Friday, September 2, 2016

Cara Ganti MyKad Secara Online

Assalamualaikum semua



Cara Ganti MyKad Secara Online | Ramai yang tak tahu bahawa urusan pertukaran MyKad boleh dibuat secara online. Haaaa ye ke? Iye lah awak. Kita dah buat. Baru je ni ha. Senang dan mudah. Pantas dan menjimatkan. Untuk orang yang macam Nanie ni, yang busy entah buat apa je pun... masa itu sememangnya emas. Tak adanya Nanie nak bersenang lenang menggoyang kaki woi. Tak cukup waktu adalah!




Pertukaran kad pengenalan secara online hanya untuk 4 jenis penggantian je :

  • Gantian kad rosak - bayaran RM 10 
  • Gantian cip rosak - bayaran RM 10 
  • Gantian biasa (Naik taraf cip) - PERCUMA 
  • Gantian disebabkan kehilangan - mengikut jadual denda dibawah

*** TIPS : Sekiranya kad pengenalan korang hilang disebabkan kecurian, ragut dan jenayah, korang perlu kemukakan laporan polis terlebih dahulu bagi mengurangkan / mengecualikan kadar denda. Ingat dalam laporan polis mestilah berkaitan dengan kes jenayah bukan tercicir atau kecuaian.


Macam kes Nanie adalah disebabkan cip rosak. Cip kad pengenalan Nanie tak boleh nak baca langsung. Pergi ke bank nak bukak akaun pun tak lepas. Cip memang dah calar balar. Hahahah! Nanie terus ke laman web Jabatan Pendaftaran Negara --- KLIK SINI KE WEBSITE JPN--- memang macam-macam perkhidmatan secara online yang mereka sediakan. Bagus betul. Memudahkan orang ramai kan. Langkah- langkah penggantian kad pengenalan sangat mudah & pantas. 


1. Ke laman web JPN ---- http://www.jpn.gov.my/ dan pilih tab "Dalam Talian". Klik "Mohon Gantian Bagi MyKad anda" 






2. Buka akaun dengan memasukkan details dan verify melalui email























3.   Klik "Ganti MyKad : Klik Di Sini" di bahagian atas kanan 






4. Isikan details sebagaimana dalam kad pengenalan
5. Pilih jenis penggantian & pilih lokasi pungutan kad pengenalan




6. Buat pembayaran melalui kad kredit secara online 


7. Setelah pembayaran berjaya, klik "Rekod Transaksi" dan cetak resit untuk kutipan nanti 



8. Setelah print resit, tengok pada bahagian peringatan & buat confirmation untuk tarikh kutipan 



Nampak tak??? Senang dan mudah kan. Sekarang ni semua nak kena pantas dan cepat. Bila ada service dalam talian sebegini memang menjimatkan masa sangat-sangat. Oh sebelum Nanie terlupa, Jabatan Pendaftaran Negara akan gunakan semua data seperti alamat kita yang sedia ada dalam rekod mereka. Sekiranya nak tukar alamat mahupun nak tukar gambar, korang kena pergi JPN sendiri dan prosedurnya adalah berbeza ye.

So, sekarang Nanie dalam proses menunggu. Tak silap kad pengenalan akan ready in 2 weeks time. Once dah siap, Nanie kena kutip di JPN yang Nanie pilih dalam form tu. Insya Allah moga semua dipermudahkan.


Maklumat lanjut :

Website Jabatan Pendaftaran Negara :

Facebook JPN :

Twitter :

Waktu Operasi :


5 comments:

  1. Salam Jumaat…Sally singgah ni haaa~

    wahhh! skrg semua dah boleh buat online..tak sabar nak tgk renew passport online macam mana

    ReplyDelete
  2. Puan,
    Jika boleh bantu untuk promosi #jumpaic untuk kegunaan di semua media sosial. Inisiatif ini adalah untuk membantu orang menjumpai semula kad pengenalan jika tercicir.
    Maklumat lanjut ada di FB/Twitter dan Instagram KIK Mercu

    Terima Kasih

    ReplyDelete
  3. oo dah baca kalau nak tukar gambar kene ke sanaaaaa ;) tq dik!

    ReplyDelete
  4. Bagus dah ada sistem online. Takde lah sesak kat Office kan

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork