Friday, October 28, 2016

Review THE FACE SHOP Real Blend Calming Cleansing Oil

Assalamualaikum semua



Memang betul cucian muka tu penting, tapi ada satu lagi step yang penting sebelum kita cuci muka. Korang mestilah pastikan segala makeup-makeup telah ditanggalkan terlebih dahulu. Kalau sebelum entry ni, Nanie ada share mengenai THE FACE SHOP REAL BLEND CALMING CREAM SOAP [ Klik sini : http://bit.ly/2eTPXbL] , tapi kali ni Nanie nak share partner dia jugak iaitu THE FACE SHOP Real Blend Calming Cleansing Oil.






Step untuk tanggalkan makeup pada wajah adalah step paling penting dan perlu dilakukan dengan teliti. Pakai makeup memang best, Nanie pun suka. Tapi nak tanggalkan tu adakalanya mencabar juga. Especially bila kita banyak gunakan makeup yang water proof. Haaaa yang itu kalau tak sental betul-betul boleh datangkan banyak masalah pada kulit wajah tau. 


Sebab itulah, kalau kita gunakan makeup yang water proof ni, kita kena gunakan makeup remover yang bercirikan oily-based. Makeup remover dengan oily-based akan membantu menanggalkan makeup dengan mudah, pantas dan paling penting bersih. Kesemua ciri-ciri tersebut, dah semestinyalah ada pada THE FACE SHOP Real Blend Calming Cleansing Oil. 


THE FACE SHOP Real Blend Calming Cleansing Oil adalah cleansing oil dengan soybean oil base yang menggunakan Marseille soap's secret recipe untuk blend 3 jenis oil yang digunakan bersamanya iaitu olive oil, coconut oil dan palm oil. Kesemua bahan-bahan ini telah terbukti memberikan keserian dan kelembapan berterusan kepada wajah kita. Soybean oil juga menurut kajian adalah bahan yang kaya dengan vitamin A, C dan E yang memang bagus dalam menjaga dan melindungi kulit kita daripada kerosakan. 


CIRI UTAMA : DEEP CLEANSING & CALMING 

Dua fungsi utama yang menjadikan THE FACE SHOP Real Blend Calming Cleansing Oil ini sesuatu yang berbeza adalah fungsi "Deep Cleansing" dan "Calming". Selain dari bahan-bahan oil-based tadi tu, THE FACE SHOP juga mencampurkan bunga Lavender dan bunga Chrysanthemums sebagai bahan asas mereka. Malahan, dalam setiap botol turut diletakkan kedua-dua bunga tersebut. Memang cantik. Tapi kena tahu juga, ia bukan sekadar hiasan ye. Ada sebab tau! 


Sebagaimana Nanie beritahu dwi-fungsi untuk Deep Cleansing & Calming tu sebenarnya datang dari dua bahan ini juga. Lavender adalah bungaan yang sangat bagus untuk anti-bakteria, anti-keradangan dan juga mempunyai kesan anti-oksidan. Dengan kelebihan ini, ia memperbaiki kulit kita sekiranya ada masalah jerawat, parut dan sebagainya dengan membersihkan kotoran sehingga ke lapisan kulit yang paling dalam dan membunuh bakteria penyebab masalah tadi. 

Untuk calming pula, chrysanthemums merupakan bunga yang kaya dengan pelbagai mineral seperti vitamin A, calcium dan sodium. Menurut kajian bunga chrysanthemums sangat bagus dalam melancarkan perjalanan darah serta agen detoks yang mampu menjadikan kulit wajah kita tampak muda dan segar sentiasa. 



PENGALAMAN SENDIRI 

Nanie gunakan THE FACE SHOP Real Blend Calming Cleansing Oil setiap kali nak buang makeup. Even dah buang dengan water based cleansing  pun, Nanie tetap akan tenyeh muka dengan THE FACE SHOP Real Blend Calming Cleansing Oil. Nanie tak nak ada sisa-sisa makeup yang tertinggal pada wajah. Lagi-lagi jenis Nanie yang memang setiap hari pakai makeup kan. 

Jadi, ni Nanie tunjuk macam mana bestnya THE FACE SHOP Real Blend Calming Cleansing Oil ni. Nanie letakkan matte eye-liner, matte lipstick, velvet-finished lipstick dan of course lah water-proof mascara. Ni semua makeup yang daily dan selalu Nanie gunakan. 


Botol pumping seperti THE FACE SHOP Real Blend Calming Cleansing Oil ni memang memudahkan Nanie. Tak risau tumpah berbanding cap bottle. Selain tu, ada juga stopper yang menghalang pumping ni. Just ambil 1-2 pump dan terus Nanie sapukan pada bekas makeup tadi. 



Dengan hanya sekali swipe je, all the matte dan velvet finishing tadi terus hilang dan tanggal. Melainkan water proof mascara yang agak sukar ditanggalkan. But don't worry. Kalau makeup yang jenis macam ni, Nanie terus direct pump je THE FACE SHOP Real Blend Calming Cleansing Oil di bahagian tersebut. Oh... tapi kalau mata jangan pump kat mata ye. Gunakan cotton pad tapi korang lebihkan sikit lah pump tu. Bagi banyak! 



Haaaa nampak tak? Nampak tak, kali kedua dan ketiga swipe dan tambah sikit lagi THE FACE SHOP Real Blend Calming Cleansing Oil, kesemua kesan water proof mascara tu hilang ye. Memang hilang dan tanpa sebarang kesan. Selain tu, Nanie tak rasa pedih atau kelihatan merah-merah pada kulit. Ia jadi seperti biasa dan terus boleh cuci dengan pembersih wajah pula. Mudah kan? Tak payah nak tenyeh atau sental teruk-teruk pada muka. 


Puas hati betul Nanie dengan performance THE FACE SHOP Real Blend Calming Cleansing Oil ni. Memang best dan terbaik dalam menanggalkan kesan makeup. Dengan gabungan bauan lavender dan chrysanthemum lagilah buatkan Nanie fresh. Very soothe, and calming ye! Ingat tau semua, selain cucian muka yang bersih dan bagus... makeup tu perlu ditanggalkan dengan elok. Jangan sental kuat-kuat, just make sure tiada kotoran yang tertinggal. Kalau tak cuci bersih, bahaya dan banyak masalah. Masalah utama of courselah boleh naik jerawat ye! Jadi better kena ada precaution yang sempurna. 

Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik link di bawah : 

THE FACE SHOP Real Blend Calming Cleansing Oil
Isipadu : 225ml 
Harga : RM 88.90 (Exc.GST) 


Website: 

Facebook :

Instagram : 



No comments:

Post a Comment

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork