Thursday, November 24, 2016

Review AnneSuraya Skincare Set : Intensive Night Cream Beri Fokus Masalah Kulit Wajah!

Assalamualaikum semua

Jarang betul Nanie jumpa set skincare yang ada Intensive Night Cream. Biasa yang kita jumpa di pasaran hanyalah Day & Night cream kan... tapi berbeza bagi AnneSuraya Skincare. Dengan mementingkan kepuasan pelanggan dan hasil yang positif pada kulit wajah pengguna, AnneSuraya Skincare adalah gabungan formulasi kecantikan kulit wajah dari 5 Negara! Haaaa... nampak tu. Bukan calang-calang ok! Bukan setakat 1-2 negara. Dia pakai 5 negara terus. Namun, sesuatu yang paling buat Nanie jatuh hati sudah semestinyalah sebab Intensive Night Cream mereka. Best! 







FORMULASI HEBAT UNTUK KULIT WANITA ASIA 

AnneSuraya Skincare menggabungkan formulasi kecantikan kulit wajah dari 5 Negara yang memberikan 10 kali ganda kesan pantas dengan bahan aktif Glutathione, Alpha Arbutin dan Kolagen. Of courselah kesemua bahan-bahan ini sangat terkenal dalam arena kecantikan kulit wajah. Sebab apa? Sebab khasiat dan manfaatnya pada kulit wajah tidak dapat disangkal lagi dan telah terbukti melalui kajian

Kesemua bahan aktif ini diformulasi dengan baik dan menepati kesesuaian kulit orang Asia terutama orang Malaysia yang beriklim tropika. Sebab itu, dengan penggunaan AnneSuraya Skincare, memang ianya tidak melekit dan tidak berminyak apabila digunakan. Jadi mudah untuk kegunaan seharian dan bagi wanita yang nak serba serbi pantas dan cepat. 



Dalam banyak-banyak bahan, Nanie nak ambil contoh bahan Alpha Arbutin yang digunakan dalam AnneSuraya Skincare. Daripada pembacaan Nanie, Alpha Arbutin merupakan satu bahan yang memang memberikan hasil yang terbaik pada kulit. Selain daripada mampu melindungi kulit wajah akibat pancaran matahari dan pencemaran, Alpha Arbutin juga terbukti mampu merawat kulit wajah dan menjadikan sel kulit wajah yang baru lebih cantik, sihat dan glowing. 



PERANAN MENYELURUH UNTUK KESAN OPTIMUM 

AnneSuraya Skincare terdiri daripada : 

1. Facial Cleanser (60ml) 
2. Treatment Toner (30ml
3. Day Cream (5g) - Dengan SPF 45 
4. Night Cream (5g)
5. Intensive Night Cream (5g)

Kesemuanya adalah berperanan secara menyeluruh untuk merawat dan melindungi kulit wajah sepanjang masa siang dan malam. Peranan setiap satunya adalah menjaga dan mencatikkan kulit wajah dengan sempurna agar hasil yang optimum dapat diperolehi. Antara manfaat yang diberikan oleh Annesuraya Skincare adalah : 

- Mengatasi masalah kulit muka berminyak 
- Menghilangkan bintik-bintik hitam, bekas luka dan jerawat 
- Memudarkan dan menghilangkan pigmentasi
- Menyamaratakan tona kulit wajah
- Mengecilkan pori-pori pada wajah
- Menganjalkan dan mencerahkan kulit tanpa sebarang pengelupasan 
- Menyingkirkan sel kulit mati dan sebarang kotoran 
- Anti Penuaan 




TIPS CUCIAN WAJAH 

Nanie nak share sikit. Perkara ni ramai orang ambil mudah. Actually sebelum kita gunakan apa sahaja skincare, kita kena make sure yang muka kita dicuci dengan baik. Cucian yang baik bukan sekadar meratakan buih pada keseluruhan wajah je, tapi ia meliputi buang makeup dengan bersih dan menggunakan kaedah yang betul dalam cucian wajah. 

Dengan AnneSuraya Skincare, Facial Cleanser nya berfungsi untuk membuang segala kotoran dan minyak pada muka. Dengan bauan yang segar seakan-akan vanila, facial cleanser AnneSuraya Skincare membersihkan kulit wajah dengan baik dan lembut. Tak terasa terlalu berasid atau memedihkan.


Dah sudah cuci wajah tadi kan, cepat-cepat gunakan Treatment Toner AnneSuraya Skincare. Part ni pun ramai yang buat tak kisah tau. Untuk pengetahuan korang, bila kita cuci muka tadi... secara tak langsung kulit wajah kita akan jadi sedikit tegang dan kering. Sebab minyak telah dibuang dan dicuci. Sebab tu, toner fungsinya adalah untuk melembapkan kembali kulit dan menyeimbangkan kesegaran kulit wajah mengikut kesesuaian. 

   

Treatment Toner dari AnneSuraya Skincare ni pun baunya sangat sedap. Bila Nanie lapkan dan sapu seluruh wajah, dengan bauan ala Berry dan Citrus, terus rasa fresh dan lembut je pada kulit. Dengan Treatment Toner AnneSuraya Skincare ni, tang yang pori-pori masih ada kekotoran dapat dikeluarkan dan seterusnya menjadikan kulit wajah lebih bersih dan segar. Baru best kan! 


KRIM PENJAGAAN LENGKAP SEPANJANG MASA 

Last but not least, penjagaan kulit wajah yang sempurna adalah untuk sepanjang masa. Kulit kita ni mengalami penuaan dan terdedah pada banyak pencemaran pun sepanjang masa kan. Sebab tulah kita kena protect dia sepanjang masa jugak. Bukan sekadar di waktu siang sahaja. Jadi AnneSuraya Skincare memang complete dengan krim-krim yang terbaik.
 

Sebagaimana Nanie ceritakan atas tadi, Intensive Night Cream dari AnneSuraya Skincare ni memang power dan satu keunikan. Yes, masih lagi gunakan Night Cream sebelum tidur, tapi yang Intensive Night Cream ni, berfungsi secara fokus. Maksudnya, korang boleh letakkan di bahagian yang memerlukan rawatan "lebih".

Bila tidur gunakan Intensive Cream ni, rasa selesa je. Cuma kalau korang ada parut jerawat yang jenis luka... a bit pedih sikit. But no worries, thats mean ia tengah bertindak dan berfungsi sebab salah satu peranan Intensive Night Cream adalah mengecutkan luka dan membaikpulih sel kulit.


PENGALAMAN SENDIRI


Baiklah, part ini Nanie nak share pengalaman sendiri. Hehehehe. To be honest, Nanie memang tak ada masalah jerawat yang teruk. Tapi kadang-kadang ada je masa dia breaks out yang ehhh tak pasal-pasal pulak korang naik berjemaah ye! Tapi takpe... mari kita gunakan AnneSuraya Skincare.

Nanie gunakan Intensive Night Cream tu pada sejalur "masalah" pada kulit wajah Nanie. Nasib baik dia bahagian tepi muka, so boleh cover dengan tudung. Hahaahaaa. Nanie letakkan Intensive Night Cream tu pada sebelah malam sebelum tidur. Nanie tak expect apa-apa. Cuma Nanie harap dia memberi kesan lah kan.

Than after seminggu macam tu, Alhamdulillah... it works!!! I mean really really works. Boleh nampak yang jerawat tu hilang dan kawasan tona tak sekata serta parut jerawat tu makin pudar. Walaupun belum 100%, tapi still Alhamdulillah. At least ada kesan yang memberangsangkan. Of course kes kes parut jerawat ni, korang kena istiqomah sikit nak guna skincare. Rawat secara berterusan. Janganlah harap lepas pakai 24 jam terus kulit gebus bak kapas. Itu melampau! '


Jadi, pada pembaca blog Nanie yang berminat nak cuba AnneSuraya Skincare ni, korang boleh dapatkan set ini di link-link berikut. Nanie recommend for those yang nak fokus rawatan macam Nanie katakan tadi. Dan perlu diingat, skincare dan skin treatment ni kalau nak bagus kena pakai secara istiqomah dan paling penting kenali kulit wajah serta cuci dengan bersih dan betul ye. Time tu barulah segala khasiat skincare dapat dirasai dan kulit jadi semakin cantik dan sihat semulajadi!



Untuk maklumat lanjut, klik link di bawah :

ANNESURAYA SKINCARE 
SET 5 in 1 

Harga Asal : RM 120/ set
Harga Promosi : RM 90/ set 

NAK JIMAT & DISKAUN RM 10???
Gunakan KOD 
"INNANIE" 
Terus harganya jadi RM 80/set sahaja!!!


Instagram : 

Facebook : 

Whatsapp Untuk Info & Pembelian : 
010-4314406


1 comment:

  1. pertama kali nampak produk yang ade tiga krim ni..bagus ni..

    ReplyDelete

Teruskan Memberi Inspirasi.
Saya Hargai Pandangan & Idea Anda!

 

Blog Coklateyes by Innanie Ariffin Copyright © 2013 Designed by Alieff Artwork