Friday, August 26, 2016

TIPS ELAK MUFLIS DI USIA MUDA : URUS KREDIT DENGAN BIJAK!

Assalamualaikum semua

Gambar Hiasan 


Musim perayaan yang lepas, segala persiapan memang Nanie buat di KL. Korang boleh agaklah kan, kalau dah nama di KL tu... mak ai memang banyak betul diskaun sana sini... lelong, offer sampai 70-80%, belum masuk happy hour lagi tu. Kadang-kadang harga yang ditawarkan memang tak masuk akal. Rasa macam nak borong semua je. Sebab tahu, hari lain confirm tak dapat harga macam tu. Tapi.... ingat... beraya, beraya jugak. Berbelanja ikut kemampuan. Jangan over budget! 

Alhamdulillah, Nanie sambut raya dengan cukup bersederhana. Nanie beli apa yang patut, mana yang penting. Tak nak keterlaluan. Bukan apa, Nanie tak nak terlebih spending, tak nak nanti esok lusa berikat perut sebab nak bayar kad kredit etc. Beli memang seronok tapi nak membayar balik tu, kena displin yang kuat tau!





BELAJAR DARI PENGALAMAN 

Nanie banyak belajar dari pengalaman. To be honest, Nanie pernah uruskan keluarga terdekat Nanie yang bermasalah dengan hutang piutang kredit kad. Bila kita nampak betapa payahnya menguruskan kad kredit yang over spending, secara tak langsung kita jadi beringat. Banyak prosedur dan proses yang perlu diselesaikan. 

Apabila seseorang over spending melalui kad kredit dan gagal untuk membayar semula, pihak bank berhak untuk mendapatkan perintah mahkamah untuk mengisytiharkan seseorang sebagai bankrap. Jika seseorang diisytihar bankrap, segala hartanya akan diserahkan kepada pentadbir harta di Jabatan Insolvensi malahan ia turut mengganggu pekerjaannya. Dia boleh dibuang kerja  dan digugurkan dari jawatan yang disandang.




PERSEPSI NEGATIF 


Disebabkan Nanie melihat & belajar sendiri selok belok dalam "melepaskan" diri dari masalah hutang kredit kad, secara tak langsung Nanie dah ada satu persepsi negatif mengenai penggunaan kad kredit. Sepanjang usia 27 tahun ni, Nanie memang tak apply sebarang kredit kad. Rasa takut tak boleh kawal diri bila kad di tangan. Kang tak pasal je, gaji sebulan habis! Mati! 


BAGAIMANA MENCEGAH KEBANKRAPAN? 

Terbaru, Nanie ada hadiri satu event bersama RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI). RAMCI adalah sebuah agensi terkemuka di Malaysia yang berperanan dalam mengeluarkan laporan kredit (credit report) kita. Menurut kajian yang mereka lakukan, sebanyak 64% rakyat Malaysia tidak pernah melihat laporan kredit mereka. Hanya 28% sahaja yang telah melihatnya. Ini menunjukkan rakyat Malaysia masih lagi di paras tidak menyedari kepentingan laporan kredit ini sedangkan di negara-negara maju, laporan kredit banyak membantu dalam kehidupan mereka. Terutama dalam melindungi kepentingan kewangan kita. 


APA ITU LAPORAN KREDIT & KEPENTINGANNYA? 
Contoh Laporan Kredit yang dikeluarkan RAMCI 

RAMCI PERSONAL CREDIT REPORT  adalah satu laporan lengkap yang memberikan pelbagai informasi mengenai kredit / hutang kita bersama semua agensi. Ia sangat mudah untuk dibaca dan difahami serta memberikan maklumat yang tepat, telus dan berkredibiliti. 

Antara kandungan Laporan Kredit : 

- Informasi perbankan (CCRIS) 
- i-Score (Credit Score) 
- ANGKASA (SPGA)
- PTPTN 
- Trade Reference
- Litigation History
- Enquiries Made on You

Secara mudahnya, Laporan Kredit adalah satu laporan yang menunjukkan hutang piutang kita dengan semua agensi. Termasuk juga history pembayaran kita. Contohnya macam Nanie, ada hutang PTPTN, kereta dan rumah. So dalam laporan tu, akan tunjukkan berapa hutang kita, berapa monthly payment kita dan background pembayaran kita. Setiap bulan bayar dengan baik atau tak. Atau macam mana. 

Mungkin korang akan rasa, "Ish! Tak best lah orang tahu sejarah hutang piutang kita!". Don't worry!!! Semuanya terjamin selamat dan laporan ni dilindungi serta bersifat privasi. Kalau korang tahu apa kegunaan & kelebihan yang boleh laporan kredit ni beri, mesti korang suka. Nanie cerita satu per satu.


MANFAAT LAPORAN KREDIT 

1. Sebagai persiapan bagi pelaburan yang besar 
- Dengan adanya laporan kredit, kita sendiri dapat menilai kemampuan dan kelayakan kita untuk sebarang pelaburan besar yang lain di masa hadapan. Contohnya kita dalam perancangan membeli rumah. Jadi bagi mengelakkan sebarang risiko dari komitmen yang tinggi,  maka kita perlu berusaha untuk mengurangkan bebanan hutang lain terlebih dahulu. 


2. Menjadi  semakan kepada institusi kewangan 
- Institusi kewangan akan menilai laporan kredit kita bagi kelulusan untuk loan, pinjaman dan sebagainya. Malahan laporan kredit juga digunapakai dalam penentuan kadar interest. 


3. Melindungi dari penipuan dalam perkongsian perniagaan
- Sekiranya kita bercadang untuk menjalankan bisnes secara perkongsian, kita boleh menyemak kredibiliti hutang piutang bakal partner kita sebelum perniagaan dijalankan. Ini membolehkan kita sendiri menilai, adakah bisnes partner kita mempunyai kewangan yang kukuh sebelum berbisnes. Namun, untuk menyemak laporan kredit orang lain, pihak RAMCI akan memaklumkan dan mendapatkan persetujuan empunya diri terlebih dahulu. Mereka tak akan keluarkan report sekiranya tuan punya badan tak beri kebenaran. 


4. Menjadi penanda aras kadar kredit persendirian 
- Daripada laporan yang diberikan, ini secara tidak langsung membuatkan kita semakin sedar akan kepentingan pembayaran mengikut masa yang ditetapkan dalam mencantikkan credit history kita. Kita juga akan lebih berhati-hati untuk memohon kad kredit. Mohonlah kad kredit secara bijak dan apabila memerlukan. Penggunaan kad kredit yang tidak terkawal boleh menyebabkan bebanan bayaran dan komiten bulanan yang tinggi. Jadi Nanie sarankan mohonlah kad kredit secara berhemah ye!




LEBIH MUDAH DENGAN i-Score


Di RAMCI, ada perkara yang lebih mudah dalam semakan kredit report. Mereka ada i-Score. i-Score adalah credit score yang mengambil kira segala keperluan dalam credit report kita. Kredit skor sentiasa berubah-ubah mengikut kepada kredit dan komitmen kita. i-Score ditunjukkan dalam bentuk skala 1-10. Skala 10 adalah yang terbaik dan semakin rendah risiko dalam mendapat kelulusan pemberian kredit.

5 ASPEK DALAM i-Score 

1. Payment History (bayaran bulanan & bayaran balik)
2. Legal History Trace (tuntutan mahkamah) 
3. Length of credit history (tempoh bayaran balik) 
4. Credit limit utilization (pengurusan had kredit) 
5. New credit applications (permohonan kredit yang terbaru)



TIPS UNTUK MENINGKATKAN i-Score 

-  Kerap menyemak kredit report dan bayar segala bill mengikut masa yang ditetapkan
-  Elakkan dari overdue accounrs dan tindakan undang-undang
-  Uruskan baki kredit dengan baik 
-  Hanyya apply new credit sekiranya diperlukan. Bukan mengikut kehendak
- Sentiasa mengemaskini baki semasa dan bertanggungjawab serta berdispilin dalam membuat       pembayaran balik. 


BAGAIMANA NAK DAPATKAN LAPORAN KREDIT? 


Senang je! Korang boleh dapatkan laporan kredit secara offline iaitu dengan datang sendiri ke pejabat RAMCI atau melalui online juga. Asalkan disertakan dengan beberapa dokumen pengenalan diri yang sah. Sekali lagi, Nanie nak pesan... jangan bimbang. RAMCI adalah syarikat yang dipercayai dan berdaftar selama lebih 25 tahun untuk laporan kredit. Segala data dan maklumat peribadi adalah TERJAMIN SELAMAT! 

Dengan bayaran sebanyak RM 25 setahun, korang boleh terima dua laporan setiap 6 bulan dari RAMCI. Mereka akan berikan laporan tersebut secara terperinci dan boleh juga memberikan advice yang terbaik dalam menguruskan kredit. Para pegawai RAMCI akan bersedia memberi khidmat nasihat yang terbaik bagi membantu anda menguruskan & mengurangkan risiko bebanan hutang.


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT



PENDAPAT PERIBADI

Selepas Nanie diberi pendedahan berkenaan pengurusan kredit ni, Nanie rasa lebih yakin dengan diri sendiri. Kad kredit bukan semata-mata untuk berhutang. Ia lebih kepada pengurusan kredit yang bagus dan berkualiti. Ada banyak cara untuk kita kekal berdisplin dan mengelakkan dari risiko muflis. 

Sebagai orang muda, Nanie sangat-sangat sarankan semua untuk sedar akan kepentingan pengurusan kredit yang baik dan efektif. Dalam keadaan ekonomi yang mencabar hari ni, pengurusan kredit adalah sangat penting supaya kita tidak tertindas, dan tidak terbeban dengan hutang piutang yang tinggi dan berisiko. 

Segala kredit tidak kira melalui pinjaman, kad kredit, perniagaan mahupun hire puchase serta loan bank perlu diurus dengan bijak. Sekiranya korang terperangkap dalam masalah kredit yang boleh menjadikan korang muflis, segeralah dapatkan bantuan dan nasihat dari pihak yang sewajarnya. Ini dapat menyelamatkan masa depan anda! Mulakan kesedaran pengurusan kredit dari hari ini. Jangan ambil mudah! 


NAK DAPATKAN LAPORAN KREDIT PERCUMA???

Korang nak dapatkan Laporan Kredit PERCUMA tak? Kalau nak, ni Nanie ada buat game sikit. Join ok!!!
  1.  Baca & Fahamkan entry ini
  2.  Share entry ini di Facebook anda & tag @Innanie Ariffin  pada sharing tersebut.
  3.  10 orang terawal yang share di FB akan Nanie hubungi dan dapat FREE Laporan Kredit dari RAMCI
  4.  Anda akan dapat CODE yang boleh digunakan untuk  dapatkan laporan kredit korang ye! Nanie akan emailkan  korang code tersebut. 


Maklumat lanjut berkaitan RAMCI : 

RAM Credit Information Sdn Bhd
No. 17-9 & 19-9, 9th Floor, 
The Boulevard, Mid Valley City, 
Lingkaran Syed Putra, Kuala Lumpur. 

Website: 
www.mycreditinfo.com.my

Tel :

4 comments:

  1. kad kredit kalau bijak guna takpaa.. risau salah guna je.. huhuhu.. husna paling takut dgn hutang.. husna masih belajar jd buat masa skarang hanya terikat dgn hutang ptptn shj.. itupon dah terlalu bnyak rasanya.. terima kasih atas info nya kak nanie..;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama sama adik.. biasalah hutang ni kena pandai kawal. Akak pun kalau nampak makeup semua akak dah fuh fuh fuh! ketaqqqqq

      Delete
  2. First time baca your blog. Sangat membantu n byk info baru yg saya pelajari. TQ

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you so much Ziera! :) hope u come again ya! moga banyak manfaatnya!

      Delete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork