Friday, November 4, 2016

Apa Yang Membezakan Seorang Perempuan Dengan Perempuan Yang Lain?

Assalamualaikum semua


Nanie teringat masa Nanie tingkatan 6 dulu, cikgu sejarah Nanie namanya Cikgu Hj Ahmad pesan sesuatu pada kami semua sebab masa tu kelas Nanie ramai perempuan dari lelaki. Masuk kelas terus dia tanya satu soalan kepada kami semua... tahu tak apa beza seorang perempuan dengan perempuan lain? Kiteorang masa tu rasa... Alaaa kacangnya soalan. Senang ni. Ada yang jawab, kecantikan... ada yang jawab, kepandaian, dan banyak lagi jawapan. Tapi semua salah... terus cikgu Nanie beritahu jawapan yang sebenar yang memang sampai hari ni Nanie ingat dan pegang! 



BEZA SEORANG PEREMPUAN 
DENGAN PEREMPUAN LAIN ADALAH ......
MALU! 

Time tu satu kelas diam. Tak menjawab. Ada yang pandang sesama sendiri. Kiteorang tak sangka itu jawapannya. Perasaan malu? Apa perasaan malu tu? Kenapa ia yang bezakan kita semua? Tak faham. Nanie sendiri tak faham. Tapi senyap dan tengok je Cikgu Ahmad menunggu jawapan. Cikgu Ahmad menerangkan dengan penuh kata-kata nasihat. Walaupun dia suka ber 'aku-kau' dengan pelajar dia tapi sungguh sampai hari ni segala nasihat dan pesanan dia Nanie ingat. 

Ini yang Cikgu Ahmad pesan.... (lebih kurang bunyinya...) 

"Dunia hari ni semakin rosak. Baik lelaki baik perempuan. Semua serba rosak akhlaknya. Namun, jika kau perempuan ada sifat malu yang tebal dalam diri... Insya Allah kau pandai menjaga diri. Menjaga maruah. Budak perempuan hari ni semua tak tahu malu. Tak tahu jaga maruah diri dan maruah ibu bapa. Buat maksiat tanpa malu. Langsung tak malu pada tuhan. Pada orang sekeliling, pada diri sendiri! Yang perempuan, tolong rasa malu!" 


Hari ni, setelah lebih 5 tahun, kata-kata Cikgu Ahmad tu masih Nanie ingat. Tak pernah sikit pun Nanie lupa. Walaupun nun jauh jaraknya, cikgu di Kluang Johor dan Nanie di KL tapi dengan pesan ini buat Nanie beringat. 


RAMAI YANG TAK MALU 

Betul, perempuan hari ini semakin ramai yang kurang perasaan malunya. Tak ada lagi segan silu. Lagi-lagi kalau yang ada boyfriend. Allah... kalah orang laki bini lagaknya. Nanie tak nak cerita banyak-banyak sebab Nanie pun belum ada boyfriend, belum kahwin. Tapi tolonglah jangan buat benda tak senonoh di khalayak ramai. 

Pagi tadi, Nanie tengah breakfast di kedai mamak... ada seorang perempuan ni... berbaju kurung. Nanie dah perasan dia lama, and memang ada aura tak best bila tengok dia. Tapi tak pernah nampak sendiri apa yang tak bestnya. Ya Allah, pagi-pagi Jumaat ni... "dinampakkan". Boyfriend dia hantar pergi kerja naik motor. Ingatkan sekadar hantar. Rupanya siap salam, cium tangan, cium pipi dahi, peluk gesek-gesek lagi, ehhhhh tak habis lagi... siap main laga-laga hidung, cuit-cuit dagu. Padahal depan orang ramai ni. Depan kedai mamak. Malunyaaaaa Nanie pandang! 


Kenapa sebegitu murah ye seorang perempuan letakkan harga dirinya? Langsung tak ada perasaan malu ke? Dah tak ada segan silu ye? Kalau tak tahan sangat nak buat benda macam tu, kahwin. Nikah dengan sah. Semua benda jadi pahala. Tapi itu pun ada adabnya. Bukan main balun semacam je. 

Tu belum lagi tengok maksiat yang berleluasa di kiri kanan kita. Bukan sekali dua Nanie "tengok" perkara macam ni. Tak ada langsung ke sekelumit perasaan malu? Takut? Nanie bukanlah kata Nanie baik sangat... tapi tolonglah jaga maruah. Benda-benda macam tu semua adalah pencetus kepada maksiat dan zina. Yang boleh lead kepada kelahiran tak sah taraf. 


PENGALAMAN SENDIRI 

Nanie ada pengalaman melihat bagaimana anak tak sah taraf dilahirkan dan membesar. Nanie tak salahkan budak tu sebab dia sendiri tak tahu apa-apa. Namun, sedar atau tidak, suka atau tidak... genetik ibu dan bapanya wujud dalam diri budak tu. Baik atau buruk tetap ada dalam diri nya. Malahan, Nanie pernah baca satu kajian dalam People's Behaviours, anak-anak yang dilahirkan tidak sah taraf mempunyai potensi besar untuk mengulang kembali 'sejarah hitam' ibu bapanya. 

Yes, disitulah sebab kenapa agama kita, Islam menuntut dan menyarankan 4 perkara yang perlu dinilai sebelum menikahi seseorang perempuan. Salah satu daripadanya adalah - keturunan. Nampak tak macam mana related setiap satu perkara ni? 


PESANAN BUAT LELAKI 

Kalau tadi cikgu Ahmad pesan semua student perempuannya untuk ada perasaan malu, Cikgu Ahmad juga pesan pada kawan-kawan lelaki Nanie dalam kelas tu... 

"Kalau korang nak zuriat yang bagus, berkualiti dari semua segi... ianya bukan bermula bila korang kahwin baru korang nak jaga diri... nak jadi baik. Tapi ia bermula sejak korang yang lelaki ni baligh! Kenapa? Sebab setiap apa yang korang lakukan dari zaman baligh sehingga mendapat zuriat tu direkodkan dalam "benih" korang! Dan benih itulah yang tumbuh menjadi zuriat korang!" 

Allah... lagi lah deep nasihat ni kan? Nanie memang tak akan lupa semua pesanan Cikgu Ahmad. Seorang guru yang mendidik Nanie dengan ilmu kehidupan. Yang tak ternilai harganya. Hidup hari ni sebagai perempuan, Nanie sendiri ngeri dengan masa akan datang. Cabarannya dasyat. Dari segi sosialnya, ekonominya, politiknya... 

Walau apa pun, Nanie nak pesan... dimana sahaja kita berada, dengan siapa pun kita berkawan, dan apa sekalipun caranya... sentiasa ingat untuk jaga maruah dan jaga diri. Nanie bersyukur bila ibu dan ayah Nanie berikan pendidikan agama & kawalan yang terbaik untuk Nanie. Sentiasa ambil tahu dan 'jaga' Nanie. Walaupun dah 27 tahun ni, setiap malam mak & ayah akan face time dengan Nanie dan semua adik beradik lain. Ambil tahu aktiviti kami. Malahan tahu dengan siapa kami berkawan. On my part pulak, Nanie memang suka bercerita jadi... Nanie sendiri akan cerita tentang kawan-kawan Nanie... dan mereka semua kenal dengan kawan Nanie - walhal kawan-kawan Nanie semua ramai lelaki. 

Pucuk pangkalnya adalah didikan agama dan diri sendiri. Syaitan sentiasa membisikkan dan mendorong nafsu kita untuk melakukan maksiat. Kerana itu adalah kejayaan mereka - melihat manusia jatuh ke lembah hina. Nanie doakan moga diri kita, zuriat dan keturunan kita dilindungi dan dijauhkan dari dosa maksiat dan zina. Amin. 


3 comments:

  1. Betul la fatin.. takut, seram & ngeri tengok keadaan skrang ni kan...
    Peanut ni dekat sekolah, sekolah rendah pun dh boleh nampak budak2 ni mudah sangat terpengaruh.. lagi la skrang ni masing2 ada hp & internet access di hujung jari.. the do wonders! Cikgu dekat skolah hanya boleh nasihatkan.. tapi pucuk pangkalnya kuasa mutlak pada mak ayah.. bila mak ayah pun tak kisah anak buat macam2, budak2 dkat skolah dah tak heran dh cikgu cakap apa..

    ReplyDelete
  2. Perkongsian yang sangat bagus nanie. Scarynya baca statement nih 'anak-anak yang dilahirkan tidak sah taraf mempunyai potensi besar untuk mengulang kembali 'sejarah hitam' ibu bapanya'. Smoga anak-anak kita lebih terdidik dengan ilmu agama.

    ReplyDelete
  3. Nanti saya baca.
    Mungkin menarik ni.
    Harap2 tak lupa.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork