Tuesday, October 11, 2016

TIPS BAGI MEREKA YANG SUSAH TIDUR

Assalamualaikum semua





Review SUTRA Multipurpose Aromatherapy Spray | Korang pernah tak rasa stress, badan letih dan rasa macam nak tidur yang nyenyak sangat-sangat! Tapi malangnya... kadang-kadang mata tak nak lelap. Pusing sana sini, eh masih lagi terkebil-kebil mata bulat. Padahal otak dah ngantuk sangat tu. Nanie nak kata selalu tu tak lah... tapidalam seminggu ada lah kena macam tu. Jawapannya, memang esok kat office rasa kurang produktif. Sebab otak tak cukup rehat kan. Makin lama, rasa makin tak boleh jadi ni. Kena cepat ambil tindakan. 

Nanie pun apa lagi, cepat-cepat google - macam mana nak dapatkan tidur yang nyenyak. Atau orang putih kata "deep sleep". Deep sleep atau tidur nyenyak ni sangat-sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan dan otak kita tau. Menurut kajian, orang dewasa memerlukan kira-kira 6-7 jam tidur yang berkualiti untuk betul-betul menjadikan otak kita rehat sepenuhnya. Tidur yang berkualiti adalah tidur yang tanpa sebarang gangguan. Jadi apa perlu buat jika susah tidur?





1. TETAPKAN JADUAL & RUTIN TIDUR 

Nanie memang pernah cuba tips ni dan sangat berkesan. Dulu masa student, Allah... waktu tidur memang burung hantu. Tak pernahnya nak tidur awal pukul 11-12 malam. Mesti paling-paling 2-3 pagi. Jadi bila kerja, waktu tidur macam tu dah tak boleh guna lagi. Kena ubah. Jadi Nanie paksa-rela diri Nanie by 11pm mesti dah berguling atas katil. At least by 11.30pm tu dah lelap. 


2. ELAKKAN MAKAN MAKANAN BERAT, PANAS & PEDAS 

1-2 jam sebelum tidur, elakkan makan makanan yang panas dan pedas. Sebab ini boleh menyebabkan ketidak hadaman. Bila perkara ni berlaku, lagi lambat lah korang tidur. Badan akan panas, berpeluh dan tidak selesa. Jadi amatlah sukar untuk dapatkan tidur yang nyenyak. Boleh jadi jugak, korang akan rasa pedih hulu hati tau. 


3. SELESAKAN RUANG TIDUR ANDA 

Jangan sekali-kali tidur dengan bantal yang terlalu lembut atau terlalu keras. Sesuaikan mengikut ketinggian yang anda perlukan. Macam Nanie, Nanie lebih selesa guna 1 bantal kepala dan bantal yang agak keras. Kalau bantal lembut, Nanie macam tak boleh nafas pulak. So, cari kesesuaian ikut diri anda. 


4. MATIKAN TELEFON & LAMPU 

Nanie tahu, ini yang paling susah sekali nak buat kan. Nanie pun sama. Tapi Nanie akan cuba. Biasanya kalau Nanie migrain, inilah benda pertama yang Nanie buat untuk elak sebarang gangguan ketika tidur. Malahan, radiasi dari telefon bimbit juga tidak bagus untuk otak. Otak kita perlu dalam mode tenang untuk dapatkan deep sleep. Lampu juga perlu dimatikan, supaya suasana gelap dapat membangkitkan ketenangan. Otak kita sangat peka pada cahaya. Jadi, dengan ruang gelap, ia lebih memberikan relaks. 


5. GUNAKAN AROMATERAPI 

Allahuakbar... dalam banyak-banyak, yang ini Nanie paling-paling-paling suka. Korang tahu kan, nak tidur nyenyak kena otak dan badan dalam keadaan tenang dan relaks. Nanie nak suggest korang cuba dapatkan aromatherapy. Bauan yang lembut sangat menenangkan dan secara tak langsung badan kita akan merembeskan hormon tenang. 


Cousin Nanie baru ni ada perkenalkan kat Nanie spray Aromatherapy dari SUTRA. Ya Allah korang, Nanie memang betul-betul fall in love with this product tau. Serious bauan dia sangat menenangkan. Very soft, fresh and relaxing. Boleh rasa seluruh badan dan otot yang penat tu relaks tau... 



SUTRA Multipurpose Aromatherapy Spray dihasilkan dari campuran air dan minyak pati sahaja serta langsung tiada bahan kimia terlarang. Mempunyai empat pilihan bauan iaitu Tropical Pandan, Rose Sensation, Sweet Lavender dan Citrus Berry yang segar dan lembut, SUTRA Multipurpose Aromatherapy memberikan banyak manfaat : 


  • Sebagai penyegar udara di rumah, kereta mahupun pejabat 
  • Sebaagai penyembur baju ketika menggosok baju 
  • Bahan untk bersihkan cermin mahupun meja
  • Menghalau serangga perosak seperti lipas & nyamuk. 
  • Dijadikan body spray
  • Sebagai air purifier, diffuser dan humidifier



TROPICAL PANDAN 

Bauan ni buat Nanie feeling-feeling pengantin tau! Korang pernah tak masuk rumah pengantin atau bilik pengantin, ada bauan pandan dari bunga rampai kan? Lembut je bau dia... menenangkan sangat kan... haaa macam tu lah bauan pandan ni. Dalam banyak-banyak, yang ini selalu Nanie berebut dengan ayah. Ayah nak sembur dalam bilik dia... konon-konon ala pengantin gitu dan Nanie pulak nak sembur dalam kereta. Seriously, Nanie recommend sangat kalau ada bakal-bakal pengantin, korang tak perlu lagi guna perfume untuk sembur bunga rampai atau bilik korang. Guna bauan SUTRA Multipurpose Aromatherapy Spray in Tropical Pandan ni je! Bukan tu je, dengan bauan pandan ni jugak lalat, nyamuk dan lipas lari tau! 




ROSE SENSATION 

Those yang suka sweet, ala-ala romantika de'amor gitu haaa yang Rose Sensation ni sangat Nanie galakkan. Dia memberikan aroma kasih sayang. Relax dan tenang je. Lagi-lagi kalau pasangan suami isteri kan. Nak tidur tu, sembur-sembur sikit SUTRA Multipurpose Aromatherapy Spray in Rose Sensation ni... Insya Allah tidur nyenyak. Bagus jugak untuk wanita yang penat seharian bekerja dan menguruskan rumah tangga. Fungsi aroma dari pati rose boleh merangsang otot untuk relaks dan tenang setenangnya. 



SWEET LAVENDER 

Lavender sangat terkenal di kalangan orang Barat untuk memberikan aromatherapy yang relaks dan tenang. Bunga Lavender telah terbukti dapat membantu membaikpulih sistem pernafasan dan sistem inflamation badan. Bukan sahaja menyerap bauan yang tidak enak, ia turut bagus bagi mereka yang cepat alah pada habuk, kerap batuk dan resdung. Bauan SUTRA Multipurpose Aromatherapy Spray in Sweet Lavender menghilangkan stress dan menurut kajian juga bauan lavender adalah terapi terbaik bagi mereka yang mengalami Insomnia atau kesukaran untuk tidur. Bukan tu je, Lavender juga dapat memberi kestabilan hormon dan mood ye! 




CITRUS BERRY 

Kalau korang memerlukan daya fokus yang tinggi, contoh time tu nak study ataupun nak buat kerja ke... Nanie sarankan korang sembur SUTRA Multipurpose Aromatherapy Spray in Citrus Berry ni. Bauan Berry yang segar, sedikit strong dan fruity merangsang daya titik fokus dan memanjangkan gelombang otak untuk membantu otak memproses maklumat dengan pantas dan tepat. Ia juga bagus bagi menenangkan minda dan merangsang tenaga. Semburan Citrus Berry disarankan buat pelajar dan anak-anak yang menghadapi masalah hilang fokus ketika belajar ataupun orang dewasa yang dah hilang fokus ketika kerja. Bauan Citrus dan buah beri menjadikan otak lebih teratur dan memberikan kesegaran tenaga berpanjangan. 



PENGALAMAN SENDIRI 

Nanie selepas diperkenalkan dengan SUTRA Multipurpose Aromatherapy Spray ni, memang dah jarang sangat beli perfume kereta dan rumah yang ada di pasaraya tu. Perfume tu semua mahal-mahal kan dan tak tahan lama pun. Yang ini banyak kegunaan dan harga menjimatkan. Bauannya tahan sekitar 5-6 jam jugak lah. Kalau dalam kereta tu, Nanie memang akan spray selalu. Masuk je kereta bau selesa dan wangi. Jadi kita nak drive pun tenang je. 

Nanie letakkan di office satu, dalam kereta satu, bilik tidur rumah KL satu dan di rumah Johor satu. Senang. Agak-agak ada bauan yang tak best, contoh macam lepas masak ke apa... cepat-cepat Nanie sembur satu rumah. Lagi-lagi kalau ada tetamu nak datang kan. Senang! 

SUTRA Multipurpose Aromatherapy Spray ni memang HIGHLY RECOMMENDED sangat-sangat tau. Nanie bagi 5 bintang pada produk ni. Jangan bimbang, produk SUTRA memang terjamin tiada bahan kimia terlarang dan selamat untuk penggunaan seisi keluarga! 


INFO PRODUK :

SUTRA Multipurpose Aromatherapy Spray
200ml / bottle 
(Boleh tahan 2-3bulan)
Harga : RM 20 
*Tidak termasuk postage
**COD Di seluruh Pontian, Johor

Contact / Whatsapp: 
PN. FAUZIAH ZAINUDDIN 
013-7499707

Facebook  :


5 comments:

  1. wah,.. bestnya.. bolehlah guna lepas ni.. satu botol tahan berapa bulan sis?

    #fly dari solehahkahaku.blogspot.my

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang ini sebotol tahan 2-3 bulan dik. baunya sedapppp

      Delete
  2. wah menarik ni..boleh sembur dekat rumah. Rumah nad ni kadang bau semacam..hehee..boleh kasi anak tidur lena..hahaa

    ReplyDelete
  3. MACAM MANA NAK COD AREA KL

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh whatsapp Nombor 013-7499707 (Pn. Fauziah) dia boleh send postage di KL sis

      Delete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork