Tuesday, October 18, 2016

Review Top 3 Krim Wajah Dari THE FACE SHOP

Assalamualaikum semua



Pakar dermatologi sangat menyarankan wanita untuk menggunakan krim wajah yang bersesuaian bagi melindungi - memperbaiki dan menjadikan kulit wajah kita kekal sihat dan cantik. Namun sebelum kita menggunakan krim wajah, kita haruslah benar-benar mengenali jenis kulit dan kesesuaiannya dengan krim tersebut. 



Untuk memudahkan anda memilih krim wajah terbaik, Nanie nak share TOP 3 Krim Wajah dari The Face Shop. Macam Nanie sendiri, Nanie gunakan krim wajah  di sebelah pagi dan sebelah malam sebab krim wajah kebanyakkannya berfungsi untuk memperbaiki struktur, tekstur dan memberikan kelembapan kepada kulit wajah. Jadi antara ketiga-tiga ni, apakah perbezaannya? Setelah hampir 4 minggu Nanie gunakan, Nanie nak share info dan tips berguna ni ok! 




TOP 3 KRIM WAJAH THE FACE SHOP adalah : 

1. THE FACE SHOP  Chia Seed Moisture & Recharge Cream 
2. THE FACE SHOP  White Seed Blanclouding White Moisture Cream
3. THE FACE SHOP  The Therapy Moisture Blending Cream

Ketiga-tiga krim wajah dari The Face Shop ini mempunyai kepakarannya & kelebihan tersendiri. Ia adalah amat bersesuaian kerana setiap dari kita kan concern kulit wajah kita berbeza-beza. Mungkin kulit Nanie jenis combination. Tapi anda pula kulit berminyak. Jadi keperluan kita semestinya berlainan. Begitu juga ditambah dengan faktor cuaca, tempat kerja dan pemakanan. 





THE FACE SHOP Chia Seed Moisture & Recharge Cream 
Untuk Kekalkan Hydrasi Wajah! 

Isipadu : 50 ml
Harga :RM 93.90
Saranan Usia Pengguna : 20 tahun keatas 





Sekarang ni semua orang tahu Chia Seed ada banyak khasiat terutamanya kepada kecantikan dan kesihatan. Menurut kajian, Chia Seed merupakan agen anti-oksida yang terbaik berbanding blueberry. Untuk itu, THE FACE SHOP telah mengguna pakai chia seed dalam mendapatkan khasiatnya kepada kulit wajah kita.

Dirumus khas dengan 100% GMO - Free Chia Seed (Genetically Modified Organism) , krim ini sangat bagus untuk mengekalkan hydrasi dan kelembapan wajah kita. THE FACE SHOP Chia Seed Moisture & Recharge Cream memberikan kesegaran berpanjangan kepada kulit wajah dimana Chia Seed tadi mempunyai kelebihan 10 kali ganda dalam menyerap dan mengekalkan kelembapan pada wajah. Walaupun cuaca panas, mahupun badan kita kekurangan air tetapi dengan krim ini wajah akan kekal lembap dan moist! 







Semasa penggunaan, Nanie dapat rasa instant cooling & fresh sensation dari  THE FACE SHOP Chia Seed Moisture & Recharge Cream ini. Ia menjadikan kulit wajah sejuk dan tidak melekit langsung. Jadi ia memudahkan Nanie untuk menggunakannya sebelum mekap. Once apply, Nanie suka pegang-pegang pipi sendiri. Sebab memang sejuk dan lembut je! Selain tu, ia juga bertindak sebagai pelindung kepada kulit kita dari pencemaran dan sinaran matahari. 

Jadi kalau korang jenis kulit kering mahupun combination macam Nanie, krim wajah  THE FACE SHOP Chia Seed Moisture & Recharge Cream ni sangat sesuai untuk korang. Especially those yang banyak terdedah di bawah air-cond. Cepat kering kan kulit korang.... so cuba try this one ok! 




THE FACE SHOP White Seed Blanclouding White Moisture Cream 

Untuk  kulit wajah cerah & tona yang sekata! 

Isipadu : 50ml 
Harga : RM 123.90 
Saranan Usia Pengguna : 20 tahun keatas 







Sekitar bulan Jun lepas, Nanie ada review keseluruhan rangkaian THE FACE SHOP White Seed Range [Klik link ini : http://bit.ly/23fEff5. Sejak itu pun, Nanie memang dah puas hati & suka dengan white seed range ni. Iyalah, ingredient yang digunakan memang betul-betul menjadikan kulit wajah semakin cerah sempurna. Itu yang Nanie fall in love tu. Jadi, The Face Shop White Seed Blanclouding White Moisture Cream ini pastinya juga tidak mengecewakan. 





Berfungsi khusus untuk mencerahkan, The Face Shop White Seed Blanclouding White Moisture Cream dengan teknologi Blanclouding ia memberikan perlindungan yang sangat bagus kepada kulit daripada sinar UV matahari yang seterusnya mencerahkan kulit wajah kita secara sekata. Bukan tu je, dengan penggunaan yang berterusan ia akan memberikan kulit glowing yang menyinar! 

Teksturnya agak sedikit berkrim namun bertindak dalam 3 langkah untuk mendapatkan kulit wajah cerah sempurna. Iaitu dengan penjagaan tona kulit (skin tone care)  ; penjagaan khusus (spot care) dan pencerahan (brightening). Jadi hasilnya, kulit wajah menjadi cerah sempurna tanpa ada sebarang ketidak tentuan tona. Nampak mulus je! Ia juga bagus untuk anti-oksidan tau. Wah! 




THE FACE SHOP  The Therapy Moisture Blending Cream
Kekalkan Wajah Muda & Bertenaga! 

Isipadu : 50ml 
Harga : RM 174.90 
Saranan Usia Pengguna : 30 tahun keatas 




Semakin hari kita bukan semakin muda. Penuaan berlaku di setiap masa dan setiap saat. Termasuk Nanie juga yang dah hujung-hujung 20-an ni. Jadi, sudah semestinya Nanie perlukan sesuatu yang dapat menjaga dan mengekalkan keremajaan kulit Nanie. Tak nak lah nanti orang kata tua sebelum usia. 


THE FACE SHOP  The Therapy Moisture Blending Cream adalah jawapannya! Krim wajah anti-aging terbaik dengan gabungan Thalassotherapy Water dan tiga jenis essential oil iaitu Palmarosa, Avocado dan Sandalwood untuk kesan anti kekeringan kulit wajah.  Kesemua bahan ini telah terbukti melalui kajian berupaya untuk menyerap jauh kedalam kulit wajah seterusnya memberikan kesegaran, kelembapan dan energy agar kulit tidak kusam dan tampak sentiasa muda serta bermaya. Tiada lagi wajah keletihan dan kelesuan yang mempercepatkan wajah menjadi tua. 


Sesuatu yang menarik untuk  THE FACE SHOP  The Therapy Moisture Blending Cream ini adalah, komposisi dua lapisan iaitu oil + moisture cream yang perlu dikacau terlebih dahulu menggunakan spatula yang diberikan - sebelum digunakan. Ia akan memberikan tekstur yang natural dan lembut seterusnya meningkatkan kadar penyerapannya ke dalam kulit dan memberikan efek segar serta lembap! 




Pengalaman Nanie sendiri, bila gunakan THE FACE SHOP  The Therapy Moisture Blending Cream ni, boleh terasa kulit wajah menjadi sedikit tegang dan sejuk. Ia membuatkan kulit wajah kita rasa diperbaharui dari dalamSecara tidak langsung, ia akan menjadikan garisan-garisan halus dan kekusaman pada wajah pudar dan hilang hari demi hari. Tidak melekit dan sangat selesa dipakai terutama untuk kegunaan harian.  


Jadi selepas review ketiga-tiganya, Nanie harap korang boleh tentukan dan pilih krim wajah yang terbaik dan paling sesuai untuk kulit dan concern korang. Nanie paling suggest kalau ada kawan-kawan yang bekerja bawah air cond macam Nanie... untuk cuba THE FACE SHOP Chia Seed Moisture Recharge Cream. Boleh rasa perbezaannya untuk melembapkan kulit wajah dengan baik dan sempurna. Nama pun recharge kan, jadi ia memberi satu energi baru buat kulit kita. Walau apa pun, perlu diingat kulit kita berbeza-beza, jadi tak salah kalau anda juga nak cuba kesemuanya! 

Untuk maklumat lanjut, boleh klik link dibawah : 

Website: 

Facebook :

Instagram : 



3 comments:

  1. bestnya cream ni, liz nak cuba la nanti.

    ReplyDelete
  2. Chia Chia Chiaa.. Menarik jugakk.. Pika dah try yang The Therapy Moisturizer tu. uniq betul texture dia siap ada lapisan lagi..

    ReplyDelete
  3. wow..semua best! Seronok dapat cuba. banyak dah penggunaan chia seeds ni rupanya

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork