Friday, September 2, 2016

Althea Turns 1 : The Birthday Pink Party

Assalamualaikum semua

Seriously tau, sampai sekarang masih terasa lagi Althea Birthday Celebration yang diraikan baru-baru ini. Bila Nanie melangkah masuk ke RUANG, Subang Jaya serba serbi bewarna pink menambahkan mood untuk Pink Party yang comel dan buat orang geram semacam!


Outfit of the day, Nanie hanya sarungkan dress abaya sempena Hari Raya Aidilfitri lepas yang kebetulannya warna pink rose. Kena tema dah. Tudung pulak Nanie pakai pastel green bluewish. Dan Nanie sarungkan sekali dokoh warna keemasan sebagai pelengkap gaya. Walaupun tak ala korean, tapi sekurang-kuranya nampak comel kan? Hahahaha. Baik cakap comel! 














Kemeriahan Party Pink #AltheaTurns1 memang terasa. Semua yang datang lengkap mengenakan warna pink sepersalinan. Masing-masing Nanie tengok comel-comel. Tambah pulak, dengan bebearapa seksyen makanan yang lazat dan menyelerakan. Memang cun! Tahniah Team Althea kerana berjaya menaikkan suasana. Memang terasa kami semua comel hari tu! Heheheh. 


Pelbagai aktiviti yang diaturkan. Antara yang paling best mestilah kami semua diberikan RM 150 shopping credit untuk bershopping time tu jugak! Haaa kau rasa. Tak berpeluh kiteorang? Nervous ok. Masa yang diberikan adalah 30 minit je. So nak tak nak kena setelkan cepat. Time tu muka semua orang serius ok. Yang data dah tinggal ciput mahupun data lembap - confirm akan terkeluar sedikit carutan. 


Bila bercakap mengenai Althea, ini Nanie nak perkenalkan Mr.Frank. He is the founder of Althea Korea. The Korean guys yang suka duduk Malaysia dan suka makan nasi lemak. Nanie dah 2-3 kali jugak jumpa beliau sebelum ni. Nanie salute dengannya sebab di usia muda berani untuk buat bisnes e-commerce sebegini. Bukan sekadar di Malaysia je, tapi turut berada di Indonesia, Singapore dan Phillipines. Hebat kan? 




Kami semua ramai-ramai nyanyikan lagu Happy Birthday buat Althea. Lepas tu nak nyanyi dalam Korea tapi Nanie tak tahu. Memang fail disitu ye. Hahahaha. Kami enjoy dan happy bila Mr.Frank turut menyanyi lagu soprano yang sangat menyentuh hati. Auch! Suara dia sedap ok. Jangan main-main!





Apalah ertinya birthday party tanpa game kan. Birthday party mestilah kena ada game. Di kawasan pentas tu, ada  banyak belon pink tau. Tak sangka pulak Nanie di setiap belon tu ada hadiah misteri menanti. Kami kena berebut belon yang ada di situ dan letupkannya. Apa lagi, yang takut belon memang mencicit lari lah. Bunyi letupan belon tu memang meriah tau. Semua buat takut-takut-berani je. Nasib baik Nanie ada pin brooch. Senang nak pecahkan! 





Nampak tak hadiah yang kami dapat tu? Excited ye. Nanti hadiah tu perlu diredeem sebelum balik. Alhamdulillah Nanie dpat It's My Cushion Case Set. Comel. Warna pink pastel. Boleh bubuh CC Cream sendiri. Senang nak bawak pi mana-mana kan. Nanie kan pengumpul CC & BB Cushion. I love it so much. 




Last but not least, tiga pemenang untuk Best Dress telah dipilih. Gaya dipilih mestilah bercirikan Korea latest fashion ataupun tradisional Korean Outfit. Tahniah pada pemenang. Baju Rane Chin memang cantik sebab ala-ala Korean Hambok tu, Dahlah dia memang cantik kan. Tahniah!



The Winner, Rane Chin
Di Althea Party tu jugak Nanie ambil kesempatan untuk berjumpa dengan rakan-rakan. Rindu dengan semua blogger yang ada disitu. Ada yang jarang jumpa, so bila jumpa haaa kau haruslah berceloteh tak berhenti. Ada jugak yang first time Nanie jumpa. Nanie kan senang tegur orang. So, jangan malu-malu ok kalau nampak Nanie di mana-mana majlis. Insya Allah Nanie boleh mesra dengan cepat. 













Dear Althea, 

Happy birthday. On your special day, I wish you good luck.
 I hope this wonderful day will fill up your heart with joy and blessings. 
Have a fantastic birthday, celebrate the happiness on every day of your life.

Chaiyok #TeamAlthea

Congratulations! 


Facebook : 

Website : 

Instagram : 



4 comments:

  1. Ya ALLLAH ni lah event best akak rase..hehehe...best nyer la haiiii..dah la semua pink!!

    ReplyDelete
  2. You are so comel dear! I wish I was there... everything looked so pretty & meriah! :D

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork