Tuesday, August 23, 2016

Althea Turns #1 : Wishes & Pre-Celebration Surprise!

Assalamualaikum semua


Sana sini Nanie tengok semua orang post mengenai Althea Birthday Party kan! Yes!! Yes!! I am super duper excited for this! Memang besar-besaran Althea meraikan peminatnya di Malaysia. Tahniah Althea telah setahun bertapak di Malaysia dan kini semakin meluaskan kuasanya di serata Asia seperti Thailand, Singapore, Indonesia dan terkini di Pilliphina! Tahniah!


Bersempena dengan Birthday #AltheaTurns1 ni kan, tambah best bila Althea yang bagi hadiah pada kami semua tau!!! Ya Allah kau tahu lah, Althea tu dah lah memang syorrrrrgaaaaa untuk peminat K-Beauty... jadi Nanie memang rambang mata sat nak pilih mana satu tau hadiah nak diisi dalam kotak pink special mereka!!! But before that, meh Nanie kasi hadiah nyanyi happy birthday dulu untuk Althea! Walaupun suara tak sedap, tapi boleh lah nak bagi meriah!




Excited sangat tau bila kotak pink ni menjengah pintu. Dari jauh je dah bikin hati kembang berbunga-bunga. Untuk pengetahuan korang, ini adalah kotak Althea Nanie yang 12!!! Tudiaaa memang banyak kan. Nanie memang recommend sangat sapa-sapa yang suka K-Beauty product untuk beli di Althea.


Sebelum terlupa, sempena birthday AltheaTurns1 ni, kotak pink ni pun special design tau. Comel dan sweet je. Nanie boleh percaya, semua akan simpan kotak Althea yang pink comel ni sampai bila-bila. Tak sampai hati lah nak buang! Kotak ni juga datang dengan belon pink dan DIY Birthday Hat! So cute ok! 








Nak tengok apa pilihan Nanie? Memang banyak! Kan Nanie cakap, Nanie rambang mata. Sebab semua best-best. Dengan harga yang berpatutan, barangan yang original dan berkualiti. Mana nak dapat kan!




Antara pilihan Nanie kali ni : 

1. Banila.co  V-V Bouncing Cushion 
2. Banila.co It Radiant CC Cushion 
3. I am Sorry I'm Just Cleansing Water
4. Etude House Precious Mineral Any Cushion *Repurchased!* 
5. Witch's Pouch CC Corrector Cream 
6. 3CE Shimmer Stick 
7. W.Lab Blush Face Stick 
8. W.Lab Pure Peeling Gel 
9. Innisfree Jeju Sparkling Mineral Lotion 
10. It's My Brush 
11. Natural Republic Botanical Concealer 
12. Witch's Pouch Easy Drawing Gel Eye Drawer 
13. CFC Argan Glow Hair Oil 



Haaaa hamek kau!!! Banyak kan??? Macam Nanie cakap, sekali beli memang puas hati! Nanie selalu suggest pada kawan-kawan, kalau nak shopping K-Beauty tak yah fikir panjang. Pegi je beli kat Althea tu ha... 


Nanie akan share lagi suasana kemeriahan Althea Birthday Celebration & Party k. Sumpah best sebab environment yang serba pink. So girly!!! Nanie kasi teaser lah sikit ye!!! Mesti korang yang suka pink tu boleh meroyan tengok Althea Parrrrrrtyyyyyy!!! 




Facebook : 

Website : 

Instagram : 


2 comments:

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork