Wednesday, October 26, 2016

Cheese Cake Halal & Sedap di Malaysia : Cat & The Fiddle

Assalamualaikum semua


Bila weekend kan, kadang-kadang tekak Nanie ni ngada-ngada sikit. Nak fefeling makan sedap-sedap. Nak makan dessert lah, coffee lah, haih memacam betul.Tapi apalah sangat kan kalau setakat nak makan sepotong dua dessert. And because of that, Nanie nak share satu dessert yang confirm buat korang termimpi-mimpi tau! Are you ready??? 





Sapa sini suka kek? If you are a cake's lovers, you MUST try this one. Minggu lepas, Nanie dapat jemputan untuk merasai sendiri Cheese Cake yang sangat famous dan well-known di Singapore. Dan kini, anda semua boleh menikmati cheese cake yang sedap dengan pelbagai flavour ni di Malaysia. Woohoo!!! Memperkenalkan Cat & The Fiddle! 


SIAPA CAT & THE FIDDLE 

CAT & THE FIDDLE adalah first online specialist cheese cake store yang bertapak di Singapore. Menghidangkan 15 pilihan rasa cheese cake premium kepada pelanggan, resepi, rasa dan keenakannya adalah hasil air tangan Chef Daniel Tay, seorang ikon chef dan Award Winning Pastry Chef yang tidak asing lagi di sana. Malahan, Cat & The Fiddle juga memenagi pelbagai award dan pengiktirafan. Antaranya Cat & The Fiddle telah dipilih sebagai BEST CHEESECAKE oleh Time Out Singapore. 

04-Happenings-World Best Asian


Dan kini, CAT & THE FIDDLE melebarkan sayapnya dengan memasuki pasaran online store Malaysia bermula 1 Julai 2016. Untuk permulaan pada Julai lepas mereka menawarkan hanya 4 pilihan flavour, namun hari ini dengan sokongan dan permintaan yang kian meningkat mereka telah menawarkan 6 jenis pilihan rasa yang memang sedap-sedap belaka! 



YANG MENARIK & YANG HALAL! 

Bagi memenuhi permintaan dan menembusi pasaran Malaysia, sesuatu yang menarik mengenai  Cat & The Fiddle adalah mereka mempunyai SIJIL HALAL yang disahkan oleh Jabatan Kemajuan Islam -  [ MS 1500:2009  | 1 093-04/2013 ]. Sebagai Muslim, of course kita kena ambil berat perihal ni kan. Jadi bila ada sijil Halal sebegini, tak was-was lagi lah ye... maklumlah untuk dapatkan Halal, ketat syaratnya. Dari segi pembuatan, bahan-bahan dan juga pembungkusan semua kena Halal. Insya Allah. 



Bukan itu je tau, cheese cake Cat & The Fiddle ini menggunakan bahan-bahan premium yang diimport dari luar negara serta tiada langsung perasa tiruan & sebarang bahan pengawet. Maksudnya ia memang 100% bahan sumber semulajadi tau! 


Cat & The Fiddle memberikan 6 pilihan rasa untuk peminatnya. Tapi seriously Nanie bagitau yang setiap flavour memang tak rugi korang try. Memang terbaik, sedap sehingga korang menjilat jari. Boleh kata termimpi-mimpi lah. Nanie masa diberi pilihan, tak tahu nak makan mana satu dulu. Ceh! Nah korang tengok lah sendiri... nama-nama cheese cake ni pun vavavom tau!  

1.       Over the Moon (New York Cheesecake)
2.       Queen of Hearts (Strawberry Cheesecake)
3.       The Modern Duke’s Pudding (Oreo Cheesecake)
4.       The Russian Whiskers (Mango Cheesecake)
5.       Naughty and Nice (Chocolate Cheesecake) NEW 
6.       King Cat of the Mountain (Musang King Durian Cheesecake) NEW

Haaa sekarang, mari Nanie goda korang dengan lelehan cheese yang buatkan Nanie tak tido malam! 

Over the Moon (New York Cheesecake)

Fully-Baked New York cheesecake: 
Rich with smooth cream cheese and enriched with vanilla beans with delicious golden crust underneath and at the side wall, and top design is made from chocolate powder

Main ingredients: Cream cheese, chocolate, eggs and cream
Size and Weight: 
Approximately 7 inch and 1.1kg
Price: RM99.00



Nanie's Taste Bud : 
Seperti namanya, seriously bila korang makan memang membawa korang ke "Over The Moon". Pasti korang akan menikmati rasa New York Cheese yang lazat, thick dan in the same time terasa keenakan golden crust dibawahnya. Rasanya tak memuakan walaupun 100% New York cheese. 



Queen of Hearts (Strawberry Cheesecake)

Fully-Baked Strawberry cheesecake: 
Rich cheese with delicious golden crust underneath and at the side wall, and top is a thick layer of nature strawberry and raspberry puree that burst with moist sweetness and sourness

Main ingredients: Strawberry puree
Size and Weight: Approximately 7 inch and 1.1kg
Price: RM99.00



Nanie's Taste Bud
Penggemar strawberry? Tak payah fikir banyak kali. Ini memang untuk anda. Rasa strawberry tu jadikan rasa cheese sangat balance. Macam biasa cheesenya memang tebal, sedap dan kemanisan strawberry buatkan setiap suapan tu terasa lazat! 



The Modern Duke’s Pudding (Oreo Cheesecake)

Fully-Baked Oreo cheesecake: 
The smoothness of rich cheese with the combination of Oreo cookies, and the crunchiness of Oreo cookie crumble underneath and top is a thick layer of Oreo cookies crumble

Main ingredients: Oreo cookies and cream
Size and Weight: Approximately 7 inch and 1.1kg
Price: RM99.00




Nanie's Taste Bud : 
Oreo tu sendiri dah sedap. So what do you expect? Of courselah tambah cheese lagi sedap kan? Kelazatan cheesecake dan oreo adalah satu combination yang balance. The cookies crumble tu ada rasa manis-manis-masin macam tu. Again, balance dan enak! 




The Russian Whiskers (Mango Cheesecake)

Non-Baked Mango cheesecake: 
Rich cream cheese with fresh mango cube and finger biscuit with underneath biscuit crust with white curl chocolate chip at the side wall, and top is a thick layer of nature mango puree that burst with moist sweetness

Main ingredients: Fresh mango pieces and mango puree
Size and Weight: Approximately 7 inch and 1.1kg
Price: RM99.00



Nanie's Taste Bud : 
Nak rasa exotic? Haaa ni nampak, rasa mangga yang manis dan masam tu ditambah dengan kepekatan cheese tu... Ya Allah memang lazat lah. Sebab dia tak menjadikan kita cepat muak. Rasa masam ala-alam mangga & lemon tu perfect combination 


Naughty and Nice (Chocolate Cheesecake)

Non-Baked Chocolate cheesecake: 
A devilishly sinful chocolate cheesecake layered with rich premium couverture (high quality) chocolate mousse, topped off with pillows of fluffy sponge.

Main ingredients:  Couverture Chocolate and Chocolate Mousse
Size and Weight: Approximately 7 inch and 900g
Price: RM119.00





Nanie's Taste Bud : 
Nama Blog Coklateyes je dah buktikan yang Nanie memang chocolate's lover. Untuk this Naughty and Nice Chocolate Cheese Cake, Nanie suka sebab dia soft, moist dan rich. Coklat yang digunakan tak terlalu milky dan terlalu manis. Jadi bila di tambah dengan cheese, dia jadi perfect combination dan sangat sedap! Walla! 




King Cat of the Mountain (Durian Cheesecake)

Non-Baked Musang King Durian cheesecake: 
Creamy Musang King cheesecake arresting facade crowned with cubes of soft sponge with its dreamy innards of durian sponge cake and durian-studded cream cheese and soft sponges dusted with Cocoa powder. 

Main ingredients:  Real Musang King Durian
Size and Weight: Approximately 7 inch and 900g
Price: RM139.00




Nanie's Taste Bud : 
Masa Nanie try ni, Ya Allah.. memang sedap sangat-sangat tau! Orang Malaysia tak makan durian? Oh.. rugi sangat. Dahlah mereka guna Musang King tau. Rasa duriannya fresh, dan betul-betul authentic. Nanie tak sangka gabungan cheese dan durian jadikan rasanya betul-betul Malaysian Taste tau. Tambah pulak dengan golden crust di bawahnya tu. Fuh... lazat. Nanie hentam ni dua slice. Kahkahkah. 


Apa macam? Ada terliur? Nanie yang tengah menaip ni pun kemain tertelan-telan air liur membayangkan kesedapan dan keenakan setiap cheese cake ni. Oh ye.. korang mesti nak tahu mana nak dapatkan cheese cake Cat & The Fiddle ni kan? Untuk pengetahuan korang, cheese cake ni boleh dibeli secara offline dan online. Semuanya demi memudahkan korang dapat rasa cheese cake sedap ni. Dapatkan cheese cake Cat & The Fiddle di dua outlet cafe yang menghidangkannya:

HOPP Cafe
[Sliced RM11.90/pc & Whole cheesecake selling at normal price]

Address:
No.10A, Nadayu 28 Dagang, Jalan PJS 11/7, 
Bandar Sunway, 48250 Selangor

Contact No: 03-5613 3366
Operations Hours : 11.00am - 10.00pm









PappaRich Outlet 
[Sliced RM 9.90/pc] 

Cat & The Fiddle cheese cake boleh juga didapati di beberapa PappaRich Outlet seluruh Malaysia. 
Senarai outlet adalah seperti di bawah. Atau korang boleh klik ini : 



NAK TEMPAH ONLINE???


Pun boleh jugak, tak ada masalah. Malahan dengan pembelian online korang boleh dapat harga promosi sehingga 16% tau. Bukan tu je, malahan servis FREE DELIVERY sekitar Lembah Klang pun disediakan. If korang berhampiran dengan Bandar Sunway, boleh je buat self-collection. 

Terms & Conditions apply:
1.       Valid for online purchase at www.catandthefiddle.com.my
2.       16% off on cheesecakes only
3.       Free Delivery within Klang Valley areas only
4.       Self-Collection at Bandar Sunway, Cat & The Fiddle Office Level 1 – 10B 
          (Landmark: HOPP CafĂ©)
5.       Key-in discount code “Promo16” to enjoy 16% off
6.       Place order at least 1 day in advance, order must be placed before 4.00 pm 
          in order to enjoy next day delivery or self-collection
7.       Promotion period end on 30th November 2016
8.       Promotion only valid for online purchase
9.       Not valid with any other promotions
10.    The management reserves the right to modify the terms and conditions 
         without prior notice

Cheese cake Cat & The Fiddle ni boleh tahan lebih kurang 3-4 jam selepas keluar dari peti sejuk. Tapi kalau korang nak makan hari esoknya, korang kena masukkan cheese cake dalam chiller dan asingkan dari makanan basah yang lain. Kalau tak nanti, rasa cheese tu dah tercemar dan tak sedap pulak! 


So, Nanie memang recommend sangat kalau korang nak chill-chill atau nak sambut birthday kawan-kawan ke... cubalah Cheese Cake dari Cat & The Fiddle ni. Berikan kelainan dan rasa yang memang puas hati. Harganya juga berpatutan sangat tau. Yelah, dengan 100% cheese New York sebenar di tambah dengan kelazatannya... fuh memang berbaloi. Dan paling penting ianya Halal. Jadi, untuk korang yang berminat nak beli atau dapatkan info, silakan klik link-link di bawah : 


Website :

Facebook :
Cat & The Fiddle MY

Instagram : 
[#catandthefiddlemy]


11 comments:

  1. Sedapnyaaa kek tu semua. Kecur air liur tengok. Hahah !

    ReplyDelete
  2. OMG!! menarik nya kek2 dia kak nanie.. Bawak la pika pergi sini pleaseeeee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mari bawak auntie suzai dan aunti sabby sekali! kehkehkeh

      Delete
  3. Kenapaaaa sedap sangat niii..dah la akak hantu kek!

    ReplyDelete
  4. hahahahha tgk durian tu nak gelak.. mau 1 kedai tu bau durian... kek dia sume nmpk besttt gila with fresh fruit some more.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bau tu pembangkit rasa! ewaaah hheheheeh tp sedap woh

      Delete
  5. Yang paling tak bisa nahan adalah Durian di meja cik,, Mantaaaaap kali tuuuu...

    ReplyDelete
  6. HUAAAAAAAAAAAAAAAAAAA nangis laju2.

    ReplyDelete
  7. Tempat ni sangat2 selesa la...kalau bawa abam Qi mesti dia suka makan Non-Baked Chocolate cheesecake sebab dia peminat kek coklat...oh my god...rasa nak sambut besday abam Qi lagi sekali la kt sini hehehhe

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork