Monday, October 17, 2016

Review Planner Muslim 2017 dari Planner Hut

Assalamualaikum semua

Sebelum lunch tadi, Nanie post di Instagram & Facebook  berkaitan dengan planner tahun 2017. Untuk tahun ni, awal sikit Nanie get ready. Cewah. Kononnya macam eksaited lah tak sabar nak habiskan 2016 kan. Padahal ada lagi wishlist tak tanda right tu! Cemana? Takpe. Semangatnya tu yang kita perlukan. Mudah-mudahkan segala yang Nanie rancangkan tahun ini dipermudah dah dimakbulkan Allah. Amin. 



So berkaitan planner, Nanie memang suka sangat planner. Dahlah comel-comel design kan. Kalau pergi kedai buku atau alat tulis, itu dulu yang Nanie serbu. Kalau korang nak tahu, Nanie start tulis planner ni sejak dah nak akhir-akhir zaman belajar tu. Masa tu Nanie kena juggling between belajar - event dan blogpost. Untuk tak nak ada yang tercicir dan tertinggal, Nanie gunakan planner untuk plan out keseluruhan bulan tersebut. To be honest, memang banyak sangat bezanya tau hidup ni bila ada planner dnegan yang tak ada planner. Kalau korang tak percaya, korang cubalah sendiri.




Untuk tahun 2017 ni, Alhamdulillah planner Nanie ditaja oleh Planner Hut [IG: @plannerhut] daripada blogger Shakina Farhan [ http://shakinafarhan.blogspot.my/ ]. Kak Kina ni pada mulanya Nanie sekadar baca blog dia je, sebab dia rajin buat DIY tau. Sampaikan baju kahwin dia pun dia hias dengan DIY flower yang super cute. Inspiring sangat. Sekali, Nanie baru tahu yang dia kawan kepada housemate Nanie dulu - Kak Ain. Jadi, Kak Kina adalah senior Nanie di UM. Senior lain fakulti gitu.


Tahun lepas, Nanie ada beli jugak planner darinya. Pun sama lawa. Korang boleh baca entry review planner 2016 di link ini - [ http://bit.ly/2dlNdmi ]. Maksudnya tahun ni, tahun kedua Nanie fall-in-love dengan design Kak Kina tau.

Meh Nanie share macam mana rupa bentuk dalamnya yang buat Nanie suka sangat-sangat pada planner dari @PlannerHut ni.






PLANNER MUSLIM YANG LENGKAP

Sebab utamanya adalah planner ini adalah planner muslimah. Bila planner muslimah, jadi ada beberapa bahagian yang dimasukkan untuk mengingatkan kita mengenai ibadah, ayat-Al Quran dan kata-kata semangat. Nanie suka ada ibadah & surah checklist. Yang boleh dijadikan panduan untuk kita setiap hari. Especially nak istiqomah baca Al Quran setiap hari kan. 

Selain tu, dalam planner ni jugak ada fitness checklist. Ini bagus untuk mereka yang nak kekalkan kesihatan. Nak maintain body weight ke. Insya Allah Nanie akan gunakan this section too untuk "mencapai target 2017" Nanie. Mana tahu kan.... tiba-tiba selim selepas displin yang tinggi. Eh! 


Percaya tak cakap Nanie, kalau kita dapat kalendar tahun baru, the first thing kita mesti tengok birthday kita jatuh hari apa dan seterusnya tengok public holiday. Dalam planner ni lengkap disediakan public holiday list. Boleh lah korang merancang nak jalan-jalan makan angin ke, nak buat majlis ke apa. 




Planner bukan sekadar membantu anda menguruskan aktiviti harian dan rutin dengan baik semata-mata. Malahan ia adalah sebagai "personal reminder" untuk kita. Dalam planner ini ada checklist untuk bil juga checklist untuk remind kita tentang rutin harian seperti pengambilan supplement, vitamin dan lain-lain. Bagus kan? 




Ini part paling penting. Untuk Nanie, Nanie sangat suka planner yang ada kotak-kotak segi empat tu. Biasanya Nanie memang akan fill up the box dengan segala macam activity. Makin penuh kotak tu dengan activity makin Nanie suka. Makin rasa sibuk dengan pelbagai urusan dan tugasan. Makin "cantik" planner kita. Seriously! Korang cubalah! Jangan risau, yang suka planner jenis garis-garis pun ada dijual. Yang tu Nanie suka gunakan untuk take note on meeting ke apa. 






Di setiap bulan pula, di letakkan potongan ayat Al-Quran yang boleh mengingatkan kita kepada Allah. Memberi inspirasi dan menjadikan kita tenang. Insya Allah. Malahan, boxes untuk planner tahun ini lebih besar dan setiap bulan bertukar-tukar warna. Jadi tak boringlah! 

Seterusnya, yang menarik dan lain daripada yang lain... dalam planner ni ada satu challenge yang perlu korang cuba sendiri. Insya Allah hasilnya memang tak mengecewakan. Nanie dah buat tahun lepas. Tapi tak berapa full lah. Nanie nak cuba lagi tahun ni. Section Saving Challenge. Challenge yang mudah iaitu dengan menyimpan guna minggu. Kalau simpan minggu 1- RM 1, simpan minggu 16 - RM 16 lah. So, total kalau setahun dengan 52 minggu - kitra boleh simpan sebanyak RM 1,378 setahun tau! Banyak tu... boleh buat kahwin. Eh :) 


Menyimpan-menyimpan jugak, tapi perbelanjaan perlulah dikawal. Kadang kita tak sedar yang kita dah over spending. Terlebih bajet dan sebagainya. Jadi, sebagai agen kawalan kewangan... planner juga boleh membantu. Bagaimana? Dengan Monthly Expenses Tracker section ni. Di situ korang just list segala duit keluar - masuk. Jadi boleh tengok trendnya macam mana. Adakah korang seorang pemboros atau reti berjimat cermat? 



Last but not least, ini juga antara ciri-ciri planner terbaik untuk kita orang muslim. Di sini, ada disediakan Ramadhan Ibadah Checklist di samping Ramadhan Menu Planner. Ye lah, kenalah faham kalau orang perempuan ni. Soalan susah yang selalu berlegar dalam kepala adalah "Nak masak apa?". Jadi dengan ada bantuan sebegini... senang kita nak plan out apa nak masak.


So amacam? Best tak? Best kan planner ni. Memang lengkap dan memenuhi kehendak Nanie untuk memudahkan perancangan urusan seharian Nanie. Nanie yakin, kalau Nanie boleh plan everything semua, korang pun boleh jugak. Ini akan membantu korang lebih pantas buat kerja tau. Sebab korang tahu mana satu prioriti, mana satu yang boleh dikebelakangkan sikit. 


Planner ni hard cover ye depan belakang. Jadi memang nampak kemas, cantik dan tahan lama. Tak adalah terkelepet ke apa bila digunakan. Tahun ni, ada sedikit penambahan yang best. Kak Kina bagi sticker comel-comel untuk kegunaan kita, siap dengan penanda buku cute lagi. Aduhai! Geram rasa. 





Bukan tu je, ia turut didatangkan khas dengan kotak penghantaran. Insya Allah selamat sampai walaupun abang pos bawak keliling dunia sebelum sampai rumah kita. Hehehehe. Jadi, pada mereka yang berminat... boleh hubungi link-link dibawah ye. 

*** Kalau kak Kina baca entry ni : Nanie nak suggest akak masukkan sekali kalendar Hijriah kak. Terutama untuk bulan-bulan Islam. Mesti lagi lengkap, menarik & membantu untuk sama-sama kumpul pahala. Insya Allah! 



Instagram :

Telefon / Whatsapp:
+601120777497 (Umar)



12 comments:

  1. baiklah, one potential customer here! tunggulah budget sampai hujung bulan ni, insyaAllah akan saya beli satu planner ni ^_^ kak nanie membuatkan saya geram nak planner jugak, hehe

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.. wahhh best sgt kan. Kita pun beli. Hehehe suka sgt planner muslimah. Dari tahun 2015 dah beli soft copy planner kak kina ni hihiii

    ReplyDelete
  3. cantiknya..murah pulak tu..nad suka buku macam ni..yela banyak event dan entry nak kena buat..

    ReplyDelete
  4. wahhh i need this. cantiknya. berwarna warni. harga pun berpatutan. :)

    ReplyDelete
  5. Wahhh! Menarik ni.. Serba lengkap pulak tu. siap ada sticker2 comel lagi.. tempting ni.. Hehehehe..

    ReplyDelete
  6. Cantiknya planner! Lengkap semuanya untuk muslim. Warna pun menarik. perfecto!

    ReplyDelete
  7. Wow this planner looks cool and I love the idea of the saving money section. I really need that section in my life to ease up my saving journey. Love this review and the planner are so cute! Maybe I should check it out, Love this. ;)

    http://www.pastelfreakgirl.blogspot.my/

    ReplyDelete
  8. Dah terbekenan dengan planner ni. Nak beli jugak ☺

    ReplyDelete
  9. Baca sampai sebak..sebab akhirnya ada jugak planner mcm ni..kemain susah nak cari. Akak nak beli & nak hadiahkan kat kawan satu.

    ReplyDelete
  10. kalau nak collect sendiri boleh ke?

    ReplyDelete
  11. cantiknyeee planner ni.. nak jugakk.. hahaha.. kene beli jugak ni..

    Lea follow sini ye..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork