Friday, November 18, 2016

Mana Satu Yang Paling Bagus Untuk Kurus?

Assalamualaikum semua 

Ni kalau Nanie cerita kat sini, harapnya jangan ada yang gelak ye. Hahahahah. Tapi Nanie gelak dulu. Actually, dah lama sangat simpan perasaan ni. Tapi jarang nak meluahkan. Nanie hari tu ada lah cerita pada Kak Sabby. Merangkap penasihat terbaik... Nanie sebenarnya ada cita-cita nak "turunkan" apa-apa yang berat tu ha! Kihkihkih. Faham tak? Faham tak? Get it? 





Bohonglah kalau tak pernah rasa down dengan diri sendiri. But, yes... Everything under my control. Nanie cuba kuatkan semangat untuk tunjukkan keyakinan. Nanie nak turunkan apa-apa yang berat tu bukan untuk orang lain, tapi demi kesihatan sendiri jugak. Ada beberapa option Nanie fikirkan, tapi tak sure berhasil atau tidak. So kalau korang ada experience, boleh share tak? Nanie nak tahu please...


1. NAK PERGI GYM 

Bila lalu kat Nexus, Bangsar South tu... tengok orang main gym... teringin sangat nak pergi. Tapi, Nanie macam fobia sendiri. Bukan takut apa. Takut sebab tak reti nak guna mendalah yang ada kat situ dan of course takut dengan persepsi orang. So, I don't know how to start. Kalau ada pembaca blog Nanie yang pergi gym... macam mana korang mula-mula pergi ye? Dan kat mana gym yang "sesuai" untuk orang macam Nanie. Nanie prefer dekat dengan Bangsar @ sekitar kawasan Setapak & Wangsa Maju. 


2. SUPPLEMENT KURUS 

Of course yang ini pun Nanie ada fikirkan. Supplement kurus. Contohnya macam Shaklee & Herbalife. Adalah google sikit, tengok Instagram sikit... semuanya ada set-set masing-masing. Nanie punya concern of course kalau boleh nak yang mudah dan selamat. Nanie kurang sikit percaya pada pil-pil ni. Tapi kalau dia natural based, yes take time... asalkan selamat ye dak. Lagi satu, ada jugak rumors Nanie dengar... kalau stop ambil... badan lagi bam-bam. Cemana? Suggestion please. 


3. TEH BUANG LEMAK 

Walaupun Nanie tahu, antara effect ambil teh macam ni adalah akan kerap ke tandas tu tinggi, tapi it makes sense lah kan. Sebab antaranya adalah ia mencuci dari dalam. Bayangkanlah umur dah 27 langsung tak pernah nak cleanse kan dalam-dalam. Tak ke payah? Jadi benda-benda kerap ke tandas tu boleh diterima lah. Maybe kalau Nanie nak amek, Nanie akan make sure Nanie bukan sedang travel etc. Mesti mudah ke tandas. Gitu. Tapi brand apa yang bagus? Orang Kampung ke, apa ke? Heheheh semua tak tahu! 


4. DIET ATKIN 

Woahhh ni paling nampak kesan kaw-kaw! My cousin ada buat. Memang selim weyh! Anak dah dua, tapi badan macam masa zaman anak dara. Of courselah cabarannya adalah NASI! Nasi wei. Nanie tak makan nasi, rasa menggelupur kot. Ini lagi nak stop kan. Ada baca jugak kata dia step-by-step siap ada minggu orientasi semua. Cuma kuat tak kuat je lah hati aku ni woi. Heheheh


5. EXERCISE JE LAH! 

Betul... sebenarnya dalam banyak-banyak perkara ni yang paling mudah, paling jimat dan paling berkesan. Again, displin tak displin je. Semuanya bergantung pada motivasi diri. Nanie ada plan... nak go for this exercise lepas kerja. Office pun dekat je dengan Tasik Titiwangsa tu. Insya Allah Nanie akan cuba usahakan. Nanie kena yakin, dan kena rajin! Jangan malas. 


So, anything yang korang boleh share dengan Nanie? Nanie ni dalam kepala ada banyak sangat pertanyaan. Kadang rasa macam nak ada guidance je yang boleh kita share any worries semua kan. Tapi tak sure how. Nanie ada sifat penyegan sikit bab-bab macam ni. 

Nanie memang salute sapa-sapa yang berjaya dalam misi sebegini. Bukan senang wei. Serius! Nani ada sorang kawan, dulu dia lebih kurang Nanie... sekarang kemain. Cara dia.. pergi hiking. Tudia! Memang berubah betul dia. Cantik sangat sekarang. Suka dengan semangat dan motivasi dia. 

Insya Allah, i will try my best. Nanie buat bukan untuk siapa-siapa mahupun untuk apa-apa. But for the sake of my health and myself. Kalau korang ada pengalaman, ada tips... Nanie alu-alukan sangat untuk korang share. 

Terima kasih semua & doakan Nanie berjaya dengan misi ini. Amin. 





10 comments:

  1. salam..
    hai nanie..
    yaya ade suggestion utk nanie..pkra mcm ni kita perlu ada ilmu dulu..xckup ilmu tu yg kdng diet xmenjadi..
    pergi search kat sususejat.com <-- kat sana bnyk ilmu yg nanie bole belajar..sebab perkara asas yang perlu tahu adalah nilai kalori setiap makanan yg kita ambil ^_^

    ReplyDelete
  2. tak silap kak mila ada gym khas untuk perempuan je dekat bangunan depan klfc tu. kak mila lupa ignya...kan dekat dengan opis nani. tu kalau prefer pada gym. kak mila suka lagi pegi gym dari makan supliment.

    ReplyDelete
  3. Kte pun tengah cuba nani, alhamdulillah, ni baru turun 2 kg. slow2 dulu. hehehe

    ReplyDelete
  4. Exercise.. :) naniey nak gain weight (makan + exercise). Lame tak singgah sini

    ReplyDelete
  5. Nak bagi suggestion pon bukannya reti sangat sbb saya pn dalam proses nak turunkan berat badan. Saya buat Atkin sekarang ini. Alhamdulillah buat masa nih nasi langsung tak sentuh lagi. HEHE.Tapi betul la dugaan dia macam apa jer sbb NASI tuh dah jadi rutin dari kecik kan..amek masa lah jgk.. apa apa pon dont give up! chaiyok chaiyok!

    ReplyDelete
  6. pegi je celebrity fitness kat wangsa walk tu... ada trainer yang boleh ajarkan macam nak guna alatan kat situ dan memantau exercise apa yang perlu dibuat :-)

    ReplyDelete
  7. Kak Nanie, saya memang tengah amik Shaklee sekarang. Kawan pernah cakap dah nampak susut tapi tak control, dah naik balik hahaha so sekarang nie, memang amik shaklee - esp, alfalfa dan lecithin. Tak adalah rasa membuang sangat tapi rasa lancar je. Kalau kak nanie nak, saya kenal seorang DI shaklee ni, kawan saya sendiri :)

    Dalam masa yang sama, saya dah start tak makan nasi sejak hari isnin haritu. Nak try. Sebab asyik makan tak ikut masa je sekarang nie.

    ReplyDelete
  8. InshaaAllah nanie...Akak doakan nanie berjaya... akak pun sama sekarang.. Sedang dan masih berusaha untuk turun berat badan demi kesihatan dan TTC... Mcm akak lebih menjaga pemakanan.. kalau dulu, pagi tu nasi, tengahari nasi, malam nasi.. sekarang akak tukar kepada pagi roti, telur dan jus with chia seed.. Untuk nasi, akak cuba kurangkan kuantiti... and supplement, akak add on Omega 3..
    Alhamdulillah, untuk permulaan ni apa yg akak nampak, akak tak mudah mengah.. Petang-petang tu balik kerja, duk belakang rumah berkebun Alhamdulillah mencangkul tanah dah tak pancit (mengah) macam dlu...

    Alhamdulillah.. Untuk nanie, all the best dik

    ReplyDelete
  9. hampir semua perempuan nak turun berat bdn kan... mcm sy ni.. lepas je bersalin twin, berat mmg susut...penat jaga anak kot.. berat macam sblm kahwin..mmg semua dok negur dah kurus...

    ReplyDelete
  10. 1st step nak kurus, kurangkan gula. Jangan minum makan manis langsung. Yang lain-lain susul kemudian. Kalau rasa susah, minum green tea tanpa gula macam air kosong. Rasa pahit tekak akan potong keinginan nak makan manis. It's work for me.. Air gosong jangan tinggal

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork