Assalamualaikum semua

Assalamualaikum semua
Dua minggu lepas, Nanie dapat perkhabaran gembira. Alhamdulillah. Kata orang tu mimpi jadi realiti gitu. Salah satu wishlist untuk awal tahun 2016 tercapai. Tu lah hebatnya kuasa "submit niat". Mula-mula macam tak percaya. Tapi setiap tahun, bila Nanie amalkan...stay focus and stay positive memang banyak benda yang baik-baik datang pada kita.
Assalamualaikum semua
Nanie kan paling suka jumpa orang. Terutama kalau kawan-kawan blogger tau. Sebab dia punya perasaan dan minat yang sama tu buatkan kita tak rasa kekok untuk berbual. Tapi kan, kali ni Nanie blind date dengan sorang blogger dan kawannya ni... seriously Nanie rasa insecure sangat-sangat. Balik tu macam termenung kejap lah ke luar jendela... mesti korang nak tahu kan siapakah gerangannya?
![]() |
Dorang dah janji agaknya pakai baju hitam putih. Kak Su yang pakai necklace merah tu & Kak Anny yang sebelah lagi. |
Assalamualaikum semua
Pada suatu hari, kita mendapat berita yang tidak diduga...apatah lagi tanpa kehadiran suami tercinta disisi dan hanya bertemankan anak-anak yang masih bersekolah dan memerlukan wang yang banyak. Positif Kanser Payudara Tahap 1 telah membuatkan Puan Hasmah bergelumang dalam kesedihan...dia terduduk. Sedih dan murung. Hanya merenung mata anak-anaknya... dan tidak tahu bagaimana dia perlu mencari kekuatan terutama dalam kewangan. Bayangkanlah jika perkara itu berlaku pada kita...
Assalamualaikum semua
THE FACE SHOP telah berkolaborasi bersama Disney dan menampilkan karakter kartun kegemaran ramai yang comel-comel belaka. Geram je Nanie tengok satu-satu. Disebabkan kolaborasi ini, maka BB & CC Cushion dari THE FACE SHOP ini adalah Limited Edition.
Assalamualaikum semua
Saban hari selain daripada usia kita meningkat, sebenarnya tubuh badan kita - setiap sel juga mengalami unsur-unsur penuaan. Proses penuaan ini menyebabkan penurunan proses alami kulit yang menjadikannya kelihatan tidak bermaya dan adakalanya tidak sihat sama sekali. Ramai antara kita berfikir, proses penuaan hanya bermula lewat 30-an dan 40-an, namun jangan terkejut... hakikatnya proses penuaan boleh bermula seawal usia akhir 20-an. Dan sekarang Nanie berusia 27 tahun... makanya, proses penuaan itu telah bermula.
Assalamualaikum semua