Wednesday, October 19, 2016

Tepung Gandum Yang Kita Makan Ada Racun?

Assalamualaikum semua



Seriously? Terkejut jugak Nanie bila baca statement ni. Tapi betul ke? Racun apa yang diletak dalam tu? Ish... sekarang ni makanan kita semuanya tak selamat lagi. Ada je bahan yang dicampur dalamnya dengan alasan yang secara basicnya memberi keuntungan pada mereka dan sebenarnya sangat berbahaya kepada kesihatan kita.


Nanie nak share sesuatu dengan pembaca blog Nanie. Tahukah korang bahawa tepung gandum - yang menjadi makanan ruji kita selain nasi - merupakan salah satu bahan asas makanan yang banyak terdedah pada bahan kimia. Memetik sumber dari Harian Metro :




"Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, terdapat tiga jenis tepung gandum yang berada di pasaran sekarang : 

1. TEPUNG GANDUM TANPA PELUNTUR (Unbleached Flour) 
2. TEPUNG GANDUM BERPELUNTUR (Bleached Flour) 
3. TEPUNG GANDUM DIPERKAYAKAN (Enriched Flour) 

Tepung gandum tanpa peluntur diproses secara semula jadi dengan warnanya agak keperangan tetapi mengandungi nutrisi tinggi kepada manusia manakala tepung gandum berpeluntur banyak berada di pasaran melalui proses pemutihan. Proses pemutihan inilah yang boleh menyumbang kepada pelbagai masalah kesihatan hari ini. Tepung gandum yang diperkayakan pula ialah tepung melalui proses pemutihan yang terpaksa ditambah nutrisi tidak semula jadi sama ada dari tumbuhan atau haiwan berikutan semua nutrisinya hilang."












Jadi, Nanie nak tahu... adakah korang tahu yang setiap hari kita memakan tepung yang warna putih mulus tu tapi sebenarnya ia telah melalui proses pelunturan atau pemutihan. Ye lah secara logiknya, tepung kan diperbuat dari gandum. Gandum warna apa? Warna brown keperangan kan? 


TEPUNG DAH LUNTUR WARNA?

Tapi kenapa bila dipacking jadi warna putih? Sebab telah dilunturkan warnanya. Korang faham-fahamlah sendiri kalau dah melalui proses pelunturan. Macam baju sekolah kotor, dah kotor warna kelabu... kita bubuh bahan peluntur seperti clorox untuk kasi putih semula! Peluntur yang digunakan untuk melunturkan tepung dikenali sebagai "Flour Bleaching Agent". Antara bahan peluntur yang kerap digunakan adalah : 
  • Benzoyl Peroxide (paling famous digunakan) 
  • Chlorine 
  • Nitrogen Diroxide 
  • Calcium Peroxide 
Dalam proses pelunturan ini, bukan sekadar warnanya sahaja yang luntur namun, kajian mendapati tepung yang dilunturkan telah kehilangan hampir 70% khasiat sebenar gandum. Jadi ia seolah-olah tiada lagi khasiat yang bagus untuk tubuh badan kita. 

1. Kesemua vitamin E dalam tepung hilang 

2. 50% kalsium hilang 
3. 70% mineral fosforus juga hilang 
4. 80% zat besi hilang 
5. 50% - 80% vitamin B complex hilang 


Jadi apakah kesannya bila tepung ni di lunturkan dengan bahan-bahan tadi? Apa kesannya pada kesihatan dan tubuh badan kita? 





BAHAN ANTI SEPTIK & ANTI BAKTERIA DIGUNA DALAM TEPUNG? 

Menurut Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM, BENZOYL PEROXIDE merupakan ubat anti septik atau anti bakteria. Malahan menurut kajian lain pula, Benzoyl Peroxide didapati sebagai bahan yang menggalakkan tumor dan sel kanser dalam badan. Pada asalnya bahan ini digunakan sebagai bahan yang menjadikan makanan tahan lama, mengelakkan kerosakan dari mikroorganisma, memudahkan pencernaan dan mencegah jangkitan penyakit. Namun penggunaan yang berterusan dalam jangka masa yang lama memberikan kesan penyakit kronik kepada tubuh badan. Benzoyl Peroxide sangat-sangat merbahaya bagi pesakit gout tau.


MAHU TEPUNG TANPA PELUNTUR?

Disebabkan perkara ni, Nanie nak share satu jenama tepung gandum yang terjamin TIADA BAHAN PELUNTUR. Nama tepungnya adalah TEPUNG BIDARA keluaran Syarikat Bidara Flour Sdn Bhd yang bertapak di Seksyen 16, Shah Alam. 



Syarikat Bidara Flour Sdn Bhd merupakan satu-satunya syarikat Bumiputera Muslim yang menjadi pembekal tepung gandum di Malaysia. Mereka juga mengimport dan membawa masuk tepung gandum buatan orang Islam dari luar negara yang dijamin halal, berkhasiat dan bebas bahan kimia - Benzoyl Peroxide. 


HANYA GUNA PROSES TAPISAN


Menurut Tuan Haji Ahmad, syarikat Bidara Flour hanya melakukan proses menapis sebelum proses membungkus. Mereka langsung tak gunakan sebarang bahan peluntur. Disebabkan cara proses yang mementingkan kesihatan ini, Bidara Flour menerima pelbagai tempahan tinggi dari para pelanggan mereka antaranya seperti Syarikat Faiza, pasar raya besar Mydin, Tesco dan Giant. So, nanti kalau korang nak beli barang dapur dah boleh dah jenguk-jenguk Tepung Bidara di pasaraya.






RASA & HARGA YANG TERBAIK 

Dari segi rasa dan harga, don't worry... rasanya sedap, lazat dan mudah digunakan. Harga pula kompetitif dan berbaloi dengan apa yang ditawarkan. Yang paling penting, ianya berkhasiat tinggi dan tiada bahan kimia yang boleh merosakkan kesihatan kita. Itu paling mustahak tu.








PROJEK MAKANAN FROZEN 

Sebagai perancangan untuk Tepung Bidara ini, pihak syarikat juga bercadang nak keluarkan produk frozen dengan gunakan tepung tanpa peluntur ni tau. Haaaa yang tu Nanie paling suka dengar. Ye lah senang kalau ada majlis apa-apa ke, nak minum petang ke. Senang. Goreng je. Katanya, mereka akan keluarkan karipap, roti canai, popia dan pelbagai lagi kuih muih yang mudah dan pastinya berkhasiat.



Last but not least, Nanie rasa pilihan semuanya di tangan kita. Nanie yakin, kalau kita memilih makanan yang sumbernya terjamin Halal dan Suci, Insya Allah pelbagai penyakit dapat dihindarkan. Kita sama-sama ikhtiarkan. Dan paling penting adalah, ianya produk Muslim Bumiputera. Secara tak langsung kita membantu meningkatkan taraf ekonomi produk muslim. 


SENARAI PENGEDAR & KEDAI RUNCIT 

Tepung Bidara tanpa peluntur ini boleh didapati secara meluas di pelbagai kedai runcit, pasaraya besar Mydin, Tesco dan Giant. Senarai kedai runcit ada di sini, Nanie lampirkan sekali. So kalau ada yang berhampiran, boleh beli disitu. Atau boleh juga terus telefon ke HQ Syarikat Bidara Flour Sdn Bhd. 




Maklumat dan rujukan lanjut, boleh hubungi nombor tertera dan ke Facebook mereka. Insya Allah, mereka boleh membantu anda. 



BIDARA FLOUR SDN BHD 

Facebook : 


Telefon : 03-5511 4612 

Alamat :

No.1, Jalan Lada Hitam 16/12, Seksyen 16, 
Shah Alam Selangor. 



3 comments:

  1. good sharing..boleh tukar ke produk yg lebih menjaminkan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu kak. Lepas tahu benda ni, saya pun rasa patut tukar kan...

      Delete
  2. Pernah baca gak pasal ni..nampaknya memang kena tukar produk yang tidak memudaratkan kesihatan

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork