, kereta ni juga menjadi idaman kakak saya. Hehehe. Suka sangat dengan Nissan :)

    ReplyDelete
  2. wahh keta baru.. takper asalkan tak kena panas hujan ;)

    ReplyDelete
  3. Memang selesa sangat.My sister pun pakai juga Almera ni.First model punya.Kebetulan dia bersaiz besar.Kereta tu memang sesuai utk dia...Tak sempit.Nampak mewah....

    ReplyDelete
  4. errr akak pulak terberkenan dgn almera nie!!

    ReplyDelete
  5. menarik je almera ni..ruang bonet tu paling penting..best!!

    ReplyDelete
  6. Syukur alhamdulillah Innanie dah ada kereta baru. Husband alisha pun beli kereta ni tapi xde lah ambil nismo semua. Most important comfort, especially utk family kita yg ada 5 orang.. Paling suka leg room,sbb klu travel outstation mmg important. Yg boot pun sama... Alisha punya luggage yg besar pun boleh letak mengiring dan sandarkan ke bahagian belakang, lepas tu baru letak beg2 lain. Klu outstation selalu ya duduk belakang dgn anak2 sekali. Maklum lah diorang mesti tido dalam perjalanan. So kita letak beg2 kat bahagian kaki, lepas tu lapik dgn toto... Dua2 boleh tido straight mcm tu. Hahaha dah over excited pulak alisha explain. But alhamdulillah it's definitely a good buy, service diorang pun tip top.

    ReplyDelete
  7. almera mmg best.. kwn saye guna almera jgk.. tp saye xmmpu.. hihi..

    ReplyDelete
  8. Luas belakang but almer ani ye wahhhh syoknya nak tumpang nanie pi jenjalan hahahha
    tahniah dik!

    ReplyDelete
  9. syukur alhamdulillah nanie..memang masa nak beli kereta kena tengok banyak aspek. Lagi-lagi kita perempuan. Nad pun tengah bercadang nak beli kereta juga. Doakan ye.

    ReplyDelete
  10. Bestnya dapat kereta best! Happy for you Nanie :)

    ReplyDelete
  11. salam,
    Installment dia brapa ye?
    sy pun ngah usha2 hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. this one sy punya around RM 800 commitment monthly

      Delete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork