Wednesday, November 2, 2016

Belajar Buat Itajime Eco-Dyed Batik @ The Batik Boutique

Assalamualaikum semua 

Sometime kan, bila kita penat or stress dengan kerja ke... otak kita perlukan rehat. Rehat tu bukan sekadar kena tidur atau shopping je tau...*shopping pun kadang stress uols!* banyak caranya nak rehatkan otak yang penat. Dua minggu lepas, Nanie dijemput menghadiri satu event di The Batik Boutique. Wah! Nanie bila dengar batik memang suka. Family Nanie suka Batik & Songket. Jadi bila dapat invitation dari The Batik Boutique memang Nanie tak akan lepaskan. 




SIAPA THE BATIK BOUTIQUE 

The Batik Boutique adalah satu perusahaan sosial (social enterprise) yang telah memenangi anugerah atas matlamat dan tujuannya dalam mengatasi masalah kemiskinan luar bandar. The Batik Boutique melatih para wanita yang berpendapatan rendah dengan skill cantingan batik dan kraftangan yang mempunyai nilai komersial yang tinggi. The Batik Boutique  bekerjasama dengan ramai keluarga artisan yang tinggal di luar bandar dan kemudiannya memasarkan hasil kraftangan mereka agar keluarga-keluarga ini mendapat pendapatan yang tetap dan berkemampuan.



Jangan terkejut ye jika Nanie ceritakan siapa di sebalik The Batik Boutique. Pada tahun 2009, Amy Blair seorang wanita dari Texas berkawan dengan Ana, wanita tempatan di Pantai Timur  iaitu seorang ibu tunggal yang pandai menjahit dan membuat kraftangan serta ingin menambah pendapatan keluarganya. Dengan niat membantu Ana, Amy membeli beberapa kain batik dan meminta Ana untuk menjahitkan kraftangan untuknya sebagai souvenir kepada kawan dan keluarganya di US. 

Dari situ tercetuslah idea untuk Amy membantu Ana disamping dirinya  yang ingin merasai pengalaman berbeza dan jatuh cinta dengan budaya serta kesenian yang ada di Malaysia. Amy tidak menyangka yang batik betul-betul membuatkan dia merasakan Malaysia sebagai 'rumah'nya. 




HASIL KRAFTANGAN YANG HALUS 

Pertama kali Nanie menjejakkan kaki ke butik mereka, Nanie dah terpandang sebaris beg tote batik yang sangat menyerlah dan halus pembuatannya. Batik yang diketengahkan adalah bermotifkan abstrak dengan kemasan original leather. Dari segi jahitan, warna dan sentuhannya memang tampak eksklusif. 





Kebanyakan kraf yang dihasilkan membuatkan Nanie terpegun. Pelbagai kraf yang dihasilkan. Dari tote bag, tumbler, planner, clutch, baju kaftan, tak kurang juga shawl. Motif dan corak sangat menarik dan mempunyai identiti tersendiri. Di tambah pula dengan mainan warna yang cantik dan striking, lagilah menyerlahkan kraftangan tersebut.














BANTU & BELA WANITA TINGKATKAN PENDAPATAN 

Nanie suka dengan hala tuju The Batik Boutique. Selain daripada mengetengahkan elemen estetika dan kraftangan di Malaysia, tujuan utaman mereka juga adalah dalam memberikan pendapatan yang tetap dan berbaloi kepada para pembuat batik di kawasan luar bandar. Mereka mahu wanita-wanita yang berhempas pulas menjahit, mencanting, membuat kraftangan sebegini terbela haknya. Menurut Amy, 20% daripada hasil setiap jualan akan diberikan kepada komuniti artisan yang menyokong dan menjadi tulang belakang industri ini. Amy melihat industri batik dan kraftangan di Malaysia mempunyai potensi yang besar kerana permintaannya sangat tinggi. Di tambah pula hasil nilai seninya yang teliti, halus dan mempunyai kemasan dan keunikan dalam melambangkan budaya Melayu. 

Bahkan, yang terkini The Batik Boutique telah menerima tempahan untuk 7000 pieces kraftangan dari peminat mereka dan ini merupakan satu kejayaan besar untuk The Batik Boutique serta para artisan di bawah mereka. Malahan kraftangan yang dihasilkan adalah 100% buatan tangan dan sangat menarik. Hebat kan?


Dalam melebarkan sayap dan permintaan, The Batik Boutique turut berkolaborasi bersama artis terkenal antarabangsa, Yuna dengan koleksi selendang Yuna yang cantik-cantik semuanya. Mudah-mudahan kredibiliti Yuna memberikan impak yang terbaik kepada The Batik Boutique. [Klik Sini untuk beli selendang Yuna X The Batik Boutique : http://novemberculture.com/collections/the-batik-boutique-x-yuna ]




ITAJIME ECO-DYED CLASS

Bukan itu sahaja, pada hari event, kami juga berkesempatan menghadiri Eco-Dyed Itajime Class. Part ni Nanie happy sangat sebab ia sebahagian dari stress-therapy untuk Nanie. Semua yang hadir malam tu, diberikan pendedahan untuk membuat batik dengan gaya teknik Itajime. Iaitu teknik terkenal dari Jepun. Haaa nampak tak macam mana batik merentas sempadan dunia? 




To be honest, semua excited tau dengan kelas Itajime dyed batik ni. Lagi lah macam Nanie kan, first time ni nak buat batik sendiri. Heheheh. Jadi keterujaan tu bertambah-tambah lah. Mujurlah pembuatannya mudah. Tak makan masa lama. Simple dan sangat menguji daya kreativiti dan imaginasi tau. Cewah. 



Dia tak susah pun, just lipat-lipat dan ikat getah sikit lepas tu terus celup. Bila bukak ikatan getah tu, haaaa barulah corak-corak tu dapat dilihat. Nanie punya actually tak berapa menjadi sangat. Hahahaha. Degil. Orang suruh lipat segi tiga, Nanie lipat sesuka hati... maka lainlah sikit coraknya. Tapi, dah nama art kan.. so its called a masterpiece. Hahahaha. 




Bawah ni, hasil Itajime Nanie. But wait, ini yang belum final ye. Kami semua diberikan 3 keping kain putih sebagai cubaan atau tester. Than the beautiful one kami boleh pilih untuk dijadikan souvenir note book dan boleh dibawa balik. Nak tahu mana satu yang final?


So, setelah berhempas pulas membuat Itajime dyed batik... akhirnya inilah hasil batik Nanie. Walaupun Nanie buat sesuka hati Nanie.. tapi orang kata batik Itajime Nanie lawa. Heheheh. Kembang sat tau!!! :) 



Design inilah yang mereka jadikan notebook untuk souvenir Nanie. Wah wah wah.. I'm really proud tau. Dengan hasil buatan tangan sendiri. Tiba-tiba rasa kreatifnya aku. Walhal senang je buatnya. Tak susah pun. Tapi bila kita sama-sama merasa bagaimana hasil pembuatannya, ia buatkan Nanie lebih hargai hasil seni tempatan. Bayangkan macam mana artisan yang setiap hari perlu memerah tenaga dan daya kreativiti untuk hasilkan seni sebegini. Sebab tu kalau harganya agak mahal, korang jangan nak complaint sangat ye! Susah ok! Btw, kelas buat batik sebegini turut ditawarkan di The Batik Boutique. So, kalau korang stress maybe boleh attend the class. Seronok! 

Bergambar kenangan bersama Amy Blair & rakan-rakan media yang turut serta di majlis malam itu


SOKONGAN PADU KITA SENDIRI 

Nanie rasa kita sebagai orang muda dan sebagai rakyat Malaysia kena sedar akan kepetingan batik dan bagaimana kraftangan sebegini memberikan nilai yang tinggi pada budaya dan negara kita. Kita perlu preserved dan menjaga kredibilitinya agar tidak ditelan kemodenan dan moga orang tempatan dapat menyumbang sesuatu kepada komuniti kita. 

Bila melihat sokongan dari orang luar atau mudah kata, orang luar lebih hargai hasil tempatan... sedikit sebanyak ia meyentuh hati Nanie. Siapa lagi kan nak jaga karya seni kita kalau bukan kita sendiri. Jadi, sama-samalah kita buka mata dan hargai warisan seni tempatan ini. 

Oh ye, semua produk The Batik Boutique boleh juga dibeli secara online dan offline untuk cenderamata mahupun souvenir, The Batik Boutique turut menawarkan perkhidmatan penghantaran ke luar negara tau. Mudah kan? 

Untuk maklumat lanjut, boleh klik link-link dibawah : 


Laman web : 

Facebook : 

Instagram : 
@thebatikboutique 

Alamat : 
3-2 Jalan 26/70A, Desa Sri Hartamas, Kuala Lumpur

Telefon : 
+603-2303 6052 





4 comments:

  1. Assalamualaikum, hi Nanie.

    Cantiknya beg2 batik tu. Corak batiknya pun semua lawa dan moden. Suka tengok!

    ReplyDelete
  2. wahhh terus rasa bangga kan sebab kita berjaya buat sendiri! ;) best best best!

    ReplyDelete
  3. Cantiknya; support the batik boutique.
    Empowering women and curb urban poor.

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork