Monday, October 24, 2016

Review THE FACE SHOP Real Blend Calming Cream Soap

Assalamualaikum semua


Bila kita mencuci muka, sebenarnya ia bukan sekadar menanggalkan kotoran yang terlekat pada wajah. Untuk memastikan kulit wajah kita benar-benar bersih, cucian wajah perlulah sekali dengan menanggalkan sel-sel kulit mati. Dari situ barulah, sel kulit yang baru akan memberikan kesan wajah yang bersih, cantik dan bersinar. Bila Nanie terima THE FACE SHOP Real Blend Calming Cream Soap, Nanie dapat rasakan sesuatu yang berbeza dari cucian muka yang lain. 



THE FACE SHOP Real Blend Calming Cream Soap adalah mild cleansing foam yang diformulasikan menggunakan 3 jenis minyak yang berbeza. Ia adalah olive oil, palm oil dan coconut oil. Menjadikan satu cleansing soap yang mewah dan berkualiti tinggi di Korea, THE FACE SHOP Real Blend Calming Cream Soap membuang segala kekotoran dan sisa kulit mati pada wajah yang mana bahan-bahan tadi akan menyerap dan memberik kesegaran pada kulit kita. 


5 MANFAAT OLIVE OIL, PALM OIL & COCONUT OIL :
  • Menghilangkan jerawat dan parut jerawat kerana berfungsi membunuh bakteria
  • Mengandungi Vitamin E sebagai bahan anti-oksida pada kulit wajah 
  • Sebagai alternatif dalam melembapkan kulit wajah yang kering dan kusam 
  • Membuang segala kotoran dan makeup dengan bersih dan sehingga ke bahagian dalam
  • Anti- inflamasi dan kemerahan dengan meredakan sel kulit yang terdedah sinar UV 



Selain dari tiga bahan utama tadi, THE FACE SHOP Real Blend Calming Cream Soap juga turut dicampur dengan Chamomile Extract. Chamomile Extract sangat banyak digunakan oleh pakar dermatologi kerana manfaatnya pada kulit wajah. Chamomile oil ini telah digunakan sejak zaman dahulu lagi dan pakar dermatologi menganggapnya sebagai satu penemuan yang menakjubkan buat kulit wajah kita. 


Nanie nak share sikit tips dan ilmu tentang 5 Manfaat Chamomile Oil pada kulit wajah kita jika digunakan secara konsisten : 
  • Menjadikan kulit wajah tampak segar, muda dan bersih
  • Merupakan 'healing agent' sekiranya kulit kita mengalami kerosakan 
  • Mampu menyerap sehingga jauh kedalam kulit bagi membersihkan dari kotoran 
  • Sebagai terapi kepada kulit wajah yang lesu serta kusam akibat dehydrasi 
  • Melancarkan perjalanan darah di urat saraf dan menjadikan kulit wajah bermaya





Sesuatu yang buatkan Nanie suka pada THE FACE SHOP Real Blend Calming Cream Soap adalah buihnya yang banyak dan tidak berminyak. Walaupun ia diformulasi dengan tiga jenis minyak tadi, buihnya sangat lembut bila menyentuh kulit. Malahan, bila dicuci dan dibilas dengan air, ia mudah tanggal dan serta merta terasa kulit wajah plumy dan gebu. Wah! Tambah pulak dengan bauan chamomile yang lembut, bila pakai terasa sangat fresh dan menyegarkan. Ia macam jadi stress-therapy jugak lah kan! 


THE FACE SHOP Real Blend Calming Cream Soap sesuai untuk semua jenis kulit kerana ia paraben-free dan tidak mengandungi sebarang bahan kimia dan bahan yang bersumberkan haiwan. Formulasi semulajadinya membuatkan ia sangat sesuai untuk semua jenis kulit walaupun berkulit sensitif. Sapa yang combination skin macam Nanie pun boleh guna. THE FACE SHOP Real Blend Calming Cream Soap akan balance kan kelembapan kulit wajah dan jadikan ia tampak segar walaupun tanpa makeup. 


 Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik link-link di bawah :

THE FACE SHOP Real Blend Calming Cream Soap
Isipadu : 150ml 
Harga : RM 48.90 

Website: 

Facebook :

Instagram : 


3 comments:

  1. bagus laa kalau dapat produk yg boleh sesuai dgn kulit kita kan.. penting utk kita dapatkan produk yg sesuai utk elak perkara lain..

    ReplyDelete
  2. Gorgeousnya akak kite ni.. nak try la nanti.
    Muka zati sekarang dah kering sgt..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork