Tuesday, November 29, 2016

Makan Steamboat & BBQ Yang Halal di Pak John Steamboat & BBQ, Ecurve

Assalamualaikum semua 

Kalau ada friends gathering ke or memang nak lepak-lepak makan dengan kawan-kawan, Nanie paling suka kalau ke steamboat and BBQ. Sebab apa? Sebab kat situ kita 'bekerjasama' untuk makan. Dia macam kita masak sama-sama and for sure kalau makan BBQ and Steamboat kan, orang tak akan main handphone. Perasan tak? Sebab masing-masing busy memasak dan memanggang. 





So, Jumaat lepas Nanie dijemput untuk menghadiri makan malam di Pak John Steamboat & BBQ, ECurve. Sesampainya Nanie, dah nampak memang restoren ni hampir penuh. Ramai family-family & geng-geng kawan-kawan yang dah nak mula makan, berasap-asap di sana sini. Nanie tengok pilihannya pun macam-macam. Eh terus lapar lah perut! Hehehe. Meh tengok video ni dulu... ada Nanie dalam tu. Hahahaha. Kredit video : Steven Goh Photography.


video



Nampak tak macam mana excitednya Nanie dalam video tu. Itulah... orang tua-tua selalu cakap. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati. Haaaa gitulah perasaan Nanie yang happy dan suka hati. Sebab apa? Sebab makan di Pak John Steamboat & BBQ! ❤ 



STEAMBOAT & BBQ DIIKTIRAF HALAL 



Pertama sekali, sebelum Nanie cerita lebih lanjut mengenai hidangan Steamboat & BBQ di Pak John ni, Nanie nak mention awal-awal dan highlighkan yang Pak John Steamboat & BBQ adalah berstatus HALAL dan diiktiraf dari Jabatan Kemajuan Malaysia (JAKIM). Korang tahulah, bukan mudah kan nak dapatkan status tersebut. Jadi, status HALAL ni merangkumi keseluruhan proses bermula dari supplier makanan mereka, cara masak, pekerja, tempat makan dan masak, peralatan sehinggakan kepada cara hidangan. Jadi, kawan-kawan Nanie tak perlu risau untuk menikmati hidangan yang disediakan di Pak JoHN Steamboat & BBQ. 

HARGA BERPATUTAN 

Next, mesti korang nak tahu pasal harga kan. Di sini, Nanie boleh kategorikan untuk steamboat & BBQ ia adalah sangat-sangat berpatutan. Bila berbual dengan Mr.CS, Pengurus Operasi untuk Pak John Steamboat & BBQ, mereka telah membuat pelbagai survey dan kajian untuk meletakkan harga. Dan akhirnya harga RM 29.90++ untuk lunch dan RM 39.90++ untuk dinner per pax merupakan harga yang terbaik disamping pilihan makanan yang banyak, segar dan sedap. 



PILIHAN MAKANAN YANG BANYAK & TERBAIK 


Nanie masa pergi ke Pak John boleh kata rambang mata jugaklah. Tak tahu nak makan dan pilih yang mana satu. Macam-macam ada. Dari seafood sampaikan ke sayuran, semua segar-segar. Memang sesuai untuk dimasak secara BBQ & Grill mahupun dengan Steamboat. Pilihan kuah yang pelbagai iaitu tomyam, sup herba, dan kari. Masa ni, Nanie dan kawan-kawan pilih tomyam. Memang sedap. Tomyam dia pedas masam secukupnya. Ehhhh terliur pulak kita sekarang tau! Hehehe. 











Bukan itu sahaja, kat sini juga ada disediakan pilihan makanan yang siap dimakan. Ada nasi goreng, mee goreng, nugget, kambing bakar, dim sum, waffle, dan banyak lagi lah. Juga sesuai dimakan dari kanak-kanak sehingga ke orang tua. Dengan konsep Family Dining, Pak John Steamboat & BBQ sememangnya menjadi pilihan terbaik.




Nanie kalau datang steamboat & BBQ, Nanie akan tengok pilihan daging terlebih dulu. Hehehehe. Banyak tau pilihannya. Ada honey beef & chicken, ada soy sauce beef & chicken, ada garlic beef & chicken. Banyaklah... puas hati betul. 







Lagi best, ada juga.... Smoked Duck Slices & Lamb Slices yang super duper sedap. Serious, memang Nanie suka smoked duck tu. MUST TRY! Nanie dengan kawan-kawan semua suka pilihan daging yang ada. Kami bantai BBQ je semua ni. Kena pulak dengan sos cicah yang lazat-lazat. Memang tak pandang lah mak mertua lalu kat belakang pun. Kihkihkih. 




RUANG YANG SELESA, LUAS & SELAMAT 

Dari pandangan Nanie, ruang di Pak John Steamboat & BBQ memang luas dan selesa. Terutama untuk mereka yang berkeluarga. Menurut Pengurus Operasi mereka, ruangan di Pak John Steamboat & BBQ boleh memuatkan sehingga 200 orang termasuk 2 bilik VIP untuk majlis-majlis privasi. Tempahan juga boleh dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum majlis dan harga juga masih sama untuk setiap pax. 







Ruangnya besar, meja makan yang selesa, berhawa dingin dan mudah untuk membawa warga emas serta anak-anak. Di Pak John Steamboat & BBQ, mereka menggunakan dapur elektrik. Bukan gas. Jadi lebih selamat dan lebih banyak ruang untuk duduk makan dengan selesa. 

Seperkara lagi, di Pak John Steamboat & BBQ, walaupun dengan asap semua kan sebab berBBQ, tapi asap-asap tu semua tak terlalu melekat di baju. Malahan, kawasannya jugak tak panas. Mereka sering melakukan maintenance untung air ventilation dan air-cond demi keselesaan pengunjung.






So kalau kawan-kawan semua nak spend time makan-makan dengan family and friends, Nanie memang suggest untuk korang datang ke Pak John Steamboat & BBQ di Ecurve ni. Lengkap semua ada. Selesa dan sedap-sedap belaka. Dengan harga yang berbaloi dan pilihan yang banyak, Nanie boleh sure confirm... korang juga akan puas hati dengan makanan yang dihidang di Pak John Steamboat & BBQ. 



Untuk maklumat lanjut, Nanie sertakan alamat & link-link berkaitan sebagai rujukan :



Restaurant Pak John Steamboat & BBQ
eCurve

Lot LG-13A & LG-15,
Lower Ground Floor, eCurve
No. 2A, Jalan PJU 7/3, Mutiara Damansara
47810 Petaling Jaya

Tel: 03-7733 3913

Facebook: 


5 comments:

  1. Duckkkk! Anis suka dia punya kuah curry <3

    ReplyDelete
  2. Wahhhhh! Lapar balik tengok niiiii. Memang puas hati makan dekat Pak John Steamboat ni..

    ReplyDelete
  3. Sedap kan...mmg syok makan kat Pak John sbb banyak pilihan...fav sally pun sama jugak yg smokey duck tu! :)

    ReplyDelete
  4. memang sedap dekat sini..lagi daging dia dari luar negara

    ReplyDelete
  5. Setuju, kami selalu makan kat sini sebab staf mereka yang friendly, tempat grill tu kalau dah berkerak, laju ajer mereka kasi grill yang baru.

    Itik, ayam, kambing, daging yang potong slice kecik tu memang "sesuatu" ... TERBAIK

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork