Thursday, September 29, 2016

Kencing Manis : Jenis Risiko & Cara Rawatan Awal

Assalamualaikum semua

sumber : Google 

Penyakit diabetes atau kencing manis bukan perkara baru untuk kita semua. Malahan ia seolah-olah dah jadi biasa di dengar. Ada juga terms yang kata ia adalah penyakit 3 serangkai iaitu kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Mendengarkan kepada ketiga-tiga nama tu, dah cukup buat Nanie gerun dan takut. 

Jangan korang tak tahu ye, sekarang ni penyakit kencing manis atau diabetes bukan sekadar menyerang orang tua sahaja, kajian menunjukkan seawal usia 20-an lagi penyakit diabetes ni boleh menyerang. Diabetes yang menyerang ini adalah diabetes jenis II yang terjadi ekoran kegagalan badan kita menghasilkan insulin semulajadi yang berfungsi untuk mengawal glukos darah agar kekal normal. 




Jenis Diabetes 

Image result for type 1 and type 2 diabetes
Sumber Gambar : http://www.bbc.co.uk/science/0/21704103

Diabetes ada dua jenis. Sebelum ni Nanie sendiri confuse macam mana nak bezakan kedua-dua jenis diabetes ni. Tapi setelah Nanie lakukan sedikit pembacaan, ini yang Nanie boleh sharekan. Menurut American Diabetes Association,  Type I lebih kepada tubuh badan kita yang tidak menghasilkan sebarang insulin. Manakala Type II adalah kegagalan sel untuk menggunakan insulin dengan sepenuhnya yang menyebabkan glukos tidak dapat diserap ke dalam badan dengan efektif. Pesakit yang mengalami diabetes Type I adalah 10% manakala 90% adalah Type II. Kajian  dari National Health and Morbidity Survey 2015 Sheet, anggaran 3.5 juta orang dewasa di Malaysia mengalami diabetes Type II dengan menggunakan insulin. 

Image result for type 1 and type 2 diabetes
Sumber gambar : http://eschooltoday.com/diabetes/types-of-diabetes.html

Description: Macintosh HD:Users:sarasabri:Downloads:phototake_rm_illustration_of_insulin_absorption.jpg

DIABETES MENYERANG & MEMUSNAHKAN SEL BADAN? 

Menurut Dr. Khalib Abd Latiff dalam rencananya di Utusan Malaysia sempena Hari Diabetes Sedunia pada 2015, diabetes mula mengancam manusia selepas paras glukos adalah tinggi dalam jangka masa yang lama dan berpanjangan. Sejumlah sel, tisu dan organ-organ yang sensitif akan mengalami kerosakan akibat kesan toksik yang disebabkan oleh glukos. Antara organ yang paling sensitif dan mudah rosak adalah seperti buah pinggang, mata, kulit dan sistem reproduktif. Nauzubillah! 
Sumber Gambar : Berita Harian - 16 June 2013

BAGAIMANA DIABETES MENGGANGGU RUTIN HARIAN? 

Minggu lepas Nanie balik Johor, kebetulan jumpa salah seorang pakcik Nanie. Namanya Cik Lan. Dia adalah penghidap diabetes Type II sejak tahun 2002. Cik Lan sekarang berusia 60 tahun. Maknanya dia menghidap diabetes sekitar usia 45 tahun macam tu. Nanie pun berbual dan bertanya pada Cik Lan mengenai diabetes yang dialaminya. Sebab sekarang ni, dah boleh kata dia di tahap yang agak membimbangkan sebab kena suntik insulin sendiri. 

Menurut Cik Lan, sejarah keluarganya ada diabetes. Jadi selain daripada faktor usia, faktor keluarga dan genetik juga main peranan. Beberapa simptom awal diabetes sebagaimana yang diberitahu oleh Kementerian Kesihatan Malaysia adalah : 

  • Kerap dahaga dan sering minum air
  • Badan terasa lemah dan lesu 
  • Kaki rasa mencucuk-cucuk dan bisa
  • Ada rasa pening kepala
  • Penglihatan sedikit kabur 
  • Kerap membuang air kecil 
  • Berat badan susut secara drastik 
  • Kebas pada tangan dan kaki 


Cik Lan kata, ada masa bila dia lebih bekerja, badannya akan menggigil dan berpeluh. Berkemungkinan kerana hilang tenaga & tenaga tidak diganti semula akibat glukos tidak diserap secara baik oleh badan. Sekarang ni Cik Lan kena suntik insulin sejak tahun 2014 untuk membantu badan menyerap glukos. Nanie tanya pada Cik Lan, selain insulin apa lagi ubatan yang dia ambil? 

Cik Lan bagitau Nanie yang dia memang kerap berjumpa doktor untuk pemeriksaan paras gulanya. Malahan segala ubat doktor dan kawalan makanannya juga dia lakukan dengan baik. Cuma Cik Lan mengadu dengan Nanie sebab dia perlu makan ubat sebanyak 3 kali sehari dan suntik Insulin 2 kali sehari untuk kekalkan paras normal glukos. Jadi dekat situ dia macam leceh dan sentiasa kena bergantung pada ubat. Kalau dia terskip sekali, memang paras gula akan naik dan membahayakan kesihatannya. 


RAWATAN TERKINI UNTUK DIABETES


Terkini, syukur Alhamdulillah AstraZeneca Sdn Bhd telah melancarkan satu jenis tablet untuk merawat diabetes type II iaitu Tablet xigduo™  XR yang hanya perlu diambil sekali sehari sahaja. Ubat tablet ini dapat membantu dalam mengurangkan tahap glukos dalam darah serta mempromosi kawalan awal glisemik bagi penyakit diabetes Type II ini. 

Rawatan dari tablet xigduo™  ini perlu disesuaikan dengan mengamalkan diet yang berkhasiat, gaya hidup yang sihat dan kekerapan aktiviti fizikal dan mengikut tempoh rawatan. Menurut Professor Dr. Chan Siew Pheng, Perunding Senior Endokrinologi, penyakit diabetes Type II perlu dirawat di peringkat awal dan secara intensif agar ia tidak melarat. 



Bagi Professor Mark E.Cooper, Timbalan Direktor dan Ketua Pegawai Saintifik Institut Jantung & Diabetes Baker IDI, Australia pula memberitahu bahawa pesakit diabetes Type II terpaksa mengambil pelbagai ubatan dalam dos yang kerap setiap hari. Dengan terapi kombinasi sekali sehari seperti xigduo™  XR, pesakit akan ada cara yang lebih mudah untuk kawal penyakit ini. 

xigduo™ XR boleh didapati dengan tiga dos berbeza mengikut keperluan pesakit : 


  • xigduo™  XR 10/500 (MAL16045044ACRZ) - Dapagliflozin 10mg & Metformin XR 500mg
  • xigduo™  XR 10/1000 (MAL16045040ACRZ) -Dapagliflozin 10mg & Metformin XR 1000mg
  • xigduo™  XR 5/1000 (MAL16045043) - Dapagliflozin 10mg & Metformin XR 1000mg




Pelancaran xigduo™  XR di Malaysia hari ini merupakan satu langkah proaktif dalam memberikan membantu para pesakit diabetes Type II ini. Ia juga adalah sebagai galakan kepada pengamal perubatan dan pesakit diabetes Type II untuk "Start with the Right Duo", xigduo™  XR bagi pengurusan awal kadar glukos, berat badan dan darah tinggi. 


Nanie berharap dengan adanya option sebegini, ia dapat membantu ibu. ayah mahupun sanak saudara kita dalam merawat masalah diabetes yang kian membimbangkan. Alhamdulillah, mak dan ayah Nanie tak menghidap diabetes, namun Nanie tetap selalu buat pemeriksaan doktor untuk kesihatan Nanie dan semua. 


Untuk maklumat lanjut berkaitan xigduo™  XR, sila rujuk kepada pengamal perubatan anda. 

4 comments:

  1. bahaya tul. nasib la ada rawatn yang boleh diambil :D

    ReplyDelete
  2. bahaya kencing manis ni..pemakanan kena jaga.

    ReplyDelete
  3. menakutkan penyakit kencing manis ni..kena berjaga-jaga dalam pemakanan dan minuman seharian...orang kata dari muda-muda lah kena makan yang sihat-sihat ni untuk jaga kesihatan

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork