Thursday, November 10, 2016

Lazada Online Revolution : Tawarkan Pelanggan Pelbagai Jenama Hebat!

Assalamualaikum semua


Semalam terkejut Nanie bila sampai satu parcel yang besar kat office. Rasanya memang tak ada beli apa-apa.. sekali bila bukak! Tudiaaa.... bukan main meriah. Kawan-kawan office Nanie pun happy and excited sama tau. Nak tahu parcel dari sapa? Of course lah parcel dari Lazada! Namanya Parcel of Joy sempena Online Revolution yang berlangsung 11 November 2016. 





Online Revolution dari Lazada merupakan jualan dalam talian terbesar di Asia TenggaraLazada telah merintis jalan e-dagang di rantau ini dengan menawarkan kesenangan membeli-belah dengan cara bayaran yang berbagai-bagai termasuklah bayaran ketika penghantaran (COD), khidmat pengguna yang menyeluruh dan penghantaran balik percuma. Lazada menampilkan pilihan produk yang luas untuk beraneka kategori, daripada barangan elektronik hinggalah perkakasan rumah, permainan, fesyen, dan peralatan sukan.




Dengan tema "Brands for All", ia memberikan impak dengan evolusi dan participation dari lebih 1000 jenama kegemaran rakyat Malaysia dan termasuk lebih 50 000 peniaga tempatan dan luar negara yang mengambil bahagian. Antara jenama yang akan turut menyertai acara “Online Revolution” pada tahun ini termasuklah Drypers, L'Oréal, Nestlé, Samsung dan jenama-jenama lain seperti Prodiet, Microsoft, ZTE, Goon, Bosch, Tesco, Mattel, Sports Direct, dan pelbagai lagi.



Tujuan Online Revolution dengan tema "Brands for All" ini diadakan bagi memperdekat lagi jurang antara jenama dan pengguna. Lazada menawarkan jenama-jenama ini dengan akses tanpa had kepada para pengguna yang berada di luar bandar-bandar metropolitan selain juga memudahkan para pengguna untuk mengakses lebih daripada 1000 jenama kegemaran mereka.



Online Revolution Lazada adalah acara menjual dan membeli-belah dalam talian yang terbesar di Asia Tenggara yang membawa jenama, peniaga dan para pengguna bersama-sama di enam buah negara. Lazada memulakan aktiviti ini pada 12 Disember 2012 (12.12) dalam usaha untuk mendidik para pengguna tentang membeli-belah dalam talian dan kemudahannya. Apa yang bermula sebagai jualan selama satu hari telah mencetuskan kegilaan membeli-belah yang berkembang menjadi acara selama sebulan sebulan pada setiap tahun.


Paling best dan paling untung bila banyak voucher, diskaun dan hadiah diberikan kepada pelanggan semasa Online Revolution tau! Berbaloi sangat sapa yang membeli belah waktu tu. Suka! Ni tengok macam mana Nanie dapat hadiah dari Online Revolution Lazada! Semua ada... betul-betul melambangkan Brands for All. 




Paling best sebab dapat Manual Chopper lah! Senang nak masak tau... Dahlah Nanie memang tengah aim nak beli ni. Sekali dapat. Tak ke gumbira! Alhamdulillah rezeki untuk Nanie bila dapat banyak barang macam ni. Betul lah... Lazada ni semua ada! Kelengkapan rumah, makanan, kecantikan, cakap je... Lazada kan ada!!! 


Walau apa pun, korang kena tahu, Lazada tetap mengekalkan prinsip Customer Service yang berkualiti dan bagus dalam melayan pelanggan. Bukannya bila ada sale sebegini, semua jadi caca marba huru hara ye. Itu penting tu! 



Untuk maklumat lanjut, cepat-cepat KLIK 




1 comment:

  1. kt dtg usha brg die HAHAHHAHAHA sama jerr kot la die dpt satu lebihh ke baru nk cari gadoh! hahaha

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork